Wednesday 26 November 2014

Hakikat

le mau

Kerana hakikatnya manusia itu adalah seorang hamba .

Hamba yang harus taat pada pencipta-Nya .

Sentiasa salah .

Penuh dengan dosa .

Kerana seorang insan itu adalah pendosa tanpa noktah .

Namun atas kasih-Nya kita bersua dan bersatu demi cinta meraih syurga Dia yang Esa .

Sigh .

Manusia takkan pernah lari dari kesilapan .

Manusia itu naif .

Naive kalau bahasa orang putihnya . Heh .

Mudah terpengaruh dek godaan sekeliling sedia ada .

Aku munafik ?

Jazakumullahu khairan khatiran .

Aku terima itu .

Aku bukan lah golongan nabi yang maksum lepas dari dosa malah sentiasa hatinya lekat dengan Allah tiap masa .

Aku hanya manusia yang mempunyai akan sifat nasia .

Terkadang leka sampai terlupa bahawa aku ini adalah HAMBA . Sepatutnya sentiasa patuh akan Dia yang memerintah .

Tekadang dalam melakukan sesuatu akan timbul perasaan halus dalam hati milik seorang insan itu .

Well, dosa tu apa yang bergetar off-tune dalam hati .

Indeed.

But yet be blessful sebab tu tandanya hati tidak mati . Iman masih berfungsi .

Alhamdulillah .

Iman aku masih lagi berfungsi .

Alhamdulillah .

Adakah iman anda juga sama ?

Biarlah dalaman yang berbicara .

Aku jaja aib kau ?

Masyaallah .

Terima kasih lagi .

Atas semua .

Sebak lah .

Haha .

Serius sangat pulak budak injinior sorang nim .

Luls .

Aku berani cakap aku puji kebaikan kau , kau , kau , kau , kau , kau , kau dan kau depan sesape je aku kenal . 

Even dengan family aku .

Dengan member aku lagilah .

Hehh .

Lupalah .

Aku kan munafik .

Luls .

'Kesah apa aku pointer aku dak kacau pun and it still tetap tinggi *flips tudung*.'

Hashtang riak terlebih .

Hashtag baling je guna lesung .

Hahaha .

Tarik nafas .

Jika bukan manusia yang membantu di kala susah jangan risau sebab Allah sentiasa ada . 

"Allah bagi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang orang yang beriman ." (Quran 24 : 17)

Kerana aku yakin ada ibrah dan tarbiyah yang melimpah di sebaliknya .

Kena kuat kena sado .

It just a piece of cake .

Ini bukan yang paling teruk pernah aku lalui .

Ada yang lagi teruk .

But untuk yang ini aku rasa aku kuat sikitlah .

Walau ndak banyak .

I am dare to say so as aku tak nangis macam dulu dulu tu dan tak cengeng .

Masyaallah impressive .

*jejoget*

Everybody has a past . Everybody lives a present . Everybody deserves a future . 

Kau kena ingat .

Jangan asyik melihat kuman di seberang lautan tapi gajah depan mata kau buat tak nampak .

Wake up lah people .

Hm .

Layan Avenged Sevenfold lagi baik .

Harap terus kuat .

Adios .



Tuesday 18 November 2014

Langkah

le seri




melangkah ,
jangan mengalah .
melalui jalan hijrah ,
sememangnya penuh mehnah .
kita perlu sentiasa tabah ,
bukan sentiasa berserah ,
dan abaikan masalah .
--
sampai bila ,
kau mahu berselindung ,
disebalik bayang-bayang jiwa ,
kau mahu singkap ,
segala tanaman cinta Dia .
--
yakin ,
itu saja yang aku pinta ,
kerana kasih itu ,
sepenuhnya milik Dia .
yang Maha Kuasa ,
lagi Maha Kaya .
kita ?
hanya makhluk hina ,
penuh noda ,
melakat ,
hitamnya dosa .

namun ,
jangan pula kau terus rebah ,
jangan pula kau terus menyerah .
perjuangan kita masih diderapan yang pertama ,
masih banyak lagi perkara ,
yang kita perlu lakukan .
--
yang pasti ,
ianya bukan sekadar bermain cinta .

Thursday 23 October 2014

Baru

le mau


Jumaat kan ?

Di harapkan Al Kahfi sudah berkumandang di udara dek alunan suara suara -

Antum .

Jangan lupa juga Al Mulk sebelum tidur .

Ehhh?

Senyum .

Tarik nafas .

Weh .

Maghrib nanti dah masuk 1 Muharam .

Maghrib nanti bermulanya lagi sebuah lembaran .

Maghrib nanti permulaannya langkah tekad seorang insan .

Perubahan ke arah kebaikan .

Mencari reda Tuhan .

Mencari erti halawatul iman dalam kesibukan dunia yang kian kelam .

Hijrah .

Erti sebuah pengorbanan .

Tapi . . . ?

Mampukah istiqamah dalam melaksanakannya ?

Mampukah jihad dalam melawan nafsu untuk meraihnya ?

Tinggalkan yang dusta kembali kepada hakikat bertuhan yang nyata .

*Gelak

Tiada yang mustahil .

Ingat !

Allah takkan ubah sesuatu kaum tu melainkan kaum tersebut yang mengubah dirinya sendiri .

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan .

Kan ?

*Kenyit mata

Seperti tudung labuh .

Bukan ia yang mencari orang untuk menggunakannya tetapi orang yang memilih untuk menggunakannya .

Hm.

Klise .

"Klise yang over . What kind of idiom is that?"

"Diam ah . Suka hati aku lah ."

"Baiklah."

Maaf .

Drama sebabak yang tidak seberapa dan tidak patut . Rasanya .

Inhale.

Exhale.

Malu sebenarnya nak tulis .

Amboi.

Poyo.

Kah .

Kepada saudara / saudari seislam sekaliannya ,

Antum :D

Salam maal hijrah .

Selamat berhijrah .

Selamat bertemu dengan apa yang dicita .

Semoga syurga menjadi tempat pertemuan kita .

Doa akhir tahun dan awal tahun jangan lupa .




"in case if you did forgot that du'a you may take this as reference :)"




Ingat !

Tau .

Fi hifzillah .

Fi amanillah .

Alhamdulillah dipanjangkan usia oleh-Nya .

Allahu akbar !

Sekali lagi .

Salam Maal Hijrah !

1436 Hijriah :3

Amboi .

Excited-nya ana .

"Bersama menyusuri jalan para rasul nabi junjungan menuju ke puncak gemilang terbilang . Iman di dada mengiring langkah." -UNIC

Hm .

Tetiba rindu nak ber-nasyid-ing pulak .

Ah sudah .

Adios .

Hanya Tuhan Yang Tahu

le mau

"Jalan dakwah saya dekat sini . Kata hati kuat mengatakan demikian pada diri . CFS bukan tempat untuk saya menyerlahkan diri menjadi seorang dai'e. Aiseh poyo . Kahkah ."

"Amboi . Haha . Dari kau saja tu . Kakak will always support you . Tapi walau apa pun tetap sayang . Rasa sayang lah . Haha ."

"Hahaha . Deep inside memang rasa sayang lah . Impian kot . IPT yang menjadi sebutan dan cita kita berdua ."

"Tu lah . Kau yakin ni memang mau refuse that offer ?"

"Yeap . Perhaps one day there will be a path for me to step my legs there as one of the students which attach to that university . Ilek ah kak . Rezeki Allah tu luas ."

"Okey."

"Kak ."

"Yes?"

"Nanti sambung sesama dekat UK jom?"

"Tak dapat nak berdua di UIA Aberdeen pun jadilah ek ?"

Diam .

Ketawa yang ditahan terlepas jua .

***

Tempat belajar bukanlah asa utama sesuatu kejayaan tapi biarlah usaha diri yang menentukan .

"Di hati ini hanya tuhan yang tahu." -UNIC




Thursday 25 September 2014

Keluar

le mau

Kepala dan kaki digoyang mengikut rentak lagu Arab yang menjadi kegemaran sejak kebelakangan ini .

