Saturday 28 May 2016

Tak-Tahu-Nak-Letak-Tajuk-Apa-Bacalah

le mau

Kadang kita tidak sedar.

Kadang kita tidak tahu.

Malah kadang kita terlepas pandang.

Terlepas pandang ada yang kita tidak tahu hakikat itu.

Sakit.

Walau apa pun. Allah itu tahu kan setiap sesuatu yang berlaku?

Senyum.

***

08 Mei 2016, Australia.

"Lepas sarapan yang lain ready okay. Pakai kasut. Kita pergi Homestay JengJeng,kita akan ada aktiviti tunggang kuda harini."

Terdengar suara budak-budak yang ada tu eksaited sebab dapat nak tunggang kuda.

Blerghhh.

'Aku nak memanah. Aku taknak naik kuda.'

'Aku dah cakap dah. Aku nak memanah. Aku taknak ikut agak real dak?'

'Aku nak memanah. Memanah. Memanah.'

Masih membebel, dalam hati.

"Weh Lisa, nanti bebudak muslimat naik gerak dulu. Muslimin gerak kemudian."

"Okay."

Masih f*cked up. (jangan tiru benda ni. Astaghfirullah :( )

'Aku nak memanah lah. Aku taknak naik kuda.'

Nangis dalam hati.

------

"Amacam? Best kan naik kuda.."

"Tak."

"Apesal tak pulak? Dah lah yang bagi briefing tu atlet kuda negara kot.."

"Dia taknak naik kuda. Dia nak memanah.." 

Jawab Kak Nia.

Lelaki tadi masih lagi menanya.

Ya Allah. Aku dah fed up.

Rolling eyes.

"Sebab aku memang taknak lah. Ni first and last aku naik kuda. Ni bila nak balik ni?"

"Tunggu, kejap lagi. Lepas settle bayar apa semua baliklah."

Kepala masih ligat berfikir hendak buat apa.

Bosan. Bosan menunggu. Em. Kucing gemok tadi mana ntah. Budak seorang tu pulak tak habis-habis dengan monyet kecik tu.

Ugh.

Bukan tak suka. Aku dah dendam monyet tu, tadi dia tetiba datang ke aku lepastu tarik tudung aku.

Ciskek.

Em. Tahu dah nak buat apa.

Sengih.

"Siapa yang belum tasmi' hafazan antara 3 surah yang As-Saff, As-Sajdah atau Al-Mulk tu kalau nak tasmi' sekarang boleh. Sementara takde buat apa lagi ni."

Beberapa orang datang, minta untuk tasmi'.

Ehem. Bukan aku nak cakap aku ni duduk dalam golongan yizlumik. Tak. Ini sebenarnya penalti kepada mereka yang melakukan kesalahan. Idea ni datang sebab aku baru lepas baca Tunas tu haa.

Kesalahan apa sampai nak mengafaz bagai??

Kesalahan yang bersandarkan pada perilaku membazir. Bazir elektrik. Bazir tu tak baik. Bazir tu amalan syaitan tahu!

Okay sambung.

Datang seorang gadis manis. Senyum saja tiap masa. Tapi semalam aku baru je buat budak ni nangis.

Maaf. Aku hanya patuh pada arahan.

"Dah boleh dah?"

Dia angguk.

"Okay. Mula lah."

Dia memulakan bacaan.

Bacaan dia sangkut.

"Aifa, baca slow slow. Boleh tak ni?"

"Boleh."

"Okay sambung."

Habis. Literally, okay. But then..

"Awak, cuba awak baca ni."

Kak Nia hulur phone dia. Terpapar surah Al-Fatihah pada skrin telefon pintar tersebut.

Gadis itu tarik nafas. Lalu memulakan bacaan.

Aku?

Aku hanya memerhati.

Lama aku perhati.

"Okay, muslimat boleh gerak balik dahulu."

Ya rabb.

Apa aku sudah buat?

------

"Awak, budak awak kena rajin pantau tau. Bahaya."

Tangan yang tadi memotong sayur terhenti sebentar. Senyuman aku lontarkan.

"Aiwah. In shaa Allah. Saya cuba."

"Bagus budak tu. Ada keinginan nak jadi baik. Keinginan nak dekat dengan Islam. Tapi kesiannlah, ada lagi yang tunggang-langgang."

