Friday 15 May 2015

No Caption

le mau


Apatah kita ni manusia, yang punya pelbagai ragam dan lain lain jiwanya .

Walau apa pun, di mana terciptanya cinta pasti di situ rindu akan bermula .

Eh .

Buku #Chenta oleh Inche Gabbana kembali dibaca .

Diulang ulang baca beberapa cerita dalamnya .

Dijeling beberapa buah buku lainnya yang masih kemas berbalut plastik .

DIAgnosis2, Alif Lam Lam Ha dan novel novel Hilal Asyraf seperti berteriak memanggil manggil untuk diraih .

Mata kemudian diarah pada beberapa buah buku English lainnya yang dikebas dari Big Bad Wolf yang lalu di Mines .

Nafas berat dihembus .


"Teruskan dengan hobi membaca . Membaca itu cinta ." (KakAneem, 2015)


Mungkin inilah cinta ?

Cintaku untuk yang beberapa kian kalinya sudah.

Ehem.

Kalau tengok buku banyak banyak ni mesti ingat ibu . 

Ibu suka cakap, "Banyaknya sudah buku mu kakak . Ndak cukup cukup kah ?" 

Then aku mesti aku sengih dan jawab dekat ibu buku yang lain tu kan dah habis baca, carilah buku baru tambah bacaan lagi and ibu pasti akan geleng kepala .

Rindu pula tetiba .

Pandangan lalu ditebar ke sekeliling, hausmet yang budak nursing sorang dekat bilik hujung . Yang lain keluar .

Cantek .

Phone di sisi lalu diraih, diskrol skrin yang ada untuk mencari nombor yang hendak didail.

Setted .

Sabar menanti panggilan di hujung sana untuk bersambung .

Klik .

"Hello."

"Assalamualaikum ibu ."

"Waalaikumussalam . Kenapa ?"

"Ibu sihat?"

"Alhamdulillah, sihat . Kamu sihat?"

"Sihat . Ibu ?"

"Ehm?"

"Ibu, Selamat Hari ibu . Eheh ."

"Ya, Selamat Hari Ibu ."

"Ibu, Yun dakda hadiah mau bagi . Hadiah Yun doa jak ni bu . Yun dakda duit . Doa kan hadiah paling manis?"

"Ya, dakpa dakda hadiah . Semalam sini ada sambutan Hari Ibu . Diorang abang Hasyim buat ."

"Wahhh . Jadi apa jak lah dibuat?"

"Manada buat apa apa. Begitu gitu jak . Ibu dapat tudung. Dak seberapa cantik. Tudung bunga bunga."

"Hahaha, ibu boleh guna pigi pasar . In shaa Allah nanti Yun belikanlah ."

"Tunggu kau kakak daktau bila kau mau belikan."

"Ibu ni, nanti Yun sudah kerja ibu mau apa jak Yun bagi."

"Baguslah, jangan jak lupa ibu sudahlah ."

"Ibu ni, dak lah . Ibu sudah masak kah ni?"

"Baru mau masak, kamu sudah makan?"

"Dak payahlah risau, Yun okeh lagi . Hahaha . Ibu, mau maghrib sudah ni . Nanti lagi Yun telepon ibu ."

"Yalah, solat tu doa banyak banyak . Solat hajat, mohon dekat Allah ."

"Okeh ibu . Ibu jaga diri ."

"Kamu tu yang jaga diri. Ibu ni sudah tua, ibu tahu jaga diri . Kamu tu muda lagi . Kamu yang patutnya jaga diri."

"Hahahaha. Okeh bu. Assalamualaikum ibu . Kirim salam semua."

"In shaa Allah . Ya, waalaikumussalam ."

Tet.....tet....tet

Tanda talian sudah diputuskan .

Air mata yang tadi ditahan akhirnya mengalir .

Masyaallah .

Kepala dibenam ke bantal.



****



Telefon ditepi diraih.

Ruang notifikasi diperhati.

Tiada sebarang wasep masuk.

Sunyi.

Bukan lonely.

Tapi busy, busy dengan assignments yang kebanyakannya minta dihantar minggu hadapan.

Final exam yang mula melabuhkan tirai.

Dan nota nota yang bising untuk ditelaah sementelahan masa masih panjang.

Panjang?

Sebulan tu kira panjang?

*Tercekik*

Maaf.

Andai ada yang rasa terabai.

Em.

Bukan.

Aku sayang.

Sayangkan kamu.

Dan ukhwah itu.

Semoga dikurniakan waktu untuk bermesra macam hari hari lalu.

Maaf.

Aku sangat sayangkan kau.

Just, jangan tinggal aku.

Okeh?

Em, rindu.

*sengih sambil tahan ayaq mata*

Tarik nafas.

Hembus.

Komputer riba jenama Acer model Aspire E 14 menyapa pandangan. Allah, masih banyak lagi yang aku kena usahakan untuk disipakan.

Aku tak boleh biarkan markah dan purata aku turun lagi.

Cukuplah sem lalu mengajar aku.

Cukup juga zaman SPM menghentakkan kenyataanku.

Wajah suram itu, tidak akan ku biar suram akan aku terus berjuang untuk ceriakan.

Badan automatik bergerak mencapai komputer riba tadi, punat on dan off ditekan .

Password dimasukkan.

Terpampang keluar wallpaper dihadapan.

Sambungan wifi kemudian cuba ditekan . Kecewa. Harapan tinggal harapan kerana tiada satu pun sambungan yang boleh digunakan.

Allahu akbar .

Sabar.

Teringat kata kata Ustaz Rasyidi semasa program sempena Israk Mikraj semalam, "Orang yang bersabar dengan mehnah dunia, dia akan dikurniakan nikmat kesenangan."

Haaa, baik call ibu.

Telefon diraih dengan sengih.

Minggu ni belum call lagi, taknak ibu merajuk sebab lama tak call.

Taubat.

Cukuplah sekali last sem jadi, sampai pak yang call dulu.

Masa tu rasa macam, Allah derhakannya aku.

Well, kesilapan lalu mengajar kita . Kalau kita ulang lagi tu bukan lagi silap, tu degil. Eh.

Tanpa sedar panggilan bersambung,

"Assalamualaikum ibuuuuu."

"Waalaikumussalam."

"Ibu sihat?"

"Sihat. Kamu sihat? Okeh kah?"

"Sihatlah bu. Kalau dak pun kasi okeh jak."

"Dak okeh lah tu?"

"Mana boleh dak okeh. Kena kuat. orang mau poplet."

"Ameen."

"Ibu dirumah kah ni?"

"Ibu, banyak budak budak sekolah Yun dapat tawaran pigi luar negara. Macam kawan Yun yang dapat pigi India tu."

"Ouh, haaa . Haritu mak dia datang pasar. Dia bagitau yang bulan enam nanti anaknya fly pergi sana. Em."

"Ibu doalah untuk Yun, nanti boleh Yun sambung oversea jugak."

"Hari hari ibu doakan, tiga tiga anak ibu semuanya ibu doakan."

Tahan sebak.

"Hahaha . Yalah anak ibu kan tiga orang jak. Jadi Yun salah satunya kena kuat dan buktikan Yun boleh."

"Mesti. Abangmu katanya mau berhenti, balik kerja di sini jak."

"Lah. Sebatang kara lah Yun di bumi Malaya ni. Dakpalah ibu, ujian Yun mau berjaya."

"Kuat kakak. Ibu doakan selalu."

"Ameen ibu."

"Kakak, mau maghrib sudah sini ni. Nanti lagilah ya, assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Macam biasa, ayaq mata pun mengalir lepas otp dengan ibu.

Boleh tahan kawal emosi kalau calling dengan ibu.

Kah.

Kuat.

Ya kuat.

Dugaan apa pun melanda.

Kesusahan apa pun yang menimpa.

Yakin.

Pasti ada kesenangan yang menanti jua.

Esaimen yang banyak tu pasti akan siap jua.

Yakin.

Kesat peluh.

Fuh.

Senanya cuma nak cakap .

Satu je.

R I N D U .

Ibu, kakak rindu.

Pak, Yun rindu.

Abang, hai.

Tanto, jom gaduh.

Yang di KUIS tu, rindu . Sangat . Sangat . Sangat . Em . Nak hug? T.T

Ya Rabbi, Kau jagakan mereka untuk aku yang hina ini.

Jagakan mereka.

Aku sayang mereka lillah.

Mereka tiada, aku lost.

Lost dalam penjara dunia yang meratah mencuba untuk merosakkan iman di jiwa.

Ya Allah.

Aku rindu.

Jagakan mereka untukku.

Sayang semuanya, lillah .

No comments:

Post a Comment