Thursday 11 October 2018

wave


Meil Mujie

"Remember, if the Almighty wants good for someone, He will create situations to draw him closer to his Maker. This can be in the form of poverty, heartbreak, repentance, desperate needflness and whatever else through various means. Understand His Plan and act accordingly."

(Mufti Ismail Menk)


Apa yang datang dan sedang aku hadap katanya tanda sayang Tuhan.

Apa yang membuat jiwa runtun dan mata menangis sedih katanya tanda sayang Tuhan.

Apa yang sesak dirasakan hingga nafas sukar ditarik dan dihembus semula katanya tanda sayang Tuhan.

Sedih.

Kecewa.

Putus asa.

Seakan takdir mempermainkan jiwa yang dipunya.

Hendak mencari yang lebih baik, dengan pulangan yang difikir stabil boleh memberi lebih pada yang jauh di seberang lautan namun dibalas dengan kenyataan yang merentap segenap perasaan dan kewarasan.

Senyum yang dibawa tatkala melangkah dengan rasa hendak buat yang terbaik untuk hari yang ada bertukar menjadi satu sketsa air mata pabila kaki dilangkah tenang masuk duduk di dalam kereta untuk kembali ke rumah sewa yang menjadi saksi mimpi tiada bertepi si gadis penuh dengan cita-cita belum mati.

Sekelip mata, tidak bekerjaya.

Sekelip mata, hilang punca pencarian rezeki yang ada.

Sekelip mata, hilang segala percaya.

Tersungkur rasa tidak ingin bangun itu pasti.

Mujur, ada lagi mereka di sisi. Meyakinkan yang bahawa iman itu ada gunanya. Iman itu memberi pegangan bersisa pada Tuhan di atas sana. Iman itu masih ada meminta untuk terus berharap pada Dia.

Mujur, masih ada keluarga dan jiwa yang sentiasa ada berkata cinta dan kasih sayang Tuhan itu benar hendaknya.

Mujur, masih sedar akan hakikat hamba.

Kerana kuasa-Nya itu dan aturan Dia yang ada itu terbaik hendaknya, moga apa yang ada dan peluang yang telah dikecap dan akan dicuba digapai selepas ini membawa berkat dan jawapan kepada semua tangisan sepi setiap malam sebelum terlelap dibuai mimpi.

Semoga apa yang telah diharungi membawa kematangan buat diri yang ada, moga menjadi sumber untuk terus kuat menghadap semua, moga dengannya faith itu masih ada.

Kata dia, "Have faith like you always do."

Menjadi seorang dewasa tidak mudah.

Tidak mudah.

Jika sedang berduka, nanti engkau akan gembira. Jika sedang kecewa, nanti engkau akan bahagia. Jika sedang bersedih, nanti engkau akan ketawa.

Doa disini sentiasa bersama untuk semua. Ya, mudahan kalian sentiasa berada dalam rahmat Tuhan.