Zalzil Amna Israil .

Gegarlah Keamanan Israil .

Heh .

Bukan nak berlagak poyo nak cakap terer Arab since habis exam Bahasa Arab Komunikasi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) aku dah lama dah lupa satu satunya bahasa syurga tu .

Ouch .

Rasa macam banyak pisau yang menikam nikam .

Ada ilmu tapi tak amalkan memang akan hilanglah ilmu yang pernah kita belajar tu .

Nangis .

"Jangan nangis ke atas mee yang sudah dimasuki lalat."

Harap paham akan perumpamaan itu .

Segala peribahasa perumpamaan bagai juga makin dilupai .

Takziah dan Al Fatihah berkali kali untuk diri .

Sekali lagi .

Nangis .

*hulur tisu*

"Terima kasih hulur tisu."

***
21st September 2014 , somewhere on this Earth

Satu post di laman muka buku yang membuat hati seorang sahabat bertanya apa yang berlaku .

Kawan .

Rindu kau .

Sungguh .

"Dilema . 

Aku ndak kuat macam dulu . 

Aku fragile . 

Aku ndak tau mau luah sama siapa . 

Makin jauh makin banyak dugaan . 

Kalau mau jadi da'ie iman kena kuat . 

Tapi iman aku ndak kuat mana . 

Lemah . 

Rasa mau nangis sebab terjatuh . 

Jatuh then bila mau bangun ndak tau mau berpaut dekat mana . "

"Sudah?"

"Sudah."

Menanti pandangan insan di sebelah sana .

Gulp.

"Biasalah kalau orang berak tengah jalan ndak mau mengaku . Tapi orang lain nampak then bagitau orang lain of course dia ndak gembira .

Kalau kau jadi rang yang berak tu kau happy kah kalau orang kasi busted kau ?

Mungkin diorang ndak nampak hikmahnya kau buat begitu sekarang maybe one day in the future .

Kau kena kuat jak lah .

Memanglah mungkin bagi kau senang jak aku cakap sebab ndak kenak batang hidung ku.

Kalau aku kenak pun aku ndak mau lah kenak di batang hidung . Di pipikah dahikah aku rela . Jangan hidung aset tu."

Senyum baca .

Gelak .

Tarik nafas .

"Aku dapat luah dengan kau ni pun aku rasa tenang lagi lagi bila kau bagi respond yang membangunkan .

Haha

Aku harap kena dekat lemak .

Aku rindu . Zaman tarbiyah . Dekat sekolah dulu ."

"Keep calm jak bah . Doa jak diorang berubah . Just wait and see ."

"May Allah ease ."

"Allahumma ameen . Ingat jak Melly . Kita ni hidup di urban area . Memang exposed with people sort of that . Nasihat aku pilih kawan jak lah ."

Alhamdulillah .

Terima kasih Tuhan kerana kau kurniakan aku seorang kawan yang sentiasa ada di saat aku memerlukan .

Senyum .

***

23rd September 2014 , somewhere in Linton University College


Forum 'From Gaza with Love' anjuran Persatuan Mahasiswa Islam .

Syukur dapat opportunity datang event ni .

and yeah

Kerusi ni agak senget sikit .

Ei .

Tak selesanya nak duduk .

Pehh .

Pehal sejuk sangat ?

Ngilu segala sendi sendi aku tssk tssk .

Diam .

Sakit tu kifarah dosa . Reda .

Okey .

Reda .

"Allah tidak tengok hasil kita , tapi Allah tengok usaha kita . Nanti Allah bukan nak tanya 'Berapa banyak yang kamu buat ?' Allah akan tanya 'Apa yang kamu buat?' ."

Zapppppppp .

Ustaz .

Part tu sentap .

Allah tengok usaha ? Bukan hasil ?

Part tu ustaz cakap pasal apa yang kita boleh bantu dekat saudara kita dekat Palestin tu .

Tapi .

Rasa sebak .

Teringat .

Sigh .

Apa aku buat tu salah ke ?

Aku cuma nak tolong .

Aku sayang diorang .

Aku bukan niat nak putuskan silaturahim pun .

Aku sayang .

Bukan benci .

Aku takut .

Takut dengan mereka .

Haih .

Allah kuatkan hati . Kuatkan jiwa ana .

Duhai diri , kembalilah fokus dengan apa yang diperkatakan oleh insan insan berilmu di hadapan anda .


***

"Sesungguhnya orang orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebutkan nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-Nya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal." (8:2)






Kerana aku seorang khalifah .

Ya .

The world class leader .

Aku kena yakin .

Allah ada untuk aku .

Apa aku buat dan segala apa yang telah berlaku sebenarnya adalah suratan yang telah Allah tetapkan untuk aku .

Ada hikmah .

Allah tahu apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya .

Ingat !

Bukan manusia yang perlu ditakutkan .

Hanya Dia .

Allah .

Sampai ke akhirnya .

Lega .

But yet .

Walau tahu bukan diri yang salah .

Maafkan .



"Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf..." (7:199)



Maafkan apa jua benda yang salah .

Jangan ego .

Harap masa itu kembali .

Sungguh aku tidak selesa .

Macam ni .

Terima kasih ya Rabbi .

Sungguh .

Kalam-Mu pengubat segala apa yang berlaku .

Kesat air mata .

Senyum .




Saturday 20 September 2014

Good Side


le mau


Hari ini adalah hari Sabtu .

Saja nak bagi tahu .

*makan roti*

Menulis sekadar mengekspresi . Amboi poyo semacam .

Buat pengetahun antum pada Sabtu yang lalu bersamaan dengan 13 September 2014 telah berlangsung satu Himpunan Solidariti Ummah anjuran Aman Palestin di Stadium Tertutup Nilai , Negeri Sembilan .

Dekat dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) .

Allah .

IPT impian but sad I just can't get into it as I don't even take any Islamic subjects during my high school .

*kesat air mata*

Ouh .

Ya .

Alhamdulillah .

Ana berkesempatan untuk menjadi salah seorang insan yang melibatkan diri dalam himpunan itu .

Masyaallah .

Perasaan dia hanya Allah yang tahu .

Allahu akbar !

Sebenarnya .

Kesedaran terhadap isu isu sedemikian rupa tidak akan datang selagi kita tidak berusaha unuk mencuba untuk mencari sendiri tentang perkara tersebut .

Honestly .

Before .

Dalam hati memang kata "Palestin tu negara Islam . Aku sebagai Islam aku sokong Palestin."

But yet .

Akhlak .

Akidah .

And anything in between aku tidak semantap apa yang aku perkatakan .

Untuk beri sokongan .

Sedih .

Until that day .

13th of September .

Bersama dengan seorang ukhti . Hasanah nama diberi .

Dia teman .

Pergi that event .

Once jejak kaki dekat perkarangan stadium tu .

Memanglah .

Memang .

Rasa nak nangis .

Haha .

Hilang macho .

Pfftt .

Rasa macam tak percaya berada di tempat kejadian . Mana mana tempat tengok orang tudung tudung labuh . Baju semua memang descent memang ikut syariat .

Excited ahhhh .

I've been dreaming something like that :')

Alhamdulillah .

Allah bagi rezeki .

Masuk stadium , dengar talk duta Aman Palestin dan para jemputan yang lain memang tersentuh .

Tarik nafas .

Solat jemaah waktu Maghrib .

Masyaallah .

Memang .

Syahdu .

Hmmm .

Tapi ni nak pesan sikit .

Pergi event sebegitu rupa kena tajdid niat sebenarnya .

Datang situ bukan sebab nak cuci mata .

Tengok akhi hengseng hengseng .

EHHH .

Nak beli baju .

Nak dapat mafela tu headband ini itu beli baju bla bla bla .

No .

Datang untuk memcari keredaan .

Mencari kesedaran .

Kesedaran yang menguatkan iman .

Memantapkan ketakwaan .

Memantapkan akidah dan akhlak sedia ada .

Pergilah apa jenis event sekali pun .

Yang dicari tu benda baik . Ibrah .

Bukan benda tak baik .

Tambah pahala bukan tambah dosa .

Bawa kawan kawan . Ajak dia cari keredaan .

Sama sama .

Finally .

'Keluarga' produk produk yang support Zionis dapat juga dihindarkan .

Alhamdulillah .

Mari istiqamah .

Bersama .

Hiks .

Kalaulah bebudak ni ada :')

Rindu mereka .

Rindu suasana tarbiyah bersama mereka .

#Trans4mation

Takbir !

Monday 15 September 2014

Tsiqah


le mau

Ya Allah .

Kenapalah banyak sangat topik untuk Computer Applications (Theory) ni ?

Kepala letak ditekap ke bantal .

Jeda .

Agak lama .

Teringat akan tweet seorang insan dekat kicau biru .

" Reda itu bila kita terima ketentuan Dia dengan lapang dada tanpa mempersoalkan mengapa, kenapa, kalaulah itu kalaulah ini."

Gulp.

Bangun.

Pen dan segala nota yang ada dicapai semula .

Ditelaah .

Sentap jugak .

Sebenarnya .

 Alhamdulillah thanks for these chapters given by you Madam Kalyani .

*Senyum

Syukur boleh belajar .

Ada di antara mereka yang tiada kesempatan untuk belajar apa yang kau belajar .

Kau insan terpilih untuk terus berjalan atas jalan jihad dalam menuntut ilmu .

Tsiqah beb .

Dengan adanya tsiqah kau akan dapat capai apa yang impi .

Serious .

Keyakinan dan kepercayaan yang membawa seseorang tu untuk meraih dan menggapai puncak tertinggi dalam hidup dia .

"Percaya pada diri dengan harapan dan keyakinan . . . . . . . . . . . " (lagu Akademi Fantasia)

And yeah .

Dalam agama harapan turut di berikan .

Kepada penganutnya .

Kerana ianya dari Tuhan .

Jika agama gagal menawarkan harapan ianya bukan dari Tuhan .

Reda .

Sebenarnya . Sebenarnya lah kan .

Tipulah kalau aku cakap aku tidak cemburu .

Cemburu dengan mereka .

Ya .

Mereka yang ke luar negara .

Ke Timur Tengah terutamanya .

IPTA .

Hahaha.

Kan .

Mula sudah .

Sokay .

Kita reda .

Tsiqah .

Atas semua .

Yakin .

Dengan jalan yang ada .

Semoga Allah reda .

Semoga memperoleh kejayaan yang berguna kelak .

Untuk diri .

Keluarga .

Ummah .

dan

Agama .

Senyum .

Aku dan Kau

le mau

Tarik nafas .

Panjang .

Hembus .

Fuhhh .

Pandang langit biru bersih cantik dan suci sebab tiadanya dosa tercaliti .

Bumi ?

Macam macam warna ada . Cantik jugak ahh . Colourful bebeh . Hahaha . But instead of colourful tu tetap ada yang deep and meaningful di sebaliknya .

Terobek .

***

"Nak pergi mane ? Nak ke kelas eh?", Soal Lisa dekat rakan se-orentasi-nya .

"Tak ah . Kitorang nak jalan . Hehe ."

"Hamboi jalan pi mane?"

"Jalan jalan ke library . Haha . Nak ikut tak?"

"Ehh tak ah . Aku nak balik."

Suddenly . A girl without hijab next to the friend-of-orientation-of-mine asked me .
EH . Wait . Macam kenal .

Tersentak.

"Dah habis kelas ke? Nak balik?"

Diam sat.

"A'ah . Baru habis kelas . Nak balik . Kehh . Bai ."

"Bai."

Mata terus mengekori insan tersebut . Hampir terlepas air laici-kang acik minang dari tangan .

Subhanallah .

Apa nak jadi dengan dunia . Ni .

***

Tarik nafas .

Hembus .

Banyak lagi yang tidak sedar akan janji Tuhan .

Banyak lagi yang tidak sedar bahawa hukum pasti memakan tiap insan yang lupa pada Tuhan .

Lupa pada priority sebagai hamba .

Sebagai anak kepada ibu bapa .

Sebagai khalifah .

Khalifah yang tugas sebenarnya menyebarkan cinta cinta Allah dan Rasul demi menuju jalan syurga yang diidamkan semua .

Takbir .

Tapi .

Kenapa kian suram semangatnya ?

Kenapa kian hilang apa yang berkobar di dada ?

Kenapa biar nafsu terus merakus meratah tiap jiwa yang inginkan keimanan menyinari tiap ruang yang ada ?

Kenapa biar syaitan ketawa berdekah kepada diri kita atas tiap dosa yang kita buat kerana lupa pada priority itu semua ?

Sayang Ibu tak ?

Ayah ?

Abang , adik lelaki , suami (?)

*ayat gila tak boleh nak blah pfftt*

Sayang tak ?

Kata sayang tapi kenapa buat benda yang boleh membawa neraka dekat dan memakan insan insan yang kita kata kita sayang ?

Sedarari Hlovate kata dekat Anthem :

"Wrong is wrong even if everyone is doing it . Right is right even if you are the only one who doing it . Indeed ."

Sunday 17 August 2014

Jauh

le mau

Last last night , one of the PALAM's student was death . He was falled from the 4th floor of A3 block . May Allah bless him .

Al fatihah for brother Mohd Ilyas Saifullah bin Md Zahari .

Breath in .

Breath out .

In the age of 18 that boy already gone . Futher his way to the better place ever where he wouldn't see any lies any fake features in life as there will be all in real . No doubt . Just real .

The revolution .

As we death .

To barzakh .

Hehh .

Absolutely creepy enough .

But whenever you are you need to accept that 'DEATH' just next to you . Serious .

Koh Koh .

Bajet omputih pulak dah .

Sokay .

Practice make perfect .

Kan ?

Hikhok .

Sebak ahh bila cakap pasal 'mati' .

Serius .

Rasa memang ajal tinggal nak langkah sekali je then 'pappp' pergi macam tu je . Hadap Ilahi .

Sentap ahh .

Amal tak banyak manapun tapi tetiba sembang kencang pasal mati ?

Klise .

Yuppp  . Absolutely .

Tau pepatah ni "Orang yang paling bijak antara kita adalah orang yang sentiasa mengingati mati."

Mati sentiasa kita lupa .

Lupa bahawa yang mati tu pasti kembali .

Menuntut janji .

Janji yang pasti .

Janji bahawa semuanya pasti akan merasai .

Tapi .

Dunia ni terlalu indah sampai keseluruhan manusia lupa bahawa semuanya hanya sementara sahaja . Semuanya pasti akan pergi jua . Semuanya pasti akan musnah . Tiada . Hilang . Kosong . Zero .

Waktu tu baru kita sedar . Di ketika semuanya tinggal hanya penyesalan . Sesalan yang tidak bertepi sampai kita menangis meratapi nasib diri yang lemah dan tiada siapa yang ingin simpati .

Tiada siapa yang akan memberi .

Tiada siapa yang akan peduli .

Diri kau . Kau .

Aku . Aku .

Di Mahsyar itu .

Di ketika semuanya berkumpul menjadi satu . Menanti saat diadili atas semua perbuatan diri di atas muka bumi yang sememangnya sentiasa dizalimi . Oleh diri ini .

Waktu tiada siapa kenal kita . Tiada siapa akan tegur kita . Walau ibu , bapa , abang , adik , kakak , kawan kawan semuanya akan tidak kenal sesama sendiri . Semua menggigil . Menanti . Kecut . Dengan apa yang bakal diterima .

Amal dari sebelah kanan kah ?

Sebelah kiri kah ?

Allahu akbar !

Sediakah sudah diri ? Menghadapi hari sebegini?

Gulp.

Kekadang duduk jauh sebagai perantauan ni sentiasa buat diri ini terfikir agak apa akan jadi andai 'mati' itu nanti akan mengenai salah seorang ahli keluarga diri ini .

