Friday 27 June 2014

Debor . EHH ?

le owner

"Sesungguhnya yang dikehendaki oleh Islam adalah sebahagian besar waktumu, hampir seluruh hartamu dan kesegeraan masa mudamu. Islam mengkehendaki dirimu seluruhnya. Islam mengkehendaki ketika kamu bertenaga, bukan di saat sudah longlai. Islam mengkehendaki masa mudamu, masa kuatmu, masa perkasamu dan bukan masa tua rentamu. Islam mengkehendaki semua yang terbaik, termulia dan teragung darimu." ( Asy - Sayhid Abdullah Azzam )


***

26th of June 2014 , 02:08 pm

Zapppppp .

Ni aku tak boleh ni . Mohon jaga mata hati dan iman .

Leks .

Tarik nafas . Hembus .

Okehhh .

Phone di poket dicapai lalu bait bait ayat yang memang nampak sangat kau fragile ditaip lalu dihantar kepada insan yang nun jauh dekat Perak .

"Aku tatau kenapa aku susah nak kawal diri kalau mamat ni ada . Pehh ."

"Kau boleh cuma ada lagi part yang belum teguh . Haaa "

"Part iman mungkin yang kurang teguh . Hm Hmmmm ."

"Hm hm . Jadinya, bila dah tahu kat mana kelemahan , kenalah usaha kuat bagi teguh . Hm hm ."

"Hm hm . Kenalah tambahkan dos cinta dekat Dia . Rasul-Nya . Bertambah cinta bertambah jua keimanan di dada . Dengan itu, tiada hawa nafsu yang boleh menggila dengan padu . Hmmm ."

"Kan . Tapi senang dimulut, susah di perbuatan . Tapi kena jugak usaha."

"Kalau tak usaha sampai bila bila pun tak berjaya . Sampai bila bila pun nilai Islam tu tersepit di celahan kefana'an dunia."

"Kan . Jadinya, kena bantu diri sendiri plus orang lain ."

"Kena saling membantu . Aku perlu kau . Kau pun sama . Kan ."

"Kan . Haah . Betul ."

"Kawan aku cakap kalau kita jumpa someone then debar di dalam lain macam boleh jadi tu jodoh kita . Aku rasa aku kurang setuju dengan teori ni . Aku pun mengada tanya kan dah kena . "

"Hahaha . Aku kalau nampak orag berkaliber, berkarisma hengseng sikit je berdebor . Cane tu ? Semua tu jodoh aku ? Hahahaha "

"Kau ni . Yang satu ni lain sikit . Felamaks . EHHH ."

"Haha . Istighfar."

"Astaghfirullahalazim . Seb baik dah mula belajaq . Haha ."

"Hahahaha . Manada mula lagi . Kahkahkah."

"Ciskek . Hahaha . Nak mula nak mula ."

"Hahahaha . Ni tengah bakpe ?''

"Merinduimu . Hahahahahaha ."

"Aku tengah tulis wiwowiwo, nampak je kau tulis gitu, terus jadi wiwowiwowk . Tersedak . Hahaha ."

"Hahahaha . Tu aku . Kalau orang lain prank entah entah tercekik . Hahahahahaha."

***

My senior once tweeted : "Fitrah manusialah bah tu kan jatuh hati . Tapi pandai lah urus . Hiuhihuhuhuh."

*hengkorang boleh follow kakak tu dekat link bawah gambor tu . Hokehhh *

But if and only if . Hamboi macam zaman nak jawab paper Maths untuk Mathematical Reasoning waktu SPM . Kah .

Perasaan J A T U H C I N T A dia tu tukaq ahh pergi perasaan J A T U H C I N T A dekat Dia . Haaaa .

Debor yang ada lain macam .

Try .

Pejam mata .

Salurkan cinta anda .

Mind set cinta kepada Dia .

Tettt !

Bahagia lain macam . Serius .

Bila kita mula teguh demi agama Allah dan meneruskan dakwah Rasulullah kita akan sentiasa menjaga tiap waktu demi menyebarkah kemuliaan Islam yang satu .

Chaiyok !

Islam perlu aku . Kau . Ana . Enta . Enti . Antum .

*kan keluaq dhomir arab . Ehh*

Mantapkan solat dulu . Kemudian mantapkan pula amalan  sunat lainnya .

Istiqamah .

Andai dulu subuh selalu lepas, cuba set alarm dekat enpong hengkorang . Nak sentap letak reminder "Nak jadi kafir?"

Hambek kau .

Y'know .

Yang membezakan Islam dengan bukan Islam adalah SOLAT .

Kalau solat kita tak jaga so macam mana 'kesihatan' iman kita ?

Macam mana nak salurkan cinta kepada Islam dengan nyata ?

Bila keimanan terbantut mulalah hawa nafsu jitu mencucuk minda kepada maksiat yang membawa kita ke dalam neraka yang menjadi mimpi ngeri semua .

What?

Bukan semua ?

Tadah tangan . Doa .

"Ya Rabbi . Mohon Engkau tiupkan cahaya keimanan dan melahirkan keinsafan ke dalam hati hati yang masih lalai dan hanyut . Semoga aku dan mereka berdiri teguh menegakkan agama -Mu yang satu. Allahumma ameen."

Senang kan ?

*Kenyit mata

Biarlah debor yang muncul tu sebab takutkan dosa maksiat kepada Allah .

Biarlah debor yang muncul tu sebab kita takut kehilangan syafaat Rasulullah di akhirat kelak .

Biarlah debor yang muncul tu sebab kita takut menerima buku amalan di sebelah kiri kita .

Biarlah debor yang muncul tu sebab kita takut terjatuh ke bahang api neraka tatkala melintas di ttian sirat .

Biarlah debor yang muncul sebab kita takut sinar iman yang terpasak di jiwa kelam dek maksiat yang tidak terlihat oleh pancaindera . Ouch . Ni deep .

Hehehe .

Suka boleh tapi memasing kena ingat . Memasing dah besar dan memasing dah boleh pikir dah .

INGAT tanggungjawab sebagai hamba kepada-Nya dan anak kepada ibu bapa kita . Jangan dok pikir tanggungjawab nak jadi isteri atau suami pulak . Ehh .

Tak salah nak kahwin . Kahwinlah . Semua pun belajar Pendidikan Islam subtopik tingkatan lima yang pasal perkahwinan tu kan .

"Kalau nak kahwin kena berkemampuan untuk tanggung diri , bakal isteri / suami dan anak anak nanti."

Paham ?

Korbankan dulu semua demi agama . Tiada salahnya kerana sesungguhnya ada hikmah yang lebih indah bakal menjelma .

Percayalah .

Janji Allah itu pasti .

Senyum .

***

"Kau punya probability tinggi . Dekat pun dekat selalu nampak pun selalu . Tinggal doa je . Tinggal jodoh tu ada ke tak je . Haaaa . Allahumma ameen ."

"Allahumma ameen . Mudahan ."

Hahahahahahahaha . Ini klise semata .

Semoga peroleh ibrah .

Adios .

Friday 20 June 2014

Kiddo

le mau

Me ?

Dua hari ?

Ustazah ?

*Flip hair*

Agak poyo di situ . Fine .

***
 Di suatu petang :), 19th of June 2014, SK Lahad Datu II


"Assalamualaikum . Okey . Ustazah guru ganti kepada Ustazah Rubiah . Nama ustazah Nur Meilisa . Kamu boleh panggil ustazah Meilisa . Boleh?"

"Bolehhhhhh ustazahhhhhh." *suara padu bebudak satu kelas*

Senyum .

"Ustazah kita mau belajar apa?" tanya seorang kanak kanak comel . Perempuan .

"Rukun Islam sudah belajar belum ?"

Seseorang menyampuk . Ehh . Budak lelaki yang comel . Hm .

"Sudah ustazah."

"Belum lah . Itu rukun iman ."

"Bukan rukun islam kah ? Rukun islam bah ."

"Bukanlah rukun iman."

Bertekak pulak bebudak ni . Leks .

"Oke . Rukun islam ada 5 perkara . Tadi kata sudah belajar kan rukun iman ? Rukun iman ada 6 perkara . Rukun ada berapa perkara?"

Ehem . Betulkan tudung .

"Ustazah ! Rukun iman ada 5 ."

"Enam ."

"Lima ustazah !"

Garu kepala .

"Aik . Tadi kan ustazah sudah cakap rukun islam ada 5 . Rukun iman ada 6 . Jadi mana satu betul , rukun iman ada 5 kah 6 ?"

"Enam."

"Oke . Pandai ."

Senyum .



ku pendekkan cerita .



Tarik nafas .

"Kalau kita buat baik kita masuk syurga . Kalau kita buat jahat kita masuk neraka . Nanti dekat neraka kita kena seksa ."

"Ustazah , seksa tu apa ?"

Diam .

Ekk . Salah guna kosa kata .

Apa aku nak cakap ni ?

"Okeh . Seksa ni kita kena pukul , kita kena bakar , kena rotan macam macam benda sakit kita kenak . Shikin mau kah ?" *nama budak tu Shikin*

"Tidak."

"Ustazah . Mamak saya cakap , nanti di neraka di kasi minum air api . Kan ustazah ?"

Senyum .

Bebudak ni cekap dalam berkata .

"Jadi , kalau kita buat baik . Kita dapat pahala . Allah pun sayang kita . Kita dapat masuk syurga .Kalau buat jahat, Allah ndak sayang kita lepastu masuk neraka . Ada yang mau masuk neraka ?"

