Tuesday 28 July 2015

Kaver

le mau


Fuh .

Nafas turun naik mula turun tangga tadi . Langkah yang diatur sungguhlah tidak em sangat terabur .

Ya rabbi, aku berdebar .

Angin kuat lalu menghembus dan membuatkan tudung, jubah dan helaian hitam yang menutup wajah berkibar . Feeling nak terbang pun ada . Eh .

Ya rabbi, betulkah apa aku buat ni?

Pertama kali dalam sejarah, jalan keluar dari tempat berteduh a.k.a rumah dengan sehelai kain bernama . Niqab .

Gulp.

Dari tadi orang asyik dok pandang ni . Rimasnya .

Beberapa langkah lagi nak sampai bus stop .

Tiba tiba pandangan jadi gelap .

"Nak, bangun nak . Bangun nak ."

Terasa badan ada yang goyangkan .

Ouh, aku pitam .

Ankle? Okeh terseliuh again .

Terlihat ada seorang pakcik, dia tolong bangunkan . Dengan berhati hati .

Gulp .

"Pakcik, boleh tolong hantarkan pergi bandar ? Turun dekat pejabat pos . Boleh ?"

"Boleh boleh . Naiklah nak ."

Em . Pakcik yang menolong tu dia bawa kereta hantar hantar orang (orang LDU panggil pirates dunno why tapi cemtu lah well orang cari rezeki en cara diorang lah)

Sepanjang perjalanan, tetiba ....

"Anak orang batu 1 jugak kah ?"

"Ouh ha'ah . Orang batu 1 jugak pakcik ."

"Sebelah mana tinggal ?"

"Ehm . Dalam pakcik . Sebelah dalam ." (patut jawab lorong banjir tapi aku just taknak orang kenal aku kah dan LOL)

"Ouh . Dalam, ndak pernah nampak anak ni."

"Hahaha . Saya baru balik pakcik, tengah cuti sem . Belajar di Semenanjung ."

"Ouh, patutlah."

Lalu suasana menjadi senyap sunyi sepi sampailah ke Pejabat Pos Lahad Datu, duit dikeluarkan dari wallet setia since lepas SPM lalu beberapa keping not ringgit Malaysia dihulur pada pakcik tersebut dengan ucapan terima kasih langkah lalu ku atur ke kaunter Poslaju untuk melakukan transaksi penghantaran barang kepada insan insan sepatutnya .

Langkah kemudian diatur ke sebuah mall, Darvel Plaza orang LDU panggil sebab nak cari power bank em sebab aku dah kena bebel bebalik cas phone takdak so I've decided to buy one .

Kaki terus berjalan seperti biasa .

Yang beza hanya, pandangan manusia manusia disekelilingnya .

Ya .

Pandangan itu .

Pandangan yang buat dunno, pandangan seperti baru nak nampak orang em okeh .

Tu yang tertutup .

Penuh .

Fully covered .

Kalau yang half covered ?

Hijab pin stail skirting + Tight Jeans + Blouse ikut body = ?

Kita (girls) dunno cara mereka (boys) look on us .

Who says yang tertutup fully covered tu depa pandang hujung mata ja ?

Who says yang terbuka seksi tayang sana sini tu depa pandang penuh suka ?

I might be wrong here, but yet it is the fact . Fakta dunia sekarang .

Islam itu awalnya datangnya adalah asing, dan akhir hujