Friday 30 May 2014

Gapai Part 2

 
 
"Apa sebenarnya yang kau nak cuba gapai ?" Ed memulakan bicara (maaf poyo) .
 
Bahu dijungkit ke atas .
 
"Qud , kita masing masing dah besar . Dah boleh fikir mana yang baik mana yang buruk . Aku harap kau tak salah pilih jalan ." Bahu Qud ditepuk perlahan .
 
"Kau boleh tolong aku ?"
 
"Tolong apa ?"
 
"Tolong aku cari tuhan ."
 
"InshaAllah Qud . Kita cari sama sama ."
 
*****
 
Kenangan lampau yang singgah tadi , dihapus secepat mungkin .
 
Angin lembut menjamah pipi sambil hati mengucap rasa syukur atas kehidupan hari ini .
 
Langit biru yang masih gah dijunjung ditatap mesra . Ada gembira disebalik nafasnya .
 
Teringat jawapan Mato dekat asefem tadi .
 
"macam mana nak bangkit bila futur?

buang semua yang lama dan tarik nafas dalam dalam. as you exhale, let all the bad things go."
 
Someone ada cakap
 
"Nikmat dalam ujian . Setiap ujian ang Allah beri adalah untuk menaikkan darjat kita disisiNya ."
 
Qud tersenyum
 
"Sementara masih ada masa ni , cuba berubah . Baik percakapan , tingkah laku . Buat kerana Allah . Kalau rasa futur , jangan cuba cuba nak ubah diri jadi pekasam . Terperap je . Ambik udara segar . Tadabbur alam . Dengan melihat ciptaan Dia , inshaAllah hati tenang . Zikir jangan tinggal . Solat jangan lupa . Bina balik apa yang roboh , buang apa yang keruh ." Kata kata As kembali terngiang ngiang di telinga yang berselubung tudung .


*****

Misi pencarian Tuhan kembali . Setelah tersembam berdarah dikaki nafsu .



Mahar untuk ke syurga tidak murah , ujian bergunung menanti , sang pendaki iman .


Mungkinkah kita gapai mardhatillah bersama ? Doakan .
 
 
 
 


Piling Ling Ling

le mau

"May I talk to you . Alone ."

"No . Anything that you wants to say you can say to both of us ."

"Fine . You just can't marry a man you just met ."

"No . You can't if its a true love."

"Anna . What do you know about true love?"

"More than you . All you know is just how to shut people out."

"You're ask for my blessing and my answer is no . So excuse me ."


***

Semua yang indah tu kekadang membawa ke syurga . Kekadang membawa ke neraka juga . Ehh .

Cliche .

Hilal Asyraf once said that .

"Sekiranya benar cinta , mesti mahu bersama hingga ke syurga . Apa apa yang membawa ke neraka itu bukan cinta namanya."


Nangis berbaldi baldi .

Rindu .

Cinta .

Suka .


Urgh . Sakit jiwa bila difikirkan .

'I'll be the greatest fan of your life.'

Gulp .

Did I said that ? Hah Hah . Woih gila .


Lirikan pandangan itu sentiasa membuatku debar tak menentu kekadang terlupa pada Dia yang patut ku tuju . Allah .


Perempuan mudah perasan hehhh .


Leks . 

Apa guna Allah arahkan kita supaya tundukkan pandangan ?

Jaga hati dan iman biar tidak dilanda sebarang gelodak jiwa berteraskan nafsu yang bisa mengganggu gugat iman yang rapuh .

Kuat .

Kuat .

Kuat .

'Lower your gaze . You'll find solace.'

Acewah ><

Kalau kita cintakan seseorang itu kerana kita nak bina baitul muslim dengan dia amacam ? Hahaha Terlalu random abaikan .




"Sentiasa dalam doaku menyimpan rasa ingin bertemu insan yang masih rahsia dan teristimewa." -Hafiz Hamidun













p/s : Entry ni kurang manfaat jangan BACA . Adios

Monday 26 May 2014

Bangkit

le mau

The hell . Geramnya aku . Heish . Apekehal boleh failed ?

Diam .

Diam .

Diam .

Astaghfirullahalazim .

Lisa mulut kau dah kenapa cakap benda omputeh cemtu pikir baik kehh ?

Ya Rabbi . Nafsu kuasai aku .

Leks .

Tarik nafas .

Hembus .


"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya satu titik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya . Jika dia tida bertaubat, maka titik hitan itu akan terus merebal hingga seluruh hatinya menajdi hitam." (Riwayat Ibn Majah)


Ketuk kepala .

Kepala disandar pada kerusi di hadapan di ruang menunggu . Mata dipejam . Allah nak uji aku . Who knows . Husnudzon .

Jatuh sekali bukan bermakna tak boleh bangun lagi .

Gagal hari ini bukan bermaksud esok lusa akan gagal lagi .

Tapi kalau gagal maksudnya Allah nak uji banyak banyak banyak kali . Saja . Sebab Allah sayang kita . Sebab tu lah Allah dok uji . Allah nak tengok penerimaan tu macam mana .

Dengan cara mengingati Allah dan bersangka baik pada-Nya ?

Dengan mencarut mengeluarkan kata kata tidak berpuas hati malah bersangka buruk pada-Nya ?

Gulp .

Sentap kau Lisa . Padan muka . Haha .


"We act on what we believe in . We;re the ones who decide on who and what we want to be . We're the one making the choices." (Aleksandr; Anthem)


Meski jatuh dan terbangun ku tetap bertahan .

Bertahan .

Chill .

Leks .

Tiap apa yang berlaku ada hikmahnya .

Ada ibrah di sebaliknya .

Ada nikmat yang mungkin tidak disedari kehadirannya .

Allah tu ADIL .

Percayalah .

Aku kuat . Kau kuat . Kita semua kuat .

Yeayyy .

Kata khalifah , kata pemimpin , taraf dunia katekan . Jangan putus asa selagi belum habis berusaha .

Bill Gates pun boleh berjaya takkan aku tak boleh ? Hehhh .

Perli diri sendiri . Sakit jantung .

Urut dada .

Mungkin ada something wrong dalam usaha yang sebelumnya . Pikir balik . Apa salah pernah kita buat ?

Dekat Allah .

Dekat ibu bapa .

Dekat adik beradik .

Sanak saudara .

Kawan kawan .

Hahh . Istighfar .

Sayang iman . Sadokan iman . Aummm .

Husnudzon .

Yet . Jangan pernah putus asa .

'Ready next week retest kakak . Don't fail again .'

Tarik nafas dan hembus .

Jangan nangis . Hahaha cliche .

Senyum .



"Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (ataupun bala bencana), maka itu disebabkan apa yang kamu lakukan (daripada perbuatan perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar daripada dosa dosa kamu." -Asy Syu'ara, 30

Sunday 25 May 2014

Gapai Part 1





Gambar tak ada kena mengena dengan tajuk . Kan ? Aku tau tu .

A little bit lost , rasanya . Tergantung di tengah cerita . Aku tak pasti apa hala tuju post ni sebenarnya . Tapi aku akan cuba . At least , ada something than nothing kan ? Tolonglah angguk .

*tarik nafas* *tahan sampai mati* *sengih*

Kidding meh . Dah mati mana boleh senyum . Melainkan pahala aku bertimbun kalah Gunung Everest . Realitinya , vice versa bae .

*****

'Fragilenya ,' bisik hati Qud . Serpihan kaca hasil gelas yang pecah tadi dipandang hujung mata .

"Qud , kau usha apa lagi ? Meh tolong aku sapu . Karang orang lain pulak kena kaca ni. Susah nanti ," As menarik tangan Qud kearah tempat kejadian (hahaha) sambil menghulur penyapu .

Qud tetap tergam disitu . Tak bergerak walau setapak . Tak goyah walau seinci .

"Kau okay tak ni ? Kau jangan buat aku risau ." Penyapu ditangan dilepas terus .

"Aku okaylah . Kau je yang risau bebukan ha ," Qud mengambil semula penyapu yang tadi terlepas dan mula bekerja . Mulut mula bekerja seiring derapan langkah dan gerak badan .
 


"Ketahuilah dengan mengingati Allah , hati hati akan menjadi tenang"


Zikir Qud , zikir .
 
*****
 
"Avant garde ," terlepas dua perkataan tu dari mulut Qud .
 
"Apa kau kata Qud ?" As yang tengah bersila atas katil memalingkan muka kearah Qud yang ternyata tenggelam dalam dunia sendiri .
 
"Apa yang aku dah buat ni ?" Qud menumbuk dinding berhampiran tingkap itu dengan perlahan .
 