Mesti fragile .

Mesti stress .

Allahu Rabbi .

Moga jauhkan .

Jauhkan dari segala musibah .

Buat masa ini .

Dalam sepanjang sesi pembelajaran ini .

Aku tidak sekuat mana .

Macam yang lain . Ya . Yang lain .

Qowiy lah jiwa . Iman .

Semoga Kau memberkati dan merahmati perjalanan diri ini yang jauh dari mereka yang amat aku sayangi .








p/s : My other half , hopefully we can meet each other and can be together in this world and hereafter . I'll waiting for you . May Allah protects you and me . May Allah bless everything . Allahumma ameen .











"Selama aku masih bisa bernafas masih sanggup berjalan ku selalu memujamu . Meski ku tak tahu lagi , engkau ada di mana . Dengar kan aku KU MERINDUKANMU."


"EVERY SOUL WILL TASTE DEATH." -Quranul Kareem

Saturday 9 August 2014

Belajar

le mau

30 Julai 2014 .

Satu tarikh keramat . 

Gulp .

Buka tarikh kematian . Tarikh pertemuan . Tarikh pembukaan . Tarikh bersatunya kembali jiwa yang mula menghilang .

Nangis .

Tarik nafas .

Rindu lah .

Rindu orang Lahad Datu .

Sangat .

Bukan 'orang tu' .

EHHHH .

Kita belajar dari kesilapan . Kita belajar dari kesakitan . Kita belajar dari pengalaman . Pengalaman yang mematangkan fikiran . Pengalaman yang sentiasa membuat kita untuk sentiasa ingatkan Tuhan .

Allah .

Sampai bebila . Kita tetap pendosa . Kita tetap insan yang kurang ilmu dan akan sentiasa mengerahkan diri untuk mencari ilmu . Ilmu Allah yang luasnya berbatu batu . Dalamnya lebih dalam dari lautan Hindi nun di sana tu .

Kan ?

Setiap benda yang tidak kita inginkan untuk berlaku bukan bermaksud itulah pengakhiran kepada sesuatu .

Setiap benda yang berlaku ada hikmah yang boleh kita kaji sampai rasa nak hentak kepala dekat batu . EH .

Allah sentiasa tahu apa yang terbaik untuk seseorang tu .

Dia yang cipta kita jadi Dia yang berhak decides apa yang terbaik buat kita . 

Sebagai manusia kita berhak memilih apa yang terbaik yang boleh membina dan membuatkan hidup kita lebih cerah dan bermakna . Kita juga berhak memilih jalan hidup yang mungkin akan merosakkan jalan kita .

Hey !

Bila hidup kita dah jauh . JAUH . Jauh dari agama , jauh dari jalan syurga jalan yang dapat membantu kita untuk mencapai tahap keimanan yang menjadi impian semua soleh dan solehah .

Jangan risau .

Pintu taubat masih terbuka .

Buat kau .

Aku .

We deserve it so much . Indeed .

Takut .

Perasaan pertama yang muncul bila telah menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2) .

Langkah tu adalah langkah permulaan .

Permulaan hidup baru .

Permulaan kehidupan yang berliku .

Ini jalan aku .

Jalan yang aku pilih .

Jalan yang bakal membawa kepada masa depan yang sentiasa aku sebut suatu ketika dulu .

Engineer .

Ya .

Civil engineer .

In shaa Allah .

Belajar untuk tabah .

Belajar untuk sabar .

"Wahai orang orang yang beriman , mohonlah pertolongan dengan solat dan sabar . Sesungguhnya Allah bersama dengan orang orang yang sabar." -Al-Baqarah, 2:153

Tiada benda yang mustahil .

Sabar .

Itu yang perlu .

Masa ini . Masa depan nanti .

Sabar mendidik iman . Sabar dapat mendidik nafsu agar sentiasa patuh .

Biar iman yang 'memandu' bukan nafsu yang rakus merosakkan amalan yang dikumpul demi meraih syurga Allah yang satu .

Hiks heks huks .

This is my path .

The only path to reach my only dream .

Being an engineer is ain't a crime . 

Pfftt .

Berlagak pulak .

Astaghfirullahalazim .

Hahahaha .

Semoga jalan ini akan membawa diri ini untuk menjadi seorang solehah yang dapat membimbing diri ke arah kebaikan . Kebaikan buat diri . Kebaikan buat ibu dan pak . Kebaikan buat abang dan adik . Kebaikan buat suami (?) Klise (?) Hahahaha

Doakan ana .

Ana akan doakan antum juga .

Aherher .

Serius .

Rindu dekat Lahad Datu .

Rindu 'orang' Lahad Datu .

Kahkahkahkah .

"Every soul will taste death."

Wednesday 9 July 2014

Deep Inside

le mau

Tangisan mereka yang kehilangan sungguh menyedihkan .

Harapan anak anak yang masih kecil kelihatan kian kelam .

Ibu bapa kematian anak anak yang syahid dek membaranya semangat jihad dalam jiwa mereka .

Tubuh tubuh yang bergelimpangan dek bedilan musuh bertaburan di atas jalanan .

Rintihan .

Jeritan .

Harapan .

Doa .

Bertaburan . Bertebaran . Bersahutan di langit yang dulunya bersih kini menjadi hitam kerana asap semata .

Tapi .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Di mana perginya semua ?

Di mana kita ?

Ana .

Antum .

FIFA World Cup ?

Qiammullail ?

Sibuk dengan dunia .

Sentiasa tweet . Sentiasa post . Sentiasa berkata .

"Ya Allah . Selamatkanlah mereka ."

"Semoga Allah merahmati dan melindungi mereka ."

"Sesungguhnya mereka adalah warga warga syurga ."

Alhamdulillah buat mereka .

Alhamdulillah juga buat antum kerana prihatin.

But .

In my oppinion lah .

Lebih baik antum doa secara diam . Face to face dengan Allah sendiri .

Lagi berkat . Lagi reda . Lagi sweet gitu . Haaa .

Mungkin kita ikhlas . Betulkah ikhlas ?

Lepas ikhlas nanti jadi riak . Sebab post dekat muka buku . Dekat Wechat . Tweet dekat Twitter . Orang akan komen , like , retweet and bla bla bla .

Tu hati jadi lain tu . Lain macam .

*geleng kepala*

Eleh jangan tipu . Sebab ana pun kekadang cemtu .

HAHAHAHAHAHAHA .

Leks .

Istighfar kan ada :D

Senyum .

Kita ?

Syurga dah jumpa ?

Ke kabur lagi ?

Tepuk dada tanya iman .

Realitinya sebenarnya kita memang kesah tapi aksinya tiada .

Memang antum berterusan tweet post sana sini berkata tentangnya tapi andai hanya terlepas di mulut bukan dilaksana dengan anggota sia sia belaka .

Got it ?

Tak dapat nak angkat senjata tak apa . Cukuplah kita alunkan qunut nazilah saja .

Jom .


اَللَّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ۞ وَنَعُوذُبِكَ مِنْ شُرُورِهِمْ۞

اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ ۞ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ ۞ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ ۞

وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ ۞ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِن كِلَابِكَ ۞

يَا قَهَّارُ ۞ يَا جَبَّارُ ۞ يَا مُنْتَقِمُ ۞

يَا اَللهُ، يَا اَللهُ، يَا اَللهُ،

اَللَّهُمَّ يَا مُنزِلَ الْكِتَابِ ۞ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ ۞

يَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ
 
اِهْزِمْهُمْ اِهْزِمْهُمْ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ ۞

Mudahan dengan apa yang kita alunkan , dengan keikhlasan yang kita biaskan mudahan Allah SWT akan sentiasa berterusan memberi perlindungan dan rahmat yang berkekalan buat warga warga syurga di Gaza sana sehingga bertemunya mereka dengan Allah Azza Wajalla di hari kebangkitan kelak .

