Saturday 28 March 2015

HI to DUP

le mau

Suara Chester Bennington dari Linkin Park kedengaran pada corong speaker laptop yang dari tadi mengulang lagu yang sama, Final Masquerade .

Vibrate .

Phone di tepi diraih lalu dibuka akan text whatsapp yang baru masuk . Whatsapp group . Group batch yang hanya aspuri saja dalamnya .

Nampak dak racist di situ . Hahaha okeh dak, sebenarnya itu atas sebab privasi saja bagi memudahkan bicara rindu dan kasih sayang sesama keluarga dari zaman menengah terluah tanpa perlu ada ajnabi lainnya yang membaca .

Manisnya bila berukhwah ,

Eh .

Ada audio .

Headphone diraih lalu sambungan yang ada disambungkan pada phone .

Cursor dilarikan pada skrin laptop yang tadi bising .

Final Masquerade yang tadi bergema kini berganti dengan lagu yang merupakan kiriman audio sahabat yang kini berada di Matrikulasi Labuan itu .

Nasyid .

Unic .

Seindah Sabar tajuknya .

Lima minit berlalu .

Lagu ni, deep .


"Ada waktu kita tak mampu ada waktu kita keliru kita rebah meratapi nasib . Bangkitkan semula harapan kepada-Nya." (UNIC, 2015)


Kekadang sesuatu yang membebankan yang kita rasa baik tak payah nak muncul dalam hidup buat serabut-maigad-tensi-mati-peh-jangan-belum-kahwin-pfft (ini cliche) itulah anugerah paling terindah yang sebenarnya Allah dan sesiap ready dari awal untuk kau .

Hasbunallah wa ni'mal wakeel ni'mal maula wa ni'man nasir .

Sengih .

Mungkin untuk memberi hentakan tarbiyah agar iman sado dari anasir kejahatan syaitan sana.

Mungkin sebagai panduan untuk menghadapi masa depan yang mendatang yang penuh dengan liku liku cabaran .

Mungkin juga sebagai satu medium buat kau mengekspresikan akan niche area yang sebenarnya kau idamkan .

Ada hikmah .

Hikmah kehidupan .

Hidup .


***

Januari, 2009 .

"Peraturan kalah kalah sekolah agama . Kalau aku tau bagus aku terima jak tawaran Yayasan Sabah sebab diorang mau kasi masuk aku sekolah agama ."

"Hahahaha . Kenapa kau tolak ? Yayasan Sabah punya biasiswa bah tu."

"Sekolah agama dakmau aku . Mesti pakai tudung labuh, kena hafaz ni hafaz tu apa semua . Ei dakmau."

"Kau masuk Sains Lahad Datu ni hampir sama jugak sudah macam sekolah agama . Solat wajib jemaah, tudung mesti limpas sejengkal dari bahu, baju mesti labuh, kena pakai stokin kalau keuar asrama, ada usrah umum sama usrah kelompok, lelaki perempuan dak boleh campur bezanya kau dakdalah kena hafaz quran atau hadis sampai masuk exam macam sekolah agama . Hahaha ."


Jun, 2010 .

"Weh . Turun usrah cepat, nanti warden marah kena tulis nama kita sama AJK Surau ."

"Kejap, aku cari dulu buku usrah ku ."


Mac, 2011 .

"Jadi imamah Rumah Helium untuk minggu ni boleh ?"

"Ek . Dak beranilah kak, bacaan saya bukannya bagus ."

"Nanti kakak tasmi' . Boleh ?"

"Okeh."


Mei, 2012 .

"Woih ustazah, ada makanan kah?"

"Kohajaq . Ustazah ustazah, kilik bah ni . Kau ni kan . Asal lepas balik bermalam makanan jak di cari . Mukakku ni mukak makanan kah ?"

"Wajib . Dengan kawan pun berkira . Kurang ajar kau . Hahaha ."

"Hahahaha . Kau sudah hafal surah Ar-rahman ?"

"Jom pigi dorm si Umi."


2013 .

"Sedihnya, mau habis sekolah sudah kita ."

"Umi pun sedih ni . Janganlah nangis . Nanti Umi pun nangis ."

"Janganlah kau nangis . Kan . Nangis sudah aku ."

"Ish, luar jak nampak kuat tapi dalam lembik . Hahahaha ."

"Hahahaha . Main kasar, Umi mesti lepasni rindu surau ni ."

"Rindu semua lepas ni ."

"Mesti rindu laman tarbiyah ni. Tempat yang before aku tersangatlah mau keluar dak mau belajar sini, but now I'm blessed . Banyak ilmu duduk sini walau bukan sekolah agama pun ."

"Hahahaha . Ini kan 'sekolah agama' kita ?"


***

Haruslah mencari erti berTuhan .

Bukan menjadi Tuhan .

Berlagak hebat macam Tuhan .

