le seri |
Matahari galak memancar . Tapi air humidity kat bumi
FELDA ni tinggi , sampaikan kat rumah pun sejuk je . Macam pakai penghawa
dingin . Lewls .
“Semut semut bekerja tanpa henti dari pagi . Cuma aku je yang letih berdiri ,” bisik Deen . Sesi mentadabbur alam bermula .
Melihat si kecil hitam yang bekerja dalam kumpulan dengan
gigih dan semangat , Deen jadi malu . Malu kerana tak serajin itu . Malu sebab
tak sekuat itu . Malu sebab selalu jatuh tersungkur .
Mata terlihat akan tegapnya sang pokok berdiri . Si akar
membantu mencengkam tanah , menghirup nutrient dan air . Daun daun membantu
membuat makanan . Sungguh , ini indah .
Mata terarah pada manusia yang lalu lalang di hadapan rumah
. Tiba tiba dada terbakar . Teringat dengan kata kata , teringat akan bisik
bisik .
“Semua manusia mungkin saja sama . Apa yang diorang mampu cuma
bercakap dan terus bercakap tanpa memikir hati hati yang tergores .” Nafas
dihela berat . Bibir diketap . Teringat kejadian dua tiga hari lepas .
*****
“Kenapa jadi macam ni ? Apasal teruk sangat ? ingatkan dapat
banyak . Terkejut tau tak ,” kata Mak Chaq Teh .
“Tulah . Kalau diikutkan boleh dapat banyak lagi . Tapi
takde usaha . Ni lah makan dia ,” sambung si ibu kepada tuan punya cerita .
“Dah dah . Tutup cerita . Tolonglah ,” Deen menggumam
perlahan sambil tangan mencapai kuih diatas piring .
“Kakak , teman Kak Ila pergi pasar malam kejap .”
Geleng perlahan .
“Lah kenapa ? Boleh lah cari makanan lain jugak .”
Geleng lagi .
“Haih . Nak suruh pergi pasar malam pun susah .”
“Yelah .”
Kesannya , nyaris nak melanggar seeorang rider .
*****
Deen tersenyum sendirian . Terfikir , mungkin kalau dia
langgar saja orang itu , dia juga akan dihantar ke hospital . Telinganya akan
berhenti mendengar kata kata ‘peguam peguam’ di rumahnya . Hatinya mungkin akan
lebih tenang , nafas juga tidak seberat selalu . Kepala digeleng perlahan .
“Dengan mengingati Allah , hati kau akan tenang . Kau
bukannya tak tahu , cuma kau tak mahu . Tak mahu berserah . Biarlah orang nak
kata apa ,” teringat pesanan Maya tempoh hari .
“Tapi , aku dah penat . Aku rasa , kata kata diorang tu ibarat
batu berat yang menghempap dan menghempap dan terus menghempap tanpa ada belas
kasihan walaupun sebesar zarah . Hati aku dah luka berdarah . Teruk . Aku dah
letih ,” Deen membalas dengan mata redup memandang langit .
“Diorang bukan tuhan . Apa saja yang diorang cakap , kau
dengar tapi jangan simpan dalam hati , takut jadi dendam nanti . Ambil ayat
ayat tu jadi cabaran , supaya kau lebih kuat nanti ,” Maya mengusap bahu Deen .
‘Maaf Maya . Aku tak boleh berkata tidak untuk perasaan yang
satu tu ,’ Deen tersenyum kelat memandang muka gojes Maya .
“Walaupun diorang bukan tuhan , tapi diorang menghukum aku ,
tanpa usul periksa ,” Deen berbisik sendirian .
“Bila agaknya , aku menjadi seperti burung burung ini ya ?
Bebas melakukan apa saja , tanpa ada yang menghukum ,” sambung Deen .
Alhamdulillah , kini aku mampu bangun dari zaman kejatuhan .
Berusaha untuk menjadi yang terbaik . Mungkin sekarang aku dah menghampakan
semua orang , satu hari nanti aku akan jadi anak yang mebanggakan . Kalau tak
di dunia , aku sambung di akhirat .
Nota kasut – ini hanyalah karya picisan yang tak mempunyai
hala tuju . Aasif atas segala khilaf .