"Tidak !"

"Alhamdulillah."


***

Lembutnya hati kanak kanak yang belum mumaiyiz .

Innocent .

Sangat .

Lurus bendul .

Macam aku . Ehh .

Betullah kata pepatah Melayu , melenturi buluh biarlah dari rebungnya .

Kalau nak lentur masa dah keras jadi batang buluh yang memang dah boleh guna buat meriam waktu puasa dan raya *ehh* alamat tumpul parang sedih usaha tak kesampaian malah luka dek terkena serpihan serpihan yang menyakitkan .

Tak gituuuu .

Sama macam saat kau nak suntik unsur dakwah tu .

Kena cucuk guna jarum yang halus tapi tajam biar kena sampai dalam . Pehh . Tapi jangan sakit biar smooth dan sampai apa yang perlu dan utama untuk mereka tahu .

Senyum .

Ayat yang padu bisa menyentuh kalbu malah membangunkan banyak hati hati yang kian jatuh .


Set !

Nak ngajo lagi . Rindu bebudak tu T.T













"Ustazah ustazah sudah kahwin kah? Kenapa ustazah pakai cincin?" 

Soalan sentap bak peluru berpandu membuatku tergelak tak sangka bebudak boleh pikir cemtu . Ehh .

Adios .

Wednesday 11 June 2014

Hitted

le mau

Sabar dalam bersabar .

Leks .

Takkan lari jodoh dikejar . Kah .

Aku dah menggedik macam confirm ada putera idaman kalbu datang melamar dah berdiri depan pintu rumah dah kenapa ? Sedarlah sedar .

Berhenti memasang angan angan bagaikan Mat Jenin .

Ha Ha Ha .

***


















































Lori dekat depan ni punya slow .

Tensi .

Tensi .

Tensi .

Tensi .

Tensi .

Tensi .

Tensi .

Mari kita potong . Muehehehehe .






***

Dan selebihnya . Legend .

That red in colour proton boleh tahan rosak . Damage memang adalah .

Pintu belakang belah kiri agak terkesan . Tempat nak isi minyak tu apa ntah nama dia boleh tahan hancur tak leh nak buka macam biasa pintu kecil comel dia tu . Kah .

Penutup dekat dalam tu pun pecah .

Pengalaman pertama .

Almost accident . Almost going to dead . Almost tak menaip benda ni .

Serious .

Kecut perut eden .

"Lepas ni drive hati hati . Jangan memotong lagi . Kebanyakan kes orang kemalangan tu memotong then being hitted oleh kereta dipotong. Drive perlahan lahan . Yang penting selamat . Nasib umur masih panjang , Allah masih sayang tu tak apa apa . Kereta nasib okey juga masih boleh guna . Alhamdulillah . Ingat ! Cakap orang tua tu doa . Ikut . Jangan degil . Sabar kak . Allah uji tu . Allah suruh belajar sabar ."


Keinsafan yang tiada peri .

Sabar dalam bersabar .

Orang sabar banyak rezekinya .

Serious .



Allah bersama dengan orang orang yang SABAR .



That's the reason .

Last but not least , agak tiada kaitan cuma aku nak pesan .

Berhati hatilah di jalan raya . Ingatlah orang yang tersayang .

Ouh .

Aku tak apa apa . Aku selamat .

Life is blessing .

So, be grateful .

Aku pun tak paham point aku .

Leks .

Sunday 1 June 2014

Last Seen

le mau

Sayang. . . .

Ku terbayang wajahmu
Matamu yang redup tatkala memandang daku
Kemanjaanmu yang menyentuh ke segenap jiwa dan ragaku
Melemahkan hati yang keras dengan laju

Pergi
Kau tinggalkan daku
Terembes segala jernihan mutiara yang pilu
Menuruni pipi dek sakit dalam kalbu

Semoga kau dalam lindungan-Nya

Hilangkan kemurungannya Tuhanku
Biar dia sentiasa senang selalu
Tidak lapar
Tidak tersakiti
Tidak bersedih

Duhai kau
Ku mahu kau tahu
Diriku di sini merindu dirimu
Ku sayang kau

Jangan nakal
Jangan mengada
Jangan buat hal
Jangan cari gaduh

***


Kalaulah kau boleh baca ni ? Kalaulah kau boleh dengar tiap suara hati ? Kalaulah kalau kalau kalau .

Hilang kucing pun hati boleh lemah .

Tak tenteram jiwa .

Lemah kepala lutut semua .

Kalau hilang orang yang kita sayang pula bagaimana ?

Bolehkah kita hadapinya ?

Istighfar .




Banyakkan ibadah banyakkan ingat Allah .
Semoga tiap apa yang berlalu mampu memberi tarbiyah pada diri kita .


Allahu Akbar !







p/s : Endut . Baliklah . Kak Yun Rindu .