Cukuplah Firaun dijadikan contoh dalam Al-Quran sebagai pengajaran buat kita wahai insan insan yang punya Tuhan . (Surah Yunus 10: 90, 91, 92)

Bangkit sebagai orang yang beriman .

Sedangkan Zayn Malik keluar dari One Direction sebab bertemu the real direction, jadi bagaimana pula dengan antum bukankah kita ini khalifah wahai kalian ?

We're all born with heaven's key .

Either we retain it or we lose it .

Om nom nom nom .












"Dan sesiapa yang mengkehendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya."

(Surah Al-Isra' 17: 19)


Friday 13 March 2015

Hide and Seek

le mau

Helaian muka surat Contengan Jalanan yang masih bersisa kembali ditatapi lalu dihayati tiap bait sususan aksara yang kekal atasnya .

The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th .

Agak . Creepy . Di . Situ .

Karya Hlovate tu ditolak ke tepi .

Sahabat di sisi lalu diraih .

Mulut yang tadi terkunci kini memulakan apa yang terdetik untuk diluahkan .

Aku kena jugak spill it out .

Kena jugak .

Bismillah .

"Kau nak tau tak . Hidayah ni kalau tunggu bagai menanti bulan jatuh ke riba jadinya ."

"Kenapa pulak ? Hidayah tu kan milik Allah . Jadi Allah yang berhak bagi hidayah tu dekat sesiapa yang Dia nak . Bukan kita ada belajar masa zaman high school dulu en ?"

"Memang lah hidayah tu milik Allah ."

"Haaaa . Dah tu kalau duduk dendiam pun boleh dapat hidayah . Sebab Allah yang nak bagi . Tak perlu ah nak cari ."

Sigh .

Ni yang aku malas nak buka satu satu topik dengan member sorang ni takdaknya nak dengar cakap orang lain asyik nak ikut kepala sendiri je .

Alahai sahabat lillah gua .

Macam manalah orang lain nak tsiqah kalau berhujah dengan dia ni .

Rabbi yassir wala tuassir .

"Satu tiga satu satu ,"

"Hah?"

"Surah Ar-Rad ayat sebelas ."

Diam .

Suasana menjadi senyap .

Sesenyap ruang penyimpanan mayat di sebuah hospital swasta yang dalam sebuah kejauhan malam yang hitam pekat .

Tarik nafas .

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri ."

Susuk tubuh itu kelihatan semakin menunduk . Namun terkesan akan riak masam yang terbit .

Senyum .

"Kalau kau lapar then dalam keadaan kau lapar tu makanan tiada . Kau buat apa ?"

"Mestilah aku akan usaha cari makanan untuk mengisi perut yang lapar."

"Samalah macam orang yang nak berubah . Nak berubah perlu ada hidayah dan hidayah tu sendiri kita usaha untuk cari . Stop talking but try to search for the thing that we want to reach . Indeed ."

Mata kembali menatap helaian yang masih bersisa untuk beberapa muka surat lagi .

"Ainul ."

"Ya . Limadza ?"

Minda yang sebentar tadi cuba fokus dengan kehidupan seorang Fend terhenti seketika .

"Kalau kau nak berubah, kau mula part mana dulu ?"

Senyum .

Deep jugak soalan ni .

"Akidah ."

"Hah?"

"Sebab keimanan yang mantap bermula dari akidah . Akidah Islam yang teguh dan kukuh dalam jiwa . Akidah yang percaya kepada Allah Yang Esa . Bukan setakat percaya sahaja, kena yakin . Yakin dengan Allah S.W.T. Mana mana hambanya yang hendak kembali kepada fitrah asalnya pasti akan diberi petunjuk untuk menuju ke jalan yang hambanya tu hendak tuju ."

"Macam tu je ?"

"Aip . Kena ingat selalu, setiap yang beriman itu pasti akan diuji dengan pelbagai dugaan bersesuaian dengan tahap keimanan yang dia ada . Maka, kena sentiasa sabar dan reda atas tiap ujian yang datang menimpa . Harus ada rasa syukur yang terbit dalam jiwa . Sebab ujian dari Allah tu tanda kasih dan sayang dari-Nya . Okeh ?"

"Okeh . Er, Ainul ."

"Ya ?"

"Kalau aku ikut kau join usrah, boleh ? Er . Macam awkward ."

"Lah bukan kita ni satu usrah ke ? Hahaha ."

"Weh Ainul . Aku serius ni ."

Diam .

Sesaat .

Dua saat .

Terasa ada aliran hangat yang mengalir dekat pipi pula .

"Lah . Aku cuma cakap nak join usrah je . Kau janganlah sedih . "

"Eh tak . Aku suka . Jomlah . Ikut usrah ."

Senyum .

Dua kali senyum .

"Mari sama sama masuk syurga . Syurga yang penuh nikmat buat hamba-Nya yang bertakwa ."

"Sayang kau lillah weh ."

"Sayang kau lillah jugak ."

Semoga kita bersama,














ISTIQAMAH :)