"Qud ," As dah bangun dari sila .
 
"Bodoh jugak aku ni . As , kenapa kau kawan dengan aku ?" Qud menyoal perlahan .
 
"Sebab aku nak ......," belum habis ayat As , Qud menyambung lagi .
 
"Aku tak faham kenapa dengan hati aku ni . Aku ni dah kenapa sebenarnya ," kali ni , tumbukan makin kuat . Selepas setiap ayat yang keluar dari muut Qud , gadis itu akan menumbuk dinding dengan kekuatan yang makin lama makin kuat .
 
"Qud , sudah . Kau buat apa ni ?" As merentap tangan sahabatnya yang sudah membiru .
 
"Ingat Allah suka hambaNya yang menzalimi diri sendiri ?" As menggoncangkan tangan Qud . Raut wajah Qud sudah cukup menunjukkan gadis itu bukan di bumi , tempat dia berpijak sekarang .
 
"Aku okay As . Kau tidur je dulu . Aku okay ," Qud bangun dan meloloskan diri dibalik pintu bilik .
 
'Qud ,' As menghantar Qud yang semakin menjauh .
 
'Sorry As , aku tak kuat . Tak sekuat kau , dan mungkin takkan kuat sampai bebila . Abaikan aku As ,' Qud sudah terduduk disebaik dinding yang memisahkan biliknya dan dapur . Air mata yang sejak tadi ditahan , dirembeskan semua . Tanpa ada satu titid pun yang tersimpan .
 
"Fragilenya kaca bila menimpa lantai . Fragile lagi hati aku bila diuji . Allah ," sebak didada tertahan tahan . Lantas , imaginasi mula memainkan peranan . Setiap perksra mungkar yang dilakukan terlayar dipandangan mata .
 
 
bersambung dibahagian seterusnya
 
 
 
 
 


 
 

 




Friday 16 May 2014

Destiny

le mau


Sigh .

Mulut kata lain hati siapa tau . Kau tau ? Tak . Allah je tau .

The moment when you don't even get any call from any universities and you'd know that your result is good enough . Good enough ? Perhaps .

'Conceal it , don't feel it.'

Hamboi . Practising le self to be like Queen Elsa . Kehkeh .

Nahhh . Its really hurts when you knew that your friends got a call for entering the most great university that you'd ever dream oh goshhhh why do I can't go there tssk tssk .

'Leks ahhh . Bukan kau takdak rezeki . Ada . Cuma masa ketibaannya tu belum lagi untuk kau . Sabar kak .'

Sabar dalam bersabar .


"Takdir kita ni, Allah dah tentukan lama dah. Walaupun mungkin planning kita hidup dekat dunia ni seratus lapan puluh darjah bezanya dari apa yang Allah susun, percayalah, Allah lebih kenal hamba-hambaNya." -@budaktomato

Husnudzon .

Benda pertama yang perlu kau set dekat minda kau . Bukan . Aku pun sama . 

B E R S A N G K A  B A I K  D E N G A N  A L L A H .

Ni aku nak story sikit pasal aku . Hahahaha . Bajet retis pulak . Pfftt .

Bukan nak minta simpati cuma cuba untuk meluahkan rasa di hati . Almaklumlah aku anak perempuan sorang dalam adik beradik aku and aku memang jenis pendam main luah dekat benda alah macam ni je kerja aku and the rest is just a history phewwwww .

Matrikulasi .

Aku tak dapat .

Tapi aku dapat tingkatan enam .

By the way I don't even go to register my self for entering those form 6 . Macam tolak rezeki pun ada . Tak ahh . Aku tunggu benda lagi besar dari itu .

'Kau ni yakin sangat kau akan daoat ntah ntah ke laut je kot.'

Aippppp . Jangan persendakan aku yang comel ala ala Priyanka Chopra ni . Okehhh itu over melebih memang patut ke laut sebenarnya . Blergh .


Continue . . . . . . . . . . . . 

UPU . Aku tak dapat ouch gila broken heart .

Ouh . Sini aku down . Aku fragile .

Tapi perancangan Allah siapa tahu . Kan ?

Senyum .

A few days before aku dapat tahu yang aku layak untuk ke temuduga IPG untuk kursus Pendidikan Pemulihan (SK) .

Blessed .

