Monday 30 December 2013

Ini Untuk Awak

le seri

     Mengenal mu satu anugerah . Mengenal mu satu rahmat . Sungguh aku takkan pernah menyesal kerana dipertemukan denganmu . 

*senyum*

Kita seringkali diingatkan supaya tidak terlalu mempercayai orang dilaman sosial . Tetapi aku tidak . Aku lebih mempercayai mereka . Entah kenapa . 

Penat aku tersenyum sendiri . Mari , kita senyum bersama . 

Mungkin kerana aku yakin , mereka yang baru ku kenali ini , tidak mengetahui masa silam aku . Malah , mereka juga mungkin takkan bertanya apakah keadaan aku sewaktu 'zaman' itu dahulu . Penat hidup dalam dunia lama .

Nyata , sekarang aku senang . Alhamdulillah atas segala pemberianNya . 


Sahabat merupakan golongan yang susah dicari . Namun, apabila menjumpainya , janganlah kau alpa dan leka . Kelak kau akan kerugian . Masakan berlian datang bergolek . Malah perlu dicari lagi digali . Perlu digilap biar berkilau . Cuma satu , yakin padaNya .


Sahabat merupakan orang yang berani membantumu tetap berdiri walaupun seluruh dunia ingin menjauhimu .

Sahabat juga orang yang cekal berusaha untuk mengajak sahabatnya untuk mencari cintaNya dan mengejar redhaNya .



Mau , ini untuk awak . Dari , Seri .



p/s : maaf kalau entry ini tidak membawa makna atau tak memberi manfaat

Tarbiyah

le mau

Maroon 5 terus memekak menyanyikan Daylight . Elsa bungkam . Terdiam . Telefon yang tadinya memekak kini diam . Senyap . Skrin dipandang sekilas . Hm . 37 missed call .

Elsa membetulkan headphone yang tersarung di kepala . Risau tudung rosak . 

" Wehh . Assalamualaikum . Kau pehal Elsa ? Muram je . Monyok je muka kau ."

Lien yang ada di tepinya dijeling .

" Waalaikumussalam . Hm ."

" Kau ada masalah kah wehh ? Cuba cerita sikit . Aku call kenapa tak angkat ? "

Elsa diam . Terus diam . Dia terus berdiri , mengemas segala barang yang ada disisi ke dalam beg miliknya.

"Lien . Aku nak balik . Tak sedap badan . Asif lah . Aku balik dulu tau . Assalamualaikum ."

Elsa pergi meninggalkan Lien yang masih terpinga . Lien mejawab salam di dalam hati sambil mengekori langkah Elsa pergi . Semakin jauh dan kemudian hilang .

***

Tubuh dilempar ke atas tilam . Tudung dibiar terus tersarung di kepala . Mata di pejam . Terasa ringan sedikit kepala . Terasa tenang . Telefon tiba tiba menyanyikan lagu Love Somebody . Ada mesej masuk . Telefon yang ada di saku terus dicapai . Mesej yang di terima di baca .

"Lien ....", sebaris nama itu di sebut .

"Assalamualaikum sayang . Kau ada masalah kan ? Aku tau . Mak kau baru je dijemput Ilahi . Kau kena reda . Bukan terus siksa diri kau . Buat dunia sendiri . Tak hirau orang dekat tepi kau .

Wehh . Kullu nafsi dzaiqatul maut . Setiap yang hidup pasti akan mati sayang . Tu janji mak kau . Janji dia dengan Allah . Kau kena sabar .

Kau pun tau kan . Kematian yang menimpa keluarga terdekat kita tu kan ujian . Ujian tu pulak tarbiyah dari Allah . Pengajaran babe . Untuk kita yang masih hidup ni .

Kita yang masih hidup ni kena teruskan hidup . Bukan meratap sampai semua benda jadi hambur tak tentu hala . Kau tau , tak semua orang Allah uji dengan cara begini . Ada orang tu kena uji dengan istidraj . Kemewahan yang melalaikan kita dengan akhirat .