Tanamkan dan sematkan di hati yang kita juga bakal syahid seperti mereka dalam memperjuangkan kesucian agama .

Semoga suatu hari nanti dapat menjejak kkan kaki kesana .

Menyambut seruan jihad yang diimpi tiap jiwa remaja Islam di luar sana .

Allahu Akbar !

Semoga Allah reda atas segalanya .

Allahumma ameen .

Mungkin kurang dalam pengisian hanya ini yang mampu ana kongsikan . Semoga memperoleh ibrah .

Adios .

Friday 27 June 2014

Debor . EHH ?

le owner

"Sesungguhnya yang dikehendaki oleh Islam adalah sebahagian besar waktumu, hampir seluruh hartamu dan kesegeraan masa mudamu. Islam mengkehendaki dirimu seluruhnya. Islam mengkehendaki ketika kamu bertenaga, bukan di saat sudah longlai. Islam mengkehendaki masa mudamu, masa kuatmu, masa perkasamu dan bukan masa tua rentamu. Islam mengkehendaki semua yang terbaik, termulia dan teragung darimu." ( Asy - Sayhid Abdullah Azzam )


***

26th of June 2014 , 02:08 pm

Zapppppp .

Ni aku tak boleh ni . Mohon jaga mata hati dan iman .

Leks .

Tarik nafas . Hembus .

Okehhh .

Phone di poket dicapai lalu bait bait ayat yang memang nampak sangat kau fragile ditaip lalu dihantar kepada insan yang nun jauh dekat Perak .

"Aku tatau kenapa aku susah nak kawal diri kalau mamat ni ada . Pehh ."

"Kau boleh cuma ada lagi part yang belum teguh . Haaa "

"Part iman mungkin yang kurang teguh . Hm Hmmmm ."

"Hm hm . Jadinya, bila dah tahu kat mana kelemahan , kenalah usaha kuat bagi teguh . Hm hm ."

"Hm hm . Kenalah tambahkan dos cinta dekat Dia . Rasul-Nya . Bertambah cinta bertambah jua keimanan di dada . Dengan itu, tiada hawa nafsu yang boleh menggila dengan padu . Hmmm ."

"Kan . Tapi senang dimulut, susah di perbuatan . Tapi kena jugak usaha."

"Kalau tak usaha sampai bila bila pun tak berjaya . Sampai bila bila pun nilai Islam tu tersepit di celahan kefana'an dunia."

"Kan . Jadinya, kena bantu diri sendiri plus orang lain ."

"Kena saling membantu . Aku perlu kau . Kau pun sama . Kan ."

"Kan . Haah . Betul ."

"Kawan aku cakap kalau kita jumpa someone then debar di dalam lain macam boleh jadi tu jodoh kita . Aku rasa aku kurang setuju dengan teori ni . Aku pun mengada tanya kan dah kena . "

"Hahaha . Aku kalau nampak orag berkaliber, berkarisma hengseng sikit je berdebor . Cane tu ? Semua tu jodoh aku ? Hahahaha "

"Kau ni . Yang satu ni lain sikit . Felamaks . EHHH ."

"Haha . Istighfar."

"Astaghfirullahalazim . Seb baik dah mula belajaq . Haha ."

"Hahahaha . Manada mula lagi . Kahkahkah."

"Ciskek . Hahaha . Nak mula nak mula ."

"Hahahaha . Ni tengah bakpe ?''

"Merinduimu . Hahahahahaha ."

"Aku tengah tulis wiwowiwo, nampak je kau tulis gitu, terus jadi wiwowiwowk . Tersedak . Hahaha ."

"Hahahaha . Tu aku . Kalau orang lain prank entah entah tercekik . Hahahahahaha."

***

My senior once tweeted : "Fitrah manusialah bah tu kan jatuh hati . Tapi pandai lah urus . Hiuhihuhuhuh."

*hengkorang boleh follow kakak tu dekat link bawah gambor tu . Hokehhh *

But if and only if . Hamboi macam zaman nak jawab paper Maths untuk Mathematical Reasoning waktu SPM . Kah .

Perasaan J A T U H C I N T A dia tu tukaq ahh pergi perasaan J A T U H C I N T A dekat Dia . Haaaa .

Debor yang ada lain macam .

Try .

Pejam mata .

Salurkan cinta anda .

Mind set cinta kepada Dia .

Tettt !

Bahagia lain macam . Serius .

Bila kita mula teguh demi agama Allah dan meneruskan dakwah Rasulullah kita akan sentiasa menjaga tiap waktu demi menyebarkah kemuliaan Islam yang satu .

Chaiyok !

Islam perlu aku . Kau . Ana . Enta . Enti . Antum .

*kan keluaq dhomir arab . Ehh*

Mantapkan solat dulu . Kemudian mantapkan pula amalan  sunat lainnya .

Istiqamah .

Andai dulu subuh selalu lepas, cuba set alarm dekat enpong hengkorang . Nak sentap letak reminder "Nak jadi kafir?"

Hambek kau .

Y'know .

Yang membezakan Islam dengan bukan Islam adalah SOLAT .

Kalau solat kita tak jaga so macam mana 'kesihatan' iman kita ?

Macam mana nak salurkan cinta kepada Islam dengan nyata ?

Bila keimanan terbantut mulalah hawa nafsu jitu mencucuk minda kepada maksiat yang membawa kita ke dalam neraka yang menjadi mimpi ngeri semua .

What?

Bukan semua ?

Tadah tangan . Doa .

"Ya Rabbi . Mohon Engkau tiupkan cahaya keimanan dan melahirkan keinsafan ke dalam hati hati yang masih lalai dan hanyut . Semoga aku dan mereka berdiri teguh menegakkan agama -Mu yang satu. Allahumma ameen."

Senang kan ?

*Kenyit mata

Biarlah debor yang muncul tu sebab takutkan dosa maksiat kepada Allah .

Biarlah debor yang muncul tu sebab kita takut kehilangan syafaat Rasulullah di akhirat kelak .

Biarlah debor yang muncul tu sebab kita takut menerima buku amalan di sebelah kiri kita .

Biarlah debor yang muncul tu sebab kita takut terjatuh ke bahang api neraka tatkala melintas di ttian sirat .

Biarlah debor yang muncul sebab kita takut sinar iman yang terpasak di jiwa kelam dek maksiat yang tidak terlihat oleh pancaindera . Ouch . Ni deep .

Hehehe .

Suka boleh tapi memasing kena ingat . Memasing dah besar dan memasing dah boleh pikir dah .

INGAT tanggungjawab sebagai hamba kepada-Nya dan anak kepada ibu bapa kita . Jangan dok pikir tanggungjawab nak jadi isteri atau suami pulak . Ehh .

Tak salah nak kahwin . Kahwinlah . Semua pun belajar Pendidikan Islam subtopik tingkatan lima yang pasal perkahwinan tu kan .

"Kalau nak kahwin kena berkemampuan untuk tanggung diri , bakal isteri / suami dan anak anak nanti."

Paham ?

Korbankan dulu semua demi agama . Tiada salahnya kerana sesungguhnya ada hikmah yang lebih indah bakal menjelma .

Percayalah .

Janji Allah itu pasti .

Senyum .

***

"Kau punya probability tinggi . Dekat pun dekat selalu nampak pun selalu . Tinggal doa je . Tinggal jodoh tu ada ke tak je . Haaaa . Allahumma ameen ."

"Allahumma ameen . Mudahan ."

Hahahahahahahaha . Ini klise semata .

Semoga peroleh ibrah .

Adios .

Friday 20 June 2014

Kiddo

le mau

Me ?

Dua hari ?

Ustazah ?

*Flip hair*

Agak poyo di situ . Fine .

***
 Di suatu petang :), 19th of June 2014, SK Lahad Datu II


"Assalamualaikum . Okey . Ustazah guru ganti kepada Ustazah Rubiah . Nama ustazah Nur Meilisa . Kamu boleh panggil ustazah Meilisa . Boleh?"

