Sunday 25 May 2014

Gapai Part 1





Gambar tak ada kena mengena dengan tajuk . Kan ? Aku tau tu .

A little bit lost , rasanya . Tergantung di tengah cerita . Aku tak pasti apa hala tuju post ni sebenarnya . Tapi aku akan cuba . At least , ada something than nothing kan ? Tolonglah angguk .

*tarik nafas* *tahan sampai mati* *sengih*

Kidding meh . Dah mati mana boleh senyum . Melainkan pahala aku bertimbun kalah Gunung Everest . Realitinya , vice versa bae .

*****

'Fragilenya ,' bisik hati Qud . Serpihan kaca hasil gelas yang pecah tadi dipandang hujung mata .

"Qud , kau usha apa lagi ? Meh tolong aku sapu . Karang orang lain pulak kena kaca ni. Susah nanti ," As menarik tangan Qud kearah tempat kejadian (hahaha) sambil menghulur penyapu .

Qud tetap tergam disitu . Tak bergerak walau setapak . Tak goyah walau seinci .

"Kau okay tak ni ? Kau jangan buat aku risau ." Penyapu ditangan dilepas terus .

"Aku okaylah . Kau je yang risau bebukan ha ," Qud mengambil semula penyapu yang tadi terlepas dan mula bekerja . Mulut mula bekerja seiring derapan langkah dan gerak badan .
 


"Ketahuilah dengan mengingati Allah , hati hati akan menjadi tenang"


Zikir Qud , zikir .
 
*****
 
"Avant garde ," terlepas dua perkataan tu dari mulut Qud .
 
"Apa kau kata Qud ?" As yang tengah bersila atas katil memalingkan muka kearah Qud yang ternyata tenggelam dalam dunia sendiri .
 
"Apa yang aku dah buat ni ?" Qud menumbuk dinding berhampiran tingkap itu dengan perlahan .
 
"Qud ," As dah bangun dari sila .
 
"Bodoh jugak aku ni . As , kenapa kau kawan dengan aku ?" Qud menyoal perlahan .
 
"Sebab aku nak ......," belum habis ayat As , Qud menyambung lagi .
 
"Aku tak faham kenapa dengan hati aku ni . Aku ni dah kenapa sebenarnya ," kali ni , tumbukan makin kuat . Selepas setiap ayat yang keluar dari muut Qud , gadis itu akan menumbuk dinding dengan kekuatan yang makin lama makin kuat .
 
"Qud , sudah . Kau buat apa ni ?" As merentap tangan sahabatnya yang sudah membiru .
 
"Ingat Allah suka hambaNya yang menzalimi diri sendiri ?" As menggoncangkan tangan Qud . Raut wajah Qud sudah cukup menunjukkan gadis itu bukan di bumi , tempat dia berpijak sekarang .
 
"Aku okay As . Kau tidur je dulu . Aku okay ," Qud bangun dan meloloskan diri dibalik pintu bilik .
 
'Qud ,' As menghantar Qud yang semakin menjauh .
 
'Sorry As , aku tak kuat . Tak sekuat kau , dan mungkin takkan kuat sampai bebila . Abaikan aku As ,' Qud sudah terduduk disebaik dinding yang memisahkan biliknya dan dapur . Air mata yang sejak tadi ditahan , dirembeskan semua . Tanpa ada satu titid pun yang tersimpan .
 
"Fragilenya kaca bila menimpa lantai . Fragile lagi hati aku bila diuji . Allah ," sebak didada tertahan tahan . Lantas , imaginasi mula memainkan peranan . Setiap perksra mungkar yang dilakukan terlayar dipandangan mata .
 
 
bersambung dibahagian seterusnya
 
 
 
 
 


 
 

 




No comments:

Post a Comment