Tuesday 18 November 2014

Langkah

le seri




melangkah ,
jangan mengalah .
melalui jalan hijrah ,
sememangnya penuh mehnah .
kita perlu sentiasa tabah ,
bukan sentiasa berserah ,
dan abaikan masalah .
--
sampai bila ,
kau mahu berselindung ,
disebalik bayang-bayang jiwa ,
kau mahu singkap ,
segala tanaman cinta Dia .
--
yakin ,
itu saja yang aku pinta ,
kerana kasih itu ,
sepenuhnya milik Dia .
yang Maha Kuasa ,
lagi Maha Kaya .
kita ?
hanya makhluk hina ,
penuh noda ,
melakat ,
hitamnya dosa .

namun ,
jangan pula kau terus rebah ,
jangan pula kau terus menyerah .
perjuangan kita masih diderapan yang pertama ,
masih banyak lagi perkara ,
yang kita perlu lakukan .
--
yang pasti ,
ianya bukan sekadar bermain cinta .

No comments:

Post a Comment