Sepatutnya kau kena ambil peluang . Masa ni lah masa sesuai kau dekatkan diri dekat Allah . Doa banyak banyak untuk mak kau . Doa anak yang solehah akan berterusan menjadi saham untuk beliau sampai akhirat sana sayang . 

Babe, Allah tunggu kau . Allah tunggu kau mengadu dekat dia . Lepaskan semua beban perasaan kau dekat dia . 

Elsa, ajaibnya urusan orang yang beriman tu apabila diuji mereka bersabar. dan bila diberi nikmat mereka bersyukur . Kau orang tu kan ?

Aku tau kau kuat . Kau hebat . Hebat dari aku . Mana semangat kau ? Panggil balik . Apapun yang jadi kita kena sabar dan senyum . Senyum untuk orang sekeiling . Kalau kita jatuh diorang pun akan jatuh . 

Ni Inche Mato cakap - " i know it's hard to move on but hey people, don't you know that we have to struggle too? semua orang akan mati dan kita juga tak terkecuali."

K sayang .

Pehh . Banyak dah aku cakap dekat kau ni . Sayang, apapun yang jadi aku tetap ada untuk kau . Kita kawan kan ? Kan kita janji nak bersama . Terus sampai syurga .

Kita kena kuat Elsa . Macam arwah . Jom . Jadi qowiy :)

Elsa . Aku sayang kau ketat ketat . Jangan lemah sayang . Ana uhibbuki jiddan .

Muahhh . Jumpa kau esok . 

Assalam :) "

Setitis . Dua titis . Air mata menjadi sangat murah selepas membaca mesej dari Lien . ' Allah , kau kirimkan aku sahabat yang memahami . Betapa aku alpa dengan nikmat tarbiyah yang kau cipta . '

Tudung yang masih tersarung dicabut dari kepala . Lengan baju long sleeve disinsing . Langkah di atur ke bilik air . Air dibiar mengalir pada anggota wudu' yang pasti .

Dia bangkit . Bangkit untuk kembali mencari semangat . Berdoa dan terus menjadi hamba yang diredai .

***

Jodoh dan kematian tu rahsia Tuhan . Bersyukur sebab masih boleh menghirup oksigen dekat dunia Allah Taala . 

INGAT ! Ujian adalah tarbiyah indah dari Allah :)


Sunday 29 December 2013

Mujahid Syurga


Bintang Syurga


Biar darah jadi baja
Biar tulangku menjadi tonggaknya
Islam tetap di puncak
Biar imanku terus melonjak

Aku tekad
Aku rela
Sekalipun aku dihenyak

Burung-burung igau terbang
Rohku tenang melayang
Syurga firdausi menunggu ku datang

Bidadari pun tersenyum
Merindu cumbu harum
Di saat cinta mekarku bercantum

Pergi ku tak kembali
Kerana memburu nikmat syurgawi
Itulah yang hakiki
Itu yang abadi
Dan ku tidak mati
Bahkan hidup dengan rezeki ilahi

Kejayaan (kejayaan)
Kebahagaiaan (kebahagiaan)
Kepada para syuhada yang dirindukan

Datang.. datanglah wahai syahid
Dambaan mujahid
Aku relakan sakit yang sedikit

Dari tahanan sementara
Biar aku nestapa
Demi bahagia untuk selamanya

Salam rindu salam sayang salam penuh kesyahduan . Salam wangi membawa haruman syurga dari Ilahi . Siapa kita itu bukan masalahnya . Siapa sahaja boleh syahid . Apa yang penting niat . Andai dapat syahid , Subhanallah . Dapat syurga .

Andai ada cita cita lebih baik usaha istiqamah untuk meraihnya . Jangan berhenti . Allah pasti bantu . Usaha itu perlu . Fehh .

Setiap orang layak dapat apa yang dia nak !