"Bolehhhhhh ustazahhhhhh." *suara padu bebudak satu kelas*

Senyum .

"Ustazah kita mau belajar apa?" tanya seorang kanak kanak comel . Perempuan .

"Rukun Islam sudah belajar belum ?"

Seseorang menyampuk . Ehh . Budak lelaki yang comel . Hm .

"Sudah ustazah."

"Belum lah . Itu rukun iman ."

"Bukan rukun islam kah ? Rukun islam bah ."

"Bukanlah rukun iman."

Bertekak pulak bebudak ni . Leks .

"Oke . Rukun islam ada 5 perkara . Tadi kata sudah belajar kan rukun iman ? Rukun iman ada 6 perkara . Rukun ada berapa perkara?"

Ehem . Betulkan tudung .

"Ustazah ! Rukun iman ada 5 ."

"Enam ."

"Lima ustazah !"

Garu kepala .

"Aik . Tadi kan ustazah sudah cakap rukun islam ada 5 . Rukun iman ada 6 . Jadi mana satu betul , rukun iman ada 5 kah 6 ?"

"Enam."

"Oke . Pandai ."

Senyum .



ku pendekkan cerita .



Tarik nafas .

"Kalau kita buat baik kita masuk syurga . Kalau kita buat jahat kita masuk neraka . Nanti dekat neraka kita kena seksa ."

"Ustazah , seksa tu apa ?"

Diam .

Ekk . Salah guna kosa kata .

Apa aku nak cakap ni ?

"Okeh . Seksa ni kita kena pukul , kita kena bakar , kena rotan macam macam benda sakit kita kenak . Shikin mau kah ?" *nama budak tu Shikin*

"Tidak."

"Ustazah . Mamak saya cakap , nanti di neraka di kasi minum air api . Kan ustazah ?"

Senyum .

Bebudak ni cekap dalam berkata .

"Jadi , kalau kita buat baik . Kita dapat pahala . Allah pun sayang kita . Kita dapat masuk syurga .Kalau buat jahat, Allah ndak sayang kita lepastu masuk neraka . Ada yang mau masuk neraka ?"

"Tidak !"

"Alhamdulillah."


***

Lembutnya hati kanak kanak yang belum mumaiyiz .

Innocent .

Sangat .

Lurus bendul .

Macam aku . Ehh .

Betullah kata pepatah Melayu , melenturi buluh biarlah dari rebungnya .

Kalau nak lentur masa dah keras jadi batang buluh yang memang dah boleh guna buat meriam waktu puasa dan raya *ehh* alamat tumpul parang sedih usaha tak kesampaian malah luka dek terkena serpihan serpihan yang menyakitkan .

Tak gituuuu .

Sama macam saat kau nak suntik unsur dakwah tu .

Kena cucuk guna jarum yang halus tapi tajam biar kena sampai dalam . Pehh . Tapi jangan sakit biar smooth dan sampai apa yang perlu dan utama untuk mereka tahu .

Senyum .

Ayat yang padu bisa menyentuh kalbu malah membangunkan banyak hati hati yang kian jatuh .


Set !

Nak ngajo lagi . Rindu bebudak tu T.T













"Ustazah ustazah sudah kahwin kah? Kenapa ustazah pakai cincin?" 

Soalan sentap bak peluru berpandu membuatku tergelak tak sangka bebudak boleh pikir cemtu . Ehh .

Adios .

Wednesday 11 June 2014

Hitted

le mau

Sabar dalam bersabar .

Leks .

Takkan lari jodoh dikejar . Kah .

Aku dah menggedik macam confirm ada putera idaman kalbu datang melamar dah berdiri depan pintu rumah dah kenapa ? Sedarlah sedar .

Berhenti memasang angan angan bagaikan Mat Jenin .

Ha Ha Ha .

***


















































Lori dekat depan ni punya slow .

Tensi .

Tensi .

Tensi .

Tensi .

Tensi .

Tensi .

Tensi .

Mari kita potong . Muehehehehe .






***

Dan selebihnya . Legend .

That red in colour proton boleh tahan rosak . Damage memang adalah .

Pintu belakang belah kiri agak terkesan . Tempat nak isi minyak tu apa ntah nama dia boleh tahan hancur tak leh nak buka macam biasa pintu kecil comel dia tu . Kah .

Penutup dekat dalam tu pun pecah .

Pengalaman pertama .

Almost accident . Almost going to dead . Almost tak menaip benda ni .

Serious .

Kecut perut eden .

"Lepas ni drive hati hati . Jangan memotong lagi . Kebanyakan kes orang kemalangan tu memotong then being hitted oleh kereta dipotong. Drive perlahan lahan . Yang penting selamat . Nasib umur masih panjang , Allah masih sayang tu tak apa apa . Kereta nasib okey juga masih boleh guna . Alhamdulillah . Ingat ! Cakap orang tua tu doa . Ikut . Jangan degil . Sabar kak . Allah uji tu . Allah suruh belajar sabar ."


Keinsafan yang tiada peri .

Sabar dalam bersabar .

Orang sabar banyak rezekinya .

Serious .



Allah bersama dengan orang orang yang SABAR .



That's the reason .

Last but not least , agak tiada kaitan cuma aku nak pesan .

Berhati hatilah di jalan raya . Ingatlah orang yang tersayang .

Ouh .

Aku tak apa apa . Aku selamat .

Life is blessing .

So, be grateful .

Aku pun tak paham point aku .

Leks .

Sunday 1 June 2014

Last Seen

le mau

Sayang. . . .

Ku terbayang wajahmu
Matamu yang redup tatkala memandang daku
Kemanjaanmu yang menyentuh ke segenap jiwa dan ragaku
Melemahkan hati yang keras dengan laju

Pergi
Kau tinggalkan daku
Terembes segala jernihan mutiara yang pilu
Menuruni pipi dek sakit dalam kalbu

Semoga kau dalam lindungan-Nya

Hilangkan kemurungannya Tuhanku
Biar dia sentiasa senang selalu
Tidak lapar
Tidak tersakiti
Tidak bersedih

Duhai kau
Ku mahu kau tahu
Diriku di sini merindu dirimu
Ku sayang kau

Jangan nakal
Jangan mengada
Jangan buat hal
Jangan cari gaduh

***


Kalaulah kau boleh baca ni ? Kalaulah kau boleh dengar tiap suara hati ? Kalaulah kalau kalau kalau .

Hilang kucing pun hati boleh lemah .

Tak tenteram jiwa .

Lemah kepala lutut semua .

Kalau hilang orang yang kita sayang pula bagaimana ?

Bolehkah kita hadapinya ?

Istighfar .




Banyakkan ibadah banyakkan ingat Allah .
Semoga tiap apa yang berlalu mampu memberi tarbiyah pada diri kita .


Allahu Akbar !







p/s : Endut . Baliklah . Kak Yun Rindu .




Friday 30 May 2014

Gapai Part 2

 
 
"Apa sebenarnya yang kau nak cuba gapai ?" Ed memulakan bicara (maaf poyo) .
 
Bahu dijungkit ke atas .
 
"Qud , kita masing masing dah besar . Dah boleh fikir mana yang baik mana yang buruk . Aku harap kau tak salah pilih jalan ." Bahu Qud ditepuk perlahan .
 
"Kau boleh tolong aku ?"
 
"Tolong apa ?"
 
"Tolong aku cari tuhan ."
 
"InshaAllah Qud . Kita cari sama sama ."
 
*****
 
Kenangan lampau yang singgah tadi , dihapus secepat mungkin .
 
Angin lembut menjamah pipi sambil hati mengucap rasa syukur atas kehidupan hari ini .
 
Langit biru yang masih gah dijunjung ditatap mesra . Ada gembira disebalik nafasnya .
 
Teringat jawapan Mato dekat asefem tadi .
 
"macam mana nak bangkit bila futur?

buang semua yang lama dan tarik nafas dalam dalam. as you exhale, let all the bad things go."
 
