Wednesday 20 January 2016

Hadir


le mau



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .

Salam sayang dari hati, salam sayang buat yang dekat di hati, salam sayang buat yang namanya sentiasa terpateri dalam doa insan marhaen ini.

Kasih,
Hidup ini penuh corak ceritera pelbagai warna yang ada. Begitu juga insan-insan yang ada di atas muka bumi milik yang Esa ini.

Hadirnya setiap insan dalam hidup kita punya makna tersirat yang Allah kirim buat kita hamba-Nya.

Kasih,
Hidup ini ujian buat kita. Berbuat baiklah selagi nafas mampu kau hela. Berbuat baik itu bukanlah satu kesalahan, tapi ketahuilah dalam kebaikan yang dilakukan itu pasti ada ujian yang akan Dia selitkan.

Bukankah ujian itu tanda sayang Tuhan pada kita? Tanda Allah itu sedang menguji iman hamba-Nya yang sedang membaca? Senyumlah sayang. Senyum. Senyumlah senantiasa kerna senyum mu mungkin menggembirakan orang yang melihatnya . Apatah jika senyuman manismu boleh 'dirasa' insan yang jauh jua.

Kasih,
Hadirnya insan ini. Ya. Yang menulis bait ini masih sesuatu yang belum pasti. Mungkin hadirnya hanya untuk mengajarkan sesuatu erti. Mungkin sebagai penemannya hingga saat nafas terkahir nanti. Kita sendiri tidak tahu perancangan dari Ilahi.

Semoga Dia dengar apa yang dipinta, semoga Dia makbulkannya semua. Semoga yang baik baik saja buatnya .




Salam sayang,
Marhaen hina .

Friday 8 January 2016

Pasti

le mau


Dalam meniti liku liku hari yang baru . Terasa badan kian lemah , tak terdaya kadang bagai satu jasad yang bergerak tanpa arah tuju yang kukuh .

Jiwa ? Jiwa terbang melayang diculik oleh seseorang . Okaylah yang ni klise .

Jiwa terbang melayang bersama esaimen esaimen yang menari menari meminta untuk dihabiskan .

Ouch .

Purse dalam beg dikeluarkan . Dibuka lalu satu keluhan berat dilepaskan .

Lapar .

ATM buat hal .

Memang 'diet' lah nampaknya . Nak kurus en ? Nak badan curvy kan ? Hahahaha elok ah weh ni azam aku tahun ni . Kah .

Keh cut it off .

Terlihat sahabat yang berjalan beriringan dengan seseorang . Kecewa .

Ya . Kecewa dengan keadaan dia .

Betulkah aku dah bebetul dalam kerja ni sebenarnya ?

Lalu apa hasilnya ?

Aku pula bagaimana ?

Tarik nafas .


"Kita nak jadi perantara Allah, jadi kita sendiri kena bersinar ." -Quoted


Bersinarkah ?

Seriously ?

Senyum tawar .


***


"Usrah bukan perlu datang bila kita rasa down jaa . Usrah ni patut konsisten . Lakukan dengan istiqamah ."

Diam .

"Kenapa kita perlu usrah?"

"Sebab kita perlu tarbiah (?)"

"Tarbiah yang macam mana ?"

Diam lagi .

"Tarbiah yang berterusan (?)"

Dia senyum .

Senyum .

"Betul lah tu . Kita perlukan tarbiah yang berterusan . Sama macam kita perlukan Tuhan; Allah . Kita perlukan Dia berterusan ."

"Well, indeed ."

"So, kau ikut usrah kenapa ?"

Diam .

Diam lagi .

Dan diam lagi .

"Aku tanya ni ."

"Bukan kerja dakwah itu tanggungjawab semua ? Dan di akhirat nanti tiap dari kita akan dipersoal atas apa yang dipertanggungjawabkan ke atas kita . Bukan kah ?"

Senyum .

Bagus, kau dah mula paham .

"Good ! Sebagai seseorang yang rasa bertanggungjawab, ya bertanggungjawab untuk meneruskan risalah dan usaha Baginda S.A.W dia semestinya kena join usrah . Sebab usrah itu wajib, well untuk mendapatkan tarbiah yang berterusan bukan ? Kita ingin tarbiahkan orang tapi jika diri kita sendiri tidak ditarbiah bagaimana ?

Usrah itu wajib, susah macam manapun kena datang . Kerja untuk Tuhan bukan ?  Kerja sebagai perantara Allah ."

