Tuesday 9 June 2015

Lahv

le mau


"Mencintai tak bererti harus memiliki. Mencintai bererti pengorbanan untuk kebahagiaan orang yang kita cintai. Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Ia mengambil kesempatan. Itulah keberanian. Atau mempersilakan. Yang ini pengorbanan."
(Salim A. Fillah)





***

"Meilisa, tolong buatkan pak kopi?"

Bergerak ke dapur sambil hentak kaki.

Drama yang hendak dihadap terganggu.

Geram.

***

"Tolong bapa tolakkan kereta, bateri weak . Susah mau kasi hidup."

Pretending tidur.

Sedar ada orang buka pintu bilik untuk menjenguk.

"Wiwit, tolong panggilkan kawan kawan mu tolong bapa tolak kereta."

"Si kakak?"

"Dak payah kacau kakakmu, tidur tu."

Ego tetap merajai walau ada tersentuh sikit.

***

"Bapa mau beli telefon baru, yang guna android. Boleh download aplikasi al-Quran."

"Dak payah lah pak. Tafsir bapa yang besar tu buat apa? Bapa guna tu jak. "

"Bukan lah, supaya senang bawa sana sini."

"Tu tafsir kakak, bapa boleh guna."

Dia senyum.

Namun terlukis riak terluka.

Ya .

Ego.

Masih lagi menjadi raja.

***

31st July 2014, Kota Kinabalu International Airport 2.

"Ada kawan kan nanti datang?"

Angguk.

"Bapa balik dulu, jaga diri nanti ditempat orang."

"Ya pak."

"Nanti mau naik kapal terbang bagitau bapa. Telefon bapa. Ada kredit kan?"

"Ada lagi ni."

"Bapa balik dulu, nanti apa apa call bapa. Ingat pesan bapa, jangan tinggal solat, amalkan doa yang bapa bagi tu, banyak banyak selawat, banyak banyak ingat Tuhan . Ya nak?"

"Ya pak."

Peluk.

Masih ego.

Kelihatan pak menjauh.

Terasa panas ditubir mata.

Air mata mengalir jua.

Pak.

Kakak mau pak.

***

November 2014, Lapangan Terbang Tawau.

"Boleh sudah check in ni. Sini salam."

Pertama kali.

Dinding ego runtuh.

Nangis masa peluk pak.

"Janganlah nangis. Kakak kan mau pergi belajar. Kata mau jadi engineer. Sedih bapa tengok begini."

Hanya nangis.

"Doakan Yun pak."

"Selalu, hari hari dalam doa bapa doakan tiga tiga anak bapa. Bapa bangun malam solat doa untuk kamu anak anak bapa."

Air mata kembali mengalir.

Lebih deras.

Allah, macam mana aku tidak sayang sangat dengan beliau.

***

7th June 2014, Hostel Linton Universiti Collge.


Ada wasep masuk.

Wasep group batch aspuri.

Telefon diraih, skrin disentuh lalu mesej yang tadi masuk dibaca penuh khusyuk.

Rindu.

Ungkapan yang terluah setelah habis membaca mesej kiriman sahabat satu batch itu.

Kontak lalu dicari, tersenyum melihat nama yang hendak dicari . Butang hijau di skrin telefon pintar disentuh kemudian menunggu panggilan di seberang Laut China Selatan itu disambut.

"Hello, assalamualaikum ."

"Waalaikumussalam, bapa sihat?"

"Alhamdulillah. Sihat. Nak, nanti bapa telefon balik. Bapa ada kenduri ni."

"Ouh, okeh pak."

Seharian telefon dipandang. Hanya wasep bertalu yang masuk berkali kali.

Bila pak nak call ni.

Em.

Tidur sat.

Mata dilelap dan pashmina disebelah diraih diguna sebagai penutup muka.

Terasa getaran tiba tiba.

Lagu Crazy dendangan 4Minute lalu bergema.

Mata kembali segar semula.

"Assalamualaikum pak."

"Waalaikumussalam. Anak bapa sihat?"

"Bolehlah. Sakit kepala terus, selsema . Hahaha . Ndakpa, Yun okeh jak . Jangan risau."

"Yalah, jaga diri tu. Bapa baru balik kenduri ni. Dari kelmarin dulu kenduri terus."

"Ahaaa . Rezeki tu pak, syukur ada yang ingat lepastu jemput kita ke majlis mereka."

"Eya nak. Kamu sudah makan kah ni?"

"Aaaaah, makan kerepek tadi. Ndakpa, nanti Yun makan benda lain . Eheh."

"Jaga makan minum tu. Belajar okeh?"

"In shaa Allah. Pak, minggu besok ni Yuyun exam hari Selasa last hari Isnin tanggal 15Jun nanti."

"Bagus bagus. Bapa doakan dari jauh. Ibu sama bapa hari hari bangun, solat untuk doakan kamu, abang kamu dengan adik kamu. Pak dakda duit banyak mau mewahkan kamu. Bapa cuma boleh bagi doa."

Zappp.

Automatik sebak.

"Janganlah pak cakap begitu. Biar begitu pun rezeki tu Allah masih bagi. Alhamdulillah semua cukup. Yun pun gemuk ni, daktau bila mau kurus. Hahaha."

"Ya nak, rezeki tu dari Allah."

"Pak doakanlah Yun excellent semua exam sini. Nanti bila keluar boleh dapat kerja bagus. Nanti Yun boleh tolong ubah nasib keluarga. Pak doakanlah Yun."

"Dak payah kasitau pun bapa memang doakan. Jangan risau, doa bapa sentiasa ada. Minggu depan kan balik?"

Tarik hingus.

Kesat air mata.

"Ya pak, Selasa pagi flight Yun. Bapa ambik kan?"

"Ya, nanti bapa ambil dekat Tawau. Yalah, bagus bagus belajarnya. Jangan push sangat. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam pak."

Macam biasa .

On the phone dengan pak mesti leleh.

Haila diri, bila mau rasa diri tu bukan budak budak lagi?

Midlife crisis sungguh.

Sengih.

Cinta bukan bermaksud hanya perlu untuk sesama berlainan jantina.

Cinta yang sebenarnya adalah untuk Dia yang Esa, diikuti akan Rasulullah jua.

Baru cintakan kedua ibu bapa.

Sebab cintakan dua insan ni kadang otak aku akan pikir, "Taknak kawen, kalau kawen nanti jauh dengan pak. Kalau kawen nanti syurga dah tak bawah telapak kaki ibu dah."

Aku bukan jenis yang manja 24/7 dengan ibu dan pak . Aku dari form1 sampai form5 duduk asrama jarang balik rumah.

Tak sampai setahun lepas SPM aku belajar jauh dekat Nogori pulak lagi jarang balik rumah.

Antara tiga beradik memang aku perangai lain sorang.

Keras kepala, ego, cengeng, kuat merajuk (ni dah banyak yang ngaku) dan sarkastik lain macam sungguh (ibu selalu tak bagi aku bercakap kalau dekat mana mana majlis sebab katanya ayat aku pedas).

Cinta orang lain tu berpada lah sikit.

Biar cinta pada yang hak tu lagi lebih.

Dan cinta pada yang bersusah payah segala senang dan duka bersama kita tu lagi utama senanya.

Siapa?

Ibu bapa lah .

Kalau rasa rindu call lah. Jangan malu. Sebab diorang mesti hari hari tunggu call tu.

Senyum.

Kalau yang memang duduk sama sama tu, cubalah peluk cium manja manja walau kadang kena bebel katanya dah tua bangka perangai macam budak budak . Ahaaa .

Kalau yang dah takdak tu, salah satu atau keduanya pergilah basahkan anggota wudu' yang ada, hamparkan sejadah . Sujud lalu berdoalah sebanyaknya untuk mereka. Kan doa anak anak yang soleh tidak akan terputus untuk kedua ibu bapanya yang telah tiada?

Senyum.

Hargai mereka.

Jangan ego.

Selagi masih ada pergilah peluk, cium dan layan mereka dengan sebaiknya.

Takut bila nanti talkin sudah bernada baru penyesalan tak terhingga meluap meluap dalam jiwa.

Aku cuma tak paham dengan mereka yang sanggup menghantar insan mulia ini ke rumah kebajikan sediada. Tiada rasa sayangkah?

Jangan jadikan dunia mu raja hingga kau terlupa apa yang patut membawa kau syurga.

Ouh haaa.

Hampir lupa.

Yang dok kecoh aku dah nak kawen ke dah ada calon bila nak walimah bagai dok bising dekat asefem tu ni nak cakap, aku takdak calon dan tak nak kawen lagi sebab aku nak grad degree dekat UIA dulu dan sekarang ni aku tengah pulun nak dean list sebab impian aku ke UIA tu masih ada lagi. Dean list lillahi Taala, bukan saja saja .

Semoga sama sama meraih kejayaan demi Dia.

My pak is my lahv after my ibu.

My other lahv tunggulah sampai berjanggut hengkorang .

Okeh.

Klise.

Doakan perjalanan balik diri ini minggu depan .

Jazakumullahu khairan,

Adios .