Someone ada cakap
 
"Nikmat dalam ujian . Setiap ujian ang Allah beri adalah untuk menaikkan darjat kita disisiNya ."
 
Qud tersenyum
 
"Sementara masih ada masa ni , cuba berubah . Baik percakapan , tingkah laku . Buat kerana Allah . Kalau rasa futur , jangan cuba cuba nak ubah diri jadi pekasam . Terperap je . Ambik udara segar . Tadabbur alam . Dengan melihat ciptaan Dia , inshaAllah hati tenang . Zikir jangan tinggal . Solat jangan lupa . Bina balik apa yang roboh , buang apa yang keruh ." Kata kata As kembali terngiang ngiang di telinga yang berselubung tudung .


*****

Misi pencarian Tuhan kembali . Setelah tersembam berdarah dikaki nafsu .



Mahar untuk ke syurga tidak murah , ujian bergunung menanti , sang pendaki iman .


Mungkinkah kita gapai mardhatillah bersama ? Doakan .
 
 
 
 


Piling Ling Ling

le mau

"May I talk to you . Alone ."

"No . Anything that you wants to say you can say to both of us ."

"Fine . You just can't marry a man you just met ."

"No . You can't if its a true love."

"Anna . What do you know about true love?"

"More than you . All you know is just how to shut people out."

"You're ask for my blessing and my answer is no . So excuse me ."


***

Semua yang indah tu kekadang membawa ke syurga . Kekadang membawa ke neraka juga . Ehh .

Cliche .

Hilal Asyraf once said that .

"Sekiranya benar cinta , mesti mahu bersama hingga ke syurga . Apa apa yang membawa ke neraka itu bukan cinta namanya."


Nangis berbaldi baldi .

Rindu .

Cinta .

Suka .


Urgh . Sakit jiwa bila difikirkan .

'I'll be the greatest fan of your life.'

Gulp .

Did I said that ? Hah Hah . Woih gila .


Lirikan pandangan itu sentiasa membuatku debar tak menentu kekadang terlupa pada Dia yang patut ku tuju . Allah .


Perempuan mudah perasan hehhh .


Leks . 

Apa guna Allah arahkan kita supaya tundukkan pandangan ?

Jaga hati dan iman biar tidak dilanda sebarang gelodak jiwa berteraskan nafsu yang bisa mengganggu gugat iman yang rapuh .

Kuat .

Kuat .

Kuat .

'Lower your gaze . You'll find solace.'

Acewah ><

Kalau kita cintakan seseorang itu kerana kita nak bina baitul muslim dengan dia amacam ? Hahaha Terlalu random abaikan .




"Sentiasa dalam doaku menyimpan rasa ingin bertemu insan yang masih rahsia dan teristimewa." -Hafiz Hamidun













p/s : Entry ni kurang manfaat jangan BACA . Adios

Monday 26 May 2014

Bangkit

le mau

The hell . Geramnya aku . Heish . Apekehal boleh failed ?

Diam .

Diam .

Diam .

Astaghfirullahalazim .

Lisa mulut kau dah kenapa cakap benda omputeh cemtu pikir baik kehh ?

Ya Rabbi . Nafsu kuasai aku .

Leks .

Tarik nafas .

Hembus .


"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya satu titik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya . Jika dia tida bertaubat, maka titik hitan itu akan terus merebal hingga seluruh hatinya menajdi hitam." (Riwayat Ibn Majah)


Ketuk kepala .

Kepala disandar pada kerusi di hadapan di ruang menunggu . Mata dipejam . Allah nak uji aku . Who knows . Husnudzon .

Jatuh sekali bukan bermakna tak boleh bangun lagi .

Gagal hari ini bukan bermaksud esok lusa akan gagal lagi .

Tapi kalau gagal maksudnya Allah nak uji banyak banyak banyak kali . Saja . Sebab Allah sayang kita . Sebab tu lah Allah dok uji . Allah nak tengok penerimaan tu macam mana .

Dengan cara mengingati Allah dan bersangka baik pada-Nya ?

Dengan mencarut mengeluarkan kata kata tidak berpuas hati malah bersangka buruk pada-Nya ?

Gulp .

Sentap kau Lisa . Padan muka . Haha .


"We act on what we believe in . We;re the ones who decide on who and what we want to be . We're the one making the choices." (Aleksandr; Anthem)


Meski jatuh dan terbangun ku tetap bertahan .

Bertahan .

Chill .

Leks .

Tiap apa yang berlaku ada hikmahnya .

Ada ibrah di sebaliknya .

Ada nikmat yang mungkin tidak disedari kehadirannya .

Allah tu ADIL .

Percayalah .

Aku kuat . Kau kuat . Kita semua kuat .

Yeayyy .

Kata khalifah , kata pemimpin , taraf dunia katekan . Jangan putus asa selagi belum habis berusaha .

Bill Gates pun boleh berjaya takkan aku tak boleh ? Hehhh .

Perli diri sendiri . Sakit jantung .

Urut dada .

Mungkin ada something wrong dalam usaha yang sebelumnya . Pikir balik . Apa salah pernah kita buat ?

Dekat Allah .

Dekat ibu bapa .

Dekat adik beradik .

Sanak saudara .

Kawan kawan .

Hahh . Istighfar .

Sayang iman . Sadokan iman . Aummm .

Husnudzon .

Yet . Jangan pernah putus asa .

'Ready next week retest kakak . Don't fail again .'

Tarik nafas dan hembus .

Jangan nangis . Hahaha cliche .

Senyum .



"Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (ataupun bala bencana), maka itu disebabkan apa yang kamu lakukan (daripada perbuatan perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar daripada dosa dosa kamu." -Asy Syu'ara, 30

Sunday 25 May 2014

Gapai Part 1





Gambar tak ada kena mengena dengan tajuk . Kan ? Aku tau tu .

A little bit lost , rasanya . Tergantung di tengah cerita . Aku tak pasti apa hala tuju post ni sebenarnya . Tapi aku akan cuba . At least , ada something than nothing kan ? Tolonglah angguk .

*tarik nafas* *tahan sampai mati* *sengih*

Kidding meh . Dah mati mana boleh senyum . Melainkan pahala aku bertimbun kalah Gunung Everest . Realitinya , vice versa bae .

*****

'Fragilenya ,' bisik hati Qud . Serpihan kaca hasil gelas yang pecah tadi dipandang hujung mata .

"Qud , kau usha apa lagi ? Meh tolong aku sapu . Karang orang lain pulak kena kaca ni. Susah nanti ," As menarik tangan Qud kearah tempat kejadian (hahaha) sambil menghulur penyapu .

Qud tetap tergam disitu . Tak bergerak walau setapak . Tak goyah walau seinci .

"Kau okay tak ni ? Kau jangan buat aku risau ." Penyapu ditangan dilepas terus .

"Aku okaylah . Kau je yang risau bebukan ha ," Qud mengambil semula penyapu yang tadi terlepas dan mula bekerja . Mulut mula bekerja seiring derapan langkah dan gerak badan .
 


"Ketahuilah dengan mengingati Allah , hati hati akan menjadi tenang"


Zikir Qud , zikir .
 
*****
 
"Avant garde ," terlepas dua perkataan tu dari mulut Qud .
 
"Apa kau kata Qud ?" As yang tengah bersila atas katil memalingkan muka kearah Qud yang ternyata tenggelam dalam dunia sendiri .
 
"Apa yang aku dah buat ni ?" Qud menumbuk dinding berhampiran tingkap itu dengan perlahan .
 
"Qud ," As dah bangun dari sila .
 
"Bodoh jugak aku ni . As , kenapa kau kawan dengan aku ?" Qud menyoal perlahan .
 
"Sebab aku nak ......," belum habis ayat As , Qud menyambung lagi .
 
"Aku tak faham kenapa dengan hati aku ni . Aku ni dah kenapa sebenarnya ," kali ni , tumbukan makin kuat . Selepas setiap ayat yang keluar dari muut Qud , gadis itu akan menumbuk dinding dengan kekuatan yang makin lama makin kuat .
 