"Tu lah."

"Awak tolong bersihkan ayam tu jap."

"Ouh haah. Okay."

Kepala masih ligat.

Apa aku sudah buat?


***

Risau.

Kita sibuk usrah sana sini.

Kita bawa halaqah banyak sampai lebih dari satu.

Kita sibuk cakap dekat anak-anak usrah pasal ikhtilat itu ini.

Kita sibuk cerita ke mereka perihal kahwin muda tiap hari.

Kita sibuk berbicara dekat semuanya pasal cinta.

Sampai kita lupa, bebudak ni ada benda lain yang kita kena tekankan dahulu sebelum itu semua.

Apa dia?

Fardu a'in mereka. Fahaman pasal sunnah Rasulullah.

Solat dia. Bacaan Quran dia dan banyak lagi fardu ain yang kita tekankan. Kita mantapkan.

Buat tahsin solat ke, buat kelas pengajian hadis.

Ya.

Lepastu dalam usrah bawa topik dari buku macam Apa Erti Aku Menganut Islam? tetiba buku Usul 20 Imam Hassan Al-Banna.

Gais. Jangan berat sangat jugak. Tahu nak tekankan benda benda asas.

Ye tahu.

Dan bukan juga bermakna semua yang pasal ikhtilat, pasal kawin cinta semua tak penting. Penting. Tak cakap tak penting pun. Aku tak cakap but let see..

Kebanyakan orang yang mula nak dekat dengan bebudak usrah ni bebudak surau bebudak yang kena panggil ustaz ustazah ni diorang nak something like yeah something yang boleh tolong diorang.

Tolong diorang jadi lebih baik.

Nak jadi lebih baik. Memanglah kena fikir pasal yang sampingan macam kahwin en *rolling eyes* sebab kalau kahwin lelagi kahwin dengan akhi atau akhawat mesti peh gempak hidup dalam baiah solehah punya generasi yang soleh dan baik amalnya. Ada yang bimbing sentiasa.

Awww :')

Yes. Betul. Tak cakap salah pun.

Tapi kenapa nak tunggu bila dah kahwin?

Kenapa kena tunggu baitul muslim?

Sedangkan KITA, wait yelah kita sebab kita semua ini pendakwah secara langsung atau tidak langsung juga sebab kita bawa Islam dalam diri kita so manusia keliling akan perhati diri kita dari situ pun kita boleh berdakwah.

Right? Right.

Kita boleh je mula dari awal, nak berubah nak tolong orang semua bukan bermula bila kita dah ada insan yang boleh kita panggil zauj zaujah (yizlumik pulak). I mean suami atau isteri anda.

Someone, kenalan once said..

"Kita ni pendakwah. Nak jadi pendakwah kita kena 'sentuh' hati orang yang kita nak dakwah. Nak 'sentuh' bukan guna sesuatu yang menjadi kegilaan dan kejaran gilaan semasa macam hal kahwin muda. Kalau kita bebalik cakap pasal kahwin cinta tak bosan? Lama- lama rasa tu hilang, 'sentuhan' tu sudah tidak bertanda. Lalu mad'u lari semua. 'Sentuh' dengan hikmah, 'sentuh' dengan cara approach dia. Even kau cuba approach hanya takat dengan benda simple. Walau hanya dengan satu quote, typical quote dari puak yahudi kah asalkan positif mesejnya. In shaa Allah, 'sentuhan yang positif itu akan bertanda. If you know what I mean."

No.

Aku bukan against usrah yang ada sekarang ni. Aku pun budak usrah. Tapi mungkin usrah aku lain sikit lah.

Liberal mungkin.

HAHAHAHAHAHA JANGAN PERCAYA ASTAGHFIRULLAH.

Ehem. Sambung.

Macam ni lah.

Nak sebar benda baik, nak ajar orang, nak bawa orang dekat dengan Islam first kena bawa dia dekat dan faham dengan Al-Quran dan Sunnah tu dahulu.

Ingat kan pesan Rasul?

Kalau ingat bagus. Tak ingat dah aku dah ingatkan dah.

Bila kita dekat dengan Islam tu, dalam hati ada Al-Quran kita bawa Sunnah Nabi baik-baik takpe tak payah cari nanti adalah tu jodoh yang Allah kirim.

Satu je. Kau kena yakin dengan janji Tuhan. 

Yakin dalam hati tu. Tanam dalam hati tu dengan Al-Quran. Bukan angan-angan untuk punya jalan cerita hidup cinta bak Sha dan Sha, sweet macam Dia Semanis Honey tu.

Keluar. Keluar dari zon itu.

Masuk. Masuk dalam zon yang kau patut.

Bawa diri dekat dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi junjungan, Muhammad S.A.W.

Bukan hendak berhentam, cuma cuba untuk meluahkan. Mungkin?

Last.

Aku bukan nak kahwin lagi lah! Aku diploma pun tak habis. Ingat priority aku kahwin je ke? Dah dah lah tu tanya aku cakap pasal kahwin. Penat tahu!?

Lagi penat dari dok cari tempat praktikal. Phew.

Calon aku pun..em okay lah dah.

Doakan aku. Doakan aku dapat tempat praktikal. Doakan semua baik baik saja nanti.

Ya.

Doa aku sentiasa ada buat kamu.

So, dah makan?

Kehkeh.

Chaw.

Adios!







"By time. Indeed mankind is in lost, except for those who have believed and done righteous deeds and advised each other to truth and advised each other to patience."
103: 1-3

Sunday 1 May 2016

Hek-Eh

le mau

Setiap yang hidup pasti akan mati .

Setiap yang mati pasti akan bangkit lagi .

Bangkit bila ditiupkan nyawa untuk kesekian kali dalam diri .

Berdiri di hadapan Ilahi takut dengan keaiban diri yang akan dipertontoni atau sabar menanti bagaikan sang kekasih yang mendapat cinta suci .

Setiap hamba punya ceritanya, setiap hamba punya cita cita dan impian yang hendak digapai tiba, setiap hamba punya 'faith' dalam dirinya .

Seiap hamba itu juga, takut hilang apa yang dicintainya .

Ibu bapa..

Saudara..

Sahabat..

Suami isteri..

Anak anak..

Tapi siapa kita hamba untuk menghalang kehilangan yang terjadi ?

Kita hanya manusia . Lemah dan tak berdaya berdiri bila di hadapan Ilahi .

Tapi kita masih bisa bongkak angkuh berjalan mendongak ke langit terlupa ada yang satu sedang memerhati ?

Kemana hilangnya janji untuk mengabdi diri?

Ke..

Mana...

Pergi ?

Seminggu lagi, beralih menjadi insan yang telah 20 tahun menghirup oksigen dengan free . Tapi mungkin dalam masa seminggu ini aku boleh saja tiada lagi di bumi ini .

Mungkin .

Siapa kita untuk menghalang ketentuan Ilahi, Sang Rabbi yang Maha Esa lagi Maha Kuasa .

Sengih .

Ya .

Berkata sesuatu yang seperti ini itu tidak baik . Apakan daya naluri sebagai insani itu kadang menguasai diri, naluri takutkan yang namanya MATI .

Pergi meninggalkan mereka yang masih berdiri teguh mengejar impian masing masing .

Cuma..

Mati husnul khatimah atau tidak itu saja persoalannya yang masih terbang sana sini .

Ehem terasa bagai ayat penuh puitis pulak hamba kali ini .

Ah lantak !

Yakinlah pada janji ilahi .

Dia tidak pernah mengecewakan setiap insan yang Dia sayangi .

Semua dari kita samada hendak patuh atau ingkar atas semua .

Tak salah berkata pasal mati, tapi sedarlah adakah kita sudah sedia untuk mati ?

Semua dari diri kita sendiri .

Dan mereka, yang diuji dengan kehilangan insan disisi . Sabarlah, sayang..

Allah punya satu kejutan hebat untuk kau berbahagia kemudiannya .

Bukankah ujian itu tanda sayang Tuhan pada kita .

Senyum .

Doakan exam aku untuk beberapa minggu lagi . Doakan aku tak dapat 'Barring Letter' lepasni . Doakan aku semoga tak ulang subjek untuk sem lepas praktikal nanti . Doakan juga aku untuk praktikal aku nanti . Doakan, semoga sempat aku capai kebahagian itu nanti .

Allahumma ameen .








" Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar."
(2: 155)