Wednesday 20 January 2016

Hadir


le mau



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .

Salam sayang dari hati, salam sayang buat yang dekat di hati, salam sayang buat yang namanya sentiasa terpateri dalam doa insan marhaen ini.

Kasih,
Hidup ini penuh corak ceritera pelbagai warna yang ada. Begitu juga insan-insan yang ada di atas muka bumi milik yang Esa ini.

Hadirnya setiap insan dalam hidup kita punya makna tersirat yang Allah kirim buat kita hamba-Nya.

Kasih,
Hidup ini ujian buat kita. Berbuat baiklah selagi nafas mampu kau hela. Berbuat baik itu bukanlah satu kesalahan, tapi ketahuilah dalam kebaikan yang dilakukan itu pasti ada ujian yang akan Dia selitkan.

Bukankah ujian itu tanda sayang Tuhan pada kita? Tanda Allah itu sedang menguji iman hamba-Nya yang sedang membaca? Senyumlah sayang. Senyum. Senyumlah senantiasa kerna senyum mu mungkin menggembirakan orang yang melihatnya . Apatah jika senyuman manismu boleh 'dirasa' insan yang jauh jua.

Kasih,
Hadirnya insan ini. Ya. Yang menulis bait ini masih sesuatu yang belum pasti. Mungkin hadirnya hanya untuk mengajarkan sesuatu erti. Mungkin sebagai penemannya hingga saat nafas terkahir nanti. Kita sendiri tidak tahu perancangan dari Ilahi.

Semoga Dia dengar apa yang dipinta, semoga Dia makbulkannya semua. Semoga yang baik baik saja buatnya .




Salam sayang,
Marhaen hina .

No comments:

Post a Comment