"Qud , sudah . Kau buat apa ni ?" As merentap tangan sahabatnya yang sudah membiru .
 
"Ingat Allah suka hambaNya yang menzalimi diri sendiri ?" As menggoncangkan tangan Qud . Raut wajah Qud sudah cukup menunjukkan gadis itu bukan di bumi , tempat dia berpijak sekarang .
 
"Aku okay As . Kau tidur je dulu . Aku okay ," Qud bangun dan meloloskan diri dibalik pintu bilik .
 
'Qud ,' As menghantar Qud yang semakin menjauh .
 
'Sorry As , aku tak kuat . Tak sekuat kau , dan mungkin takkan kuat sampai bebila . Abaikan aku As ,' Qud sudah terduduk disebaik dinding yang memisahkan biliknya dan dapur . Air mata yang sejak tadi ditahan , dirembeskan semua . Tanpa ada satu titid pun yang tersimpan .
 
"Fragilenya kaca bila menimpa lantai . Fragile lagi hati aku bila diuji . Allah ," sebak didada tertahan tahan . Lantas , imaginasi mula memainkan peranan . Setiap perksra mungkar yang dilakukan terlayar dipandangan mata .
 
 
bersambung dibahagian seterusnya
 
 
 
 
 


 
 

 




Friday 16 May 2014

Destiny

le mau


Sigh .

Mulut kata lain hati siapa tau . Kau tau ? Tak . Allah je tau .

The moment when you don't even get any call from any universities and you'd know that your result is good enough . Good enough ? Perhaps .

'Conceal it , don't feel it.'

Hamboi . Practising le self to be like Queen Elsa . Kehkeh .

Nahhh . Its really hurts when you knew that your friends got a call for entering the most great university that you'd ever dream oh goshhhh why do I can't go there tssk tssk .

'Leks ahhh . Bukan kau takdak rezeki . Ada . Cuma masa ketibaannya tu belum lagi untuk kau . Sabar kak .'

Sabar dalam bersabar .


"Takdir kita ni, Allah dah tentukan lama dah. Walaupun mungkin planning kita hidup dekat dunia ni seratus lapan puluh darjah bezanya dari apa yang Allah susun, percayalah, Allah lebih kenal hamba-hambaNya." -@budaktomato

Husnudzon .

Benda pertama yang perlu kau set dekat minda kau . Bukan . Aku pun sama . 

B E R S A N G K A  B A I K  D E N G A N  A L L A H .

Ni aku nak story sikit pasal aku . Hahahaha . Bajet retis pulak . Pfftt .

Bukan nak minta simpati cuma cuba untuk meluahkan rasa di hati . Almaklumlah aku anak perempuan sorang dalam adik beradik aku and aku memang jenis pendam main luah dekat benda alah macam ni je kerja aku and the rest is just a history phewwwww .

Matrikulasi .

Aku tak dapat .

Tapi aku dapat tingkatan enam .

By the way I don't even go to register my self for entering those form 6 . Macam tolak rezeki pun ada . Tak ahh . Aku tunggu benda lagi besar dari itu .

'Kau ni yakin sangat kau akan daoat ntah ntah ke laut je kot.'

Aippppp . Jangan persendakan aku yang comel ala ala Priyanka Chopra ni . Okehhh itu over melebih memang patut ke laut sebenarnya . Blergh .


Continue . . . . . . . . . . . . 

UPU . Aku tak dapat ouch gila broken heart .

Ouh . Sini aku down . Aku fragile .

Tapi perancangan Allah siapa tahu . Kan ?

Senyum .

A few days before aku dapat tahu yang aku layak untuk ke temuduga IPG untuk kursus Pendidikan Pemulihan (SK) .

Blessed .

Instead, Allah did sent me something that can bring some bright shining hopes inside of me .

*abaikan kesalahan tatabahasa saya kerana saya bukan calon TESL ehhh .

Alhamdulillah mungkin itu jalan aku . Hiks .

Jalan kamu bagaimana ?

Ouhhh . Ada yang dapat masuk asasi di CFS IIUM . Ada yang dapat dekat UMS . UNIMAS dan merata rata di Malaysia ni . Wahhh .

Mabrouk ya kalian semua . Mabrouk . Itu rezeki yang Allah dah atur untuk anda .

Yay for you . But nay for me . Ehh .

Pada awalnya aku agak tidak reda dengan apa yang berlaku atas diri aku .

UIA

UiTM

UniSZa

Universiti ni tolak aku . Rasa macam tergolek masuk gaung lepas terkeluar terjatuh terguling eksiden dari kereta . Pain enough . Hahaha .

Klise . Ayat klise . Aku pulak menyampah tetiba . Ehhhhhh .

Tapi leks ah . Rezeki Allah luas . Bukan tak dapat cuma masanya belum sampai je pun . And yeah, pray and believe .  Haaa ni kata semangat dari seorang kakak dekat UIA tu untuk aku :')

Syukur ke hadrat-Mu Ilahi .

Lepas temuduga untuk IPG bagi kursus Pendidikan Pemulihan tu aku rasa tenang . Mungkin memang itu jalan aku .

My Destiny .

Allah memang dah susun untuk aku cuma aku je tak sedar . Yelah . Aku ni jenis nak ikut kepala aku je kepala orang lain susah aku nak ikut .

Hahaha . Nampak betapa keras kepalanya aku ?

Bakal zauj yang dah usha usha tu get ready . Amboi . Kaitan sangat .

*ayat di atas memang ayat nak minta kena lempang dek lesung batu zaman nenek moyang Jawa aku . Abaikan .*

Actually . Ibu . Bapa . Abang semua nak sangat aku jadi cikgu . Pendidik .

"Jadi cikgu banyak pahala kakak . Ilmu yang diajar dan berterusan diamalkan murid yang diajar in shaa Allah jadi amal buat kita." -Ibu

Tarik nafas . Hembus .

Fuhhhh . Lega .

Mungkin . Sebab ada reda dari pak dan ibu . 'Laluan' aku dari mula isi borang IPG sampailah saat ditemuduga semuanya lancar .

Yelah . Bidang aku pilih bukan calang calang PPC-Bahasa Arab . Bidang untuk bebudak 7A keatas dan untuk bebudak yang ambil STAM dan paper agama jek .

Gulp .

But , Alhamdulillah berkat reda dan restu ibu dan pak aku .

Walau bukan dapat interview untuk bidang kegilaan aku . Yeahh . Arabic languange .

Betullah hadis Baginda S.A.W

"Keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa . Dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa."

Dengan adanya iringan keredaan dari ibu bapa , keredaan Allah S.W.T juga kunjung tiba .

Jangan pertikai pilihan mereka . Mungkin ada ibrah disebaliknya . Siapa tahu ? Kau tahu ? Aku tahu ? Tak . Allah je tahu .

Bersangka baiklah setiap masa .

Ujian yang tiba adalah tanda sayang Allah pada kita . Beruntunglah kerana menjadi salah seorang  insan insan yang Allah sayang tiap masa dengan sentiasa diberikan ujian yang tiap masa kunjung tiba tidak kira masa tempat dan cara sekalipun .

Apa yang penting , ucaplah Alhamdulillah . Segala puji bagi Allah :)

Semoga yang terbaik buat aku . Buat kau . Buat semua insan yang ada .

Belajar di mana mana pun tiada bezanya . Konsep menuntut ilmu tetap ada dan dipraktikkan cuma tempat dan masa yang berbeza .

Jalan aku jalan kau mungkin berbeza .

Tapi ingatlah . Aku kau milik Dia .

Bersyukirlah sentiasa .

Semoga Allah reda .

Semoga Allah permudahkan segalanya .

Andai bukan lagi jodoh kita UIA , semoga dipermudahkan Allah 'laluan' ku untuk menjadi pendidik bakal peneraju kemajuan masa depan Malaysia amnya, Islam khususnya .

Allahumma ameen .

Rabbi yassir wala tuassir .

Takbir !

Allahu akbar !