Dia angguk .

"Tapi ingat . Dalam semua benda kena tajdid niat . Niat tu kena ikhlas . Buat kerana Allah Taala . Bukan sebab jawatan, ilmu dan sahabat sahabat . Nak dapat ikhlas ni dia kena buat dulu benda tu . Ikhlas ni perlukan 'training' if you know what I mean . Bila dah training nanti lama lama ia datanglah sendiri . Tu antara kau dengan Allah sendiri ."

"Aiwah ."

"Apa yang penting adalah hablum minannas wa hablum minallah . Baiki hubungan dengan Allah, jaga ibadah semua . Amalan pertingkatkan sebaiknya . Hubungan dengan manusia . Ukhwah dengan siapa pun, budak usrah ke bukan budak usrah sendiri budak kelas budak luar kolej tu semua kena jaga ."

"Okay ."

"Walau apa pun kena banyak sabar . Dalam dakwah ni pengorbanan yang paling besar adalah mengorbankan perasaan . Sebab dalam dakwah ni, kecik hati kena hina apa semua tu benda biasa . Kena kuat . Tsiqah dalam apa yang di buat ."

Sengih .

"Kau sengih kenapa ? Hadam ke apa aku cakap ni ?"

Sengih lagi .

" *sebut nama penuh*, kau kuat kan ?"

"In shaa Allah ."

Senyum .

"Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong agama-Nya, dan Allah itu Maha Kuat lagi Maha Perkasa . Surah Al-Hajj . Ayat 41 ."

Angguk lagi .

Senyum .

"So, bila nak kawen ?"

"Wait . Jap . Tetiba cakap pasal kawen ni kenapa ? Bukan tadi cakap pasal usrah, tarbiah dan bla bla bla . Weh ! Keh ,"

"Hahaha . Takdelah . So, bila nak mula semua ?"

Tarik nafas .

"Sekarang ?"

"Okay . Jom ! "

"Jom ."


***


Betul lah . Jalan dakwah ni bukan jalan yang mudah .

Bukan jalan yang lurus dengan bunga bunga tulip dan roses kembang mekar mewangi dihiasi kucing kucing gemok comel gebu mulus berlari bermain bukan macam Tubs dalam Neko Atsume yang gemok gebu dok perabih makanan tu em wait a sec tetiba Neko Atsume ni kenapa ?

*face palm*

Dakwah ni .....

Jalannya penuh liku .

Duri beribu .

Sakitnya pilu .

Nangis tiada lagu .

Dalam dakawah perlunya ada orang yang sentiasa ada untuk support kau buat itu ini . Bergerak kerja sana sini . Join usrah ini, pegang usrah yang banyak lagi .

Siapa ?

Keluarga semestinya .

Sahabat sahabat kita .

Orang yang mungkin akan bersama hingga ke akhir hayat kita .

Dakwah ni bukan kerja suka suka . Bukan kerja saja saja nak buat nama .

Kerja dakwah ni kerja yang dilaksanakan untuk meraih reda Allah yang Esa . Sebagai saham untuk di akhirat sana .

Well, ilmu yang ada bukan hanya untuk diguna untuk disampaikan pada pada mad'u kita . Ia akan diguna berterusan . Ilmu untuk kita guna, guna untuk membina satu keluarga yang sakinah .

Sebab diri kita yang sekarang ni yang akan menentukan bagaimana keluarga yang akan kita bina di masa hadapan .

Keluarga yang mendapat reda Allah bukan ? Sama sama menuju ke syurga-Nya kan ?

Senyum .

Usaha kecilku dalam bait bait kalini mungkin tidak seberapa jika dibandingkan dengan mereka yang lagi hebat dan gah berbicara diluar sana menyebarkan kebaikan Islam pada semua orang . Tapi aku harap usaha yang kecil ini dapat beri kebaikan buat diri, dan kamu . Ya . Kamu yang sedang membaca .

Aku hanya manusia yang sering lalai dan leka .

Semoga apa yang ada memberi ibrah yang sebaiknya .

Semoga Allah reda .

Semoga Allah reda akan aku dan kamu juga .

Ya . Kita .





" Di dunia ini hanya ada dua panji . Panji Thagut dan Islam . Lihatlah dalam diri kamu, atas panji yang mana kamu berdiri ."
(Sheikh Ahmad Ismail Yasin)