Thursday 29 January 2015

Life

le mau


Semua orang nak MATI cara Islam tapi tak semua orang nak HIDUP cara Islam .

Sengih .

Itulah hakikatnya .

Kehidupan .

Mata begitu khusyuk dengan penulisan Inche Gabbana . Sebab #Chenta aku baca .

Kahkah .

Klise .

Karya Inche Gabbana melekat dengan jiwa aku . Hati keras aku yang macam batu ni patut kena dengan benda sentap supaya mudah luntur keegoan tu .

Sebab cerita awal pun aku sudah leleh sebenarnya . Asyik sentap tak sudah .

Maigad . Hilang macho gua . Eh .

Tiba tiba datang seorang sahabat duduk disebelah .

"Weh."

"Hmm."

Mata masih fokus dengan setiap bait aksara dalam helaian naskah #Chenta Inche Gabbana .

"Pandanglah aku nak cakap ni . Bukan nak layan aku pun ."

"Agak kalau aku balik buku yang tebal ni dekat kau berbaloi dak ?"

Dia sengih . Tau salah . Barangkali .

"Weh . Agak kalau aku tanya kau something kau jawab tak ?"

"Dah kau tanya aku jawablah . Mengada pulak ."

"Ni aku ada nak tanya ni ."

"Hmm . Apa dia ?"

Mata masih tertancap pada buku, namun fikiran minda yang lainnya fokus dengan apa yang ingin disuarakan oleh sahabat di sebelah .

Amboi .

Berdebar pulak tunggu soalan dia ni . Gaya macam hakim Mahkamah Tinggi tengah menyoal peguam yang harus ready dengan apa jua persoalan saja gamaknya .

Okeh itu over .

"Aku tengok member kita sorang tu selalu keluar malam . Sehari tak jumpa 'laki' dia macam cacing kepanasan gayanya . Post moment dekat wechat habaq mai dekat semua orang yang dia sayang 'laki' dia tu rindu bila berjauh bla bla bla . Tup tup result dia kemain hebat . CGPA 3.5 ke atas ."

"Aip . Tak baik cakap begitu . Mungkin dia rajin belajar . Kita mana tahu kan ? Masa dia takdak tu dia lepak library kot, bukan pergi jumpa siapa tu . Haa . 'Laki' dia kau kata . Who knows?"

Mula rasa tidak sedap hati .

Allah . Kuatkan aku .

Diri cuba fokus dengan segala patah aksara pada buku sediada . Sedih . Gagal .

"Manada dia pergi library . Betul dia pergi jumpa budak tu ."

"Hmmm."

"Solat pun ntah kemana . Puasa tu ntah ya ntah tidak je puasanya . Bila masuk part couple part lelaki laju je tak pikir dosa pahala ."

"Kau lapar eh?"

"Apa pulak lapar, aku tengah meluap ni bercerita dekat kau boleh pulak kau tanya aku lapar ke tak . Eish dia ni ."

"Kau laparkan daging manusia ?"

Diam .

Diam diam .

Diam lagi .

"Okeh . Aku salah . Aku ghibah . Sorry ."

Sahabat tu tunduk . Rasa bersalah . Baguslah .

"Tau dak apa tu istidraj?"

"Tau."

"Aku tau kau dah tau . Tapi aku tetap jugak nak bagitau lagi ."

"Tafadhol."

Senyum.

"Istidraj ni bila kau tinggal solat, Al-Quran jarang buka, selalu buat maksiat, dan jarang zikir tapi kau dapat apa yang kau nak . Nikmat yang Allah bagi tu Allah bagi melimpah sampai kau lupa pada Allah . Macam Firaun dan Raja Namrud ."

"Aku buat semua tu apa ."

"Penyakit hati , Istighfar sikit . Jangan biar syaitan buat ujub pada diri ."

"Astaghfirullah alazim."

"Bagus ."

Senyum .

"Jadi dia kategori istidraj lah eh ? Errr . Kategori yang kau cakap tu semua kena . Dengan . Dia . Hm ."

