Friday 13 March 2015

Hide and Seek

le mau

Helaian muka surat Contengan Jalanan yang masih bersisa kembali ditatapi lalu dihayati tiap bait sususan aksara yang kekal atasnya .

The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th .

Agak . Creepy . Di . Situ .

Karya Hlovate tu ditolak ke tepi .

Sahabat di sisi lalu diraih .

Mulut yang tadi terkunci kini memulakan apa yang terdetik untuk diluahkan .

Aku kena jugak spill it out .

Kena jugak .

Bismillah .

"Kau nak tau tak . Hidayah ni kalau tunggu bagai menanti bulan jatuh ke riba jadinya ."

"Kenapa pulak ? Hidayah tu kan milik Allah . Jadi Allah yang berhak bagi hidayah tu dekat sesiapa yang Dia nak . Bukan kita ada belajar masa zaman high school dulu en ?"

"Memang lah hidayah tu milik Allah ."

"Haaaa . Dah tu kalau duduk dendiam pun boleh dapat hidayah . Sebab Allah yang nak bagi . Tak perlu ah nak cari ."

Sigh .

Ni yang aku malas nak buka satu satu topik dengan member sorang ni takdaknya nak dengar cakap orang lain asyik nak ikut kepala sendiri je .

Alahai sahabat lillah gua .

Macam manalah orang lain nak tsiqah kalau berhujah dengan dia ni .

Rabbi yassir wala tuassir .

"Satu tiga satu satu ,"

"Hah?"

"Surah Ar-Rad ayat sebelas ."

Diam .

Suasana menjadi senyap .

Sesenyap ruang penyimpanan mayat di sebuah hospital swasta yang dalam sebuah kejauhan malam yang hitam pekat .

Tarik nafas .

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri ."

Susuk tubuh itu kelihatan semakin menunduk . Namun terkesan akan riak masam yang terbit .

Senyum .

"Kalau kau lapar then dalam keadaan kau lapar tu makanan tiada . Kau buat apa ?"

"Mestilah aku akan usaha cari makanan untuk mengisi perut yang lapar."

"Samalah macam orang yang nak berubah . Nak berubah perlu ada hidayah dan hidayah tu sendiri kita usaha untuk cari . Stop talking but try to search for the thing that we want to reach . Indeed ."

Mata kembali menatap helaian yang masih bersisa untuk beberapa muka surat lagi .

"Ainul ."

"Ya . Limadza ?"

Minda yang sebentar tadi cuba fokus dengan kehidupan seorang Fend terhenti seketika .

"Kalau kau nak berubah, kau mula part mana dulu ?"

Senyum .

Deep jugak soalan ni .

"Akidah ."

"Hah?"

"Sebab keimanan yang mantap bermula dari akidah . Akidah Islam yang teguh dan kukuh dalam jiwa . Akidah yang percaya kepada Allah Yang Esa . Bukan setakat percaya sahaja, kena yakin . Yakin dengan Allah S.W.T. Mana mana hambanya yang hendak kembali kepada fitrah asalnya pasti akan diberi petunjuk untuk menuju ke jalan yang hambanya tu hendak tuju ."

"Macam tu je ?"

"Aip . Kena ingat selalu, setiap yang beriman itu pasti akan diuji dengan pelbagai dugaan bersesuaian dengan tahap keimanan yang dia ada . Maka, kena sentiasa sabar dan reda atas tiap ujian yang datang menimpa . Harus ada rasa syukur yang terbit dalam jiwa . Sebab ujian dari Allah tu tanda kasih dan sayang dari-Nya . Okeh ?"

"Okeh . Er, Ainul ."

"Ya ?"

"Kalau aku ikut kau join usrah, boleh ? Er . Macam awkward ."

"Lah bukan kita ni satu usrah ke ? Hahaha ."

"Weh Ainul . Aku serius ni ."

Diam .

Sesaat .

Dua saat .

Terasa ada aliran hangat yang mengalir dekat pipi pula .

"Lah . Aku cuma cakap nak join usrah je . Kau janganlah sedih . "

"Eh tak . Aku suka . Jomlah . Ikut usrah ."

Senyum .

Dua kali senyum .

"Mari sama sama masuk syurga . Syurga yang penuh nikmat buat hamba-Nya yang bertakwa ."

"Sayang kau lillah weh ."

"Sayang kau lillah jugak ."

Semoga kita bersama,














ISTIQAMAH :)

No comments:

Post a Comment