Instead, Allah did sent me something that can bring some bright shining hopes inside of me .

*abaikan kesalahan tatabahasa saya kerana saya bukan calon TESL ehhh .

Alhamdulillah mungkin itu jalan aku . Hiks .

Jalan kamu bagaimana ?

Ouhhh . Ada yang dapat masuk asasi di CFS IIUM . Ada yang dapat dekat UMS . UNIMAS dan merata rata di Malaysia ni . Wahhh .

Mabrouk ya kalian semua . Mabrouk . Itu rezeki yang Allah dah atur untuk anda .

Yay for you . But nay for me . Ehh .

Pada awalnya aku agak tidak reda dengan apa yang berlaku atas diri aku .

UIA

UiTM

UniSZa

Universiti ni tolak aku . Rasa macam tergolek masuk gaung lepas terkeluar terjatuh terguling eksiden dari kereta . Pain enough . Hahaha .

Klise . Ayat klise . Aku pulak menyampah tetiba . Ehhhhhh .

Tapi leks ah . Rezeki Allah luas . Bukan tak dapat cuma masanya belum sampai je pun . And yeah, pray and believe .  Haaa ni kata semangat dari seorang kakak dekat UIA tu untuk aku :')

Syukur ke hadrat-Mu Ilahi .

Lepas temuduga untuk IPG bagi kursus Pendidikan Pemulihan tu aku rasa tenang . Mungkin memang itu jalan aku .

My Destiny .

Allah memang dah susun untuk aku cuma aku je tak sedar . Yelah . Aku ni jenis nak ikut kepala aku je kepala orang lain susah aku nak ikut .

Hahaha . Nampak betapa keras kepalanya aku ?

Bakal zauj yang dah usha usha tu get ready . Amboi . Kaitan sangat .

*ayat di atas memang ayat nak minta kena lempang dek lesung batu zaman nenek moyang Jawa aku . Abaikan .*

Actually . Ibu . Bapa . Abang semua nak sangat aku jadi cikgu . Pendidik .

"Jadi cikgu banyak pahala kakak . Ilmu yang diajar dan berterusan diamalkan murid yang diajar in shaa Allah jadi amal buat kita." -Ibu

Tarik nafas . Hembus .

Fuhhhh . Lega .

Mungkin . Sebab ada reda dari pak dan ibu . 'Laluan' aku dari mula isi borang IPG sampailah saat ditemuduga semuanya lancar .

Yelah . Bidang aku pilih bukan calang calang PPC-Bahasa Arab . Bidang untuk bebudak 7A keatas dan untuk bebudak yang ambil STAM dan paper agama jek .

Gulp .

But , Alhamdulillah berkat reda dan restu ibu dan pak aku .

Walau bukan dapat interview untuk bidang kegilaan aku . Yeahh . Arabic languange .

Betullah hadis Baginda S.A.W

"Keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa . Dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa."

Dengan adanya iringan keredaan dari ibu bapa , keredaan Allah S.W.T juga kunjung tiba .

Jangan pertikai pilihan mereka . Mungkin ada ibrah disebaliknya . Siapa tahu ? Kau tahu ? Aku tahu ? Tak . Allah je tahu .

Bersangka baiklah setiap masa .

Ujian yang tiba adalah tanda sayang Allah pada kita . Beruntunglah kerana menjadi salah seorang  insan insan yang Allah sayang tiap masa dengan sentiasa diberikan ujian yang tiap masa kunjung tiba tidak kira masa tempat dan cara sekalipun .

Apa yang penting , ucaplah Alhamdulillah . Segala puji bagi Allah :)

Semoga yang terbaik buat aku . Buat kau . Buat semua insan yang ada .

Belajar di mana mana pun tiada bezanya . Konsep menuntut ilmu tetap ada dan dipraktikkan cuma tempat dan masa yang berbeza .

Jalan aku jalan kau mungkin berbeza .

Tapi ingatlah . Aku kau milik Dia .

Bersyukirlah sentiasa .

Semoga Allah reda .

Semoga Allah permudahkan segalanya .

Andai bukan lagi jodoh kita UIA , semoga dipermudahkan Allah 'laluan' ku untuk menjadi pendidik bakal peneraju kemajuan masa depan Malaysia amnya, Islam khususnya .

Allahumma ameen .

Rabbi yassir wala tuassir .

Takbir !

Allahu akbar !