"Wallaua'alam .Tu bukan urusan aku . Dia saja yang tahu . Jadi adalah tanggungjawab kita untuk nasihat dia supaya kembali kepada hakikat hamba yang sepatutnya . Bukan menghentam macam kita ni sempurna bukan pendosa . Tak salah kau nak jijik dan keji perbuatan dia tapi jangan hentam dia . Mungkin itu ujian dia . Kita bukannya tahu pun ."

"Kau cakap senanglah . Dia bukan jenis makan saman . Dah tegur berhemah pun buat endah tak endah tak pasal pasal kena cop ustazah bajet alim adalah . Sakit hati ."

"Orang sekarang kena direct . Makin kita berkias makin depa buat tak paham . Memang sakit janji tinggal kesan . Bukan takank berdakwah secara berhemah . Tapi dah berhemah pun tak jalan, nak buat macam mane . Bagi ayat ayat sarkastik baru rasa hati tu nak terjentik ."

"Tapi...."

"Jangan cepat melatah dan senang nak marah . Kena kerahkan usaha kalau betul kau nak dia berubah . Bila kau usaha banyak dah then leave it to Allah . Dia tahu apa nak buat . Kalau dia tamau ikut itu dari dia . Yang penting tu usaha . Lepas usaha doa dan tawakal pada-Nya . In shaa Allah, jika niat kita ikhlas pengakhirannya hanya yang indah belaka ."

"Aku rasa aku dah paham . Jahat macam mana pun dia teruk macam mana pun perangainya dia tetap kawan kita . Member kita . Aku dan kau juga . Sebagai sahabat merangkap yang sepatutnya membawa bersama sahabat yang ada untuk bersama melangkah ke syurga patutnya tarik sama dia untuk bersama kita meniti atas jalan yang Allah reda . Biar manisnya tarbiyah dirasa bersama bukannya menghentam bak atheis pulak ,"

"Yup . Sebab Syurga Allah tu untuk semua ."

"So, kau jangan tamak nak masuk sensorang pulak ."

"Agak kalau aku tak nampak kau dekat syurga aku minta dekat Allah supaya bawa kau masuk sama ."

"Aspartame lebih . Insulin mohon insulin ."

"Ini biadap . Hahahahaha ."

Rasa tidak sedap hati tadi akhirnya berubah menjadi lega .

Nafas kelegaan dihela .

Baguslah kalau dia dah paham .

Heh .

"Dah, kau sambung ah baca #Chenta kau tu . Lepas kau baca aku nak pinjam tau ."

"Tengok ah cemana . Aku ni kan kedekut . Hahaha ."

"Hahaha . Macam sanggup buat aku macam tu . Aku nak sesiap pergi Seremban ni . Nak pesan apa apa tak ?"

"Aku sayang kau ."

"Ah geli . Bai . Aku jalan dulu . Assalamualaikum ."

Salam dibalas dalam hati . Tawa masih lagi bersisa dengan jawapan sahabat sebentar tadi .

Heh .

Bila Islam itu tidak diamalkan setiap pengakhiran akan menjadi satu lembaran hitam yang mengundang kebencian, tohmahan serta hinaan orang sekeliling .

Geleng kepala .

Cari sisi baik walau sekelumit hanya .

Train your mind to see the good in everything . Positivity is a choice . But yet, the happiness of your life depends on the quality of your thoughts .

Senyum .

Teruskan berdoa .

Semoga insan insan macam mereka akan berada dalam landasan yang Allah reda .

Suatu hari nanti .

Tiada yang mustahil :)

Allahumma ameen .



"Dan ketahuilah olehmu bahawa dalam kalangan kamu ada Rasulullah . Kalau dia menuruti (kemahuan) kamu dalam banyak hal, pasti kamu akan mendapat kesusahan tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan . Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus."
(Al-Hujuraat, 49 : 7)


Semoga Allah reda .

Atas semua .

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. bait kata yg indah dengan tulisan yg teratur . teruskan . semoga bermanfaat utk org lain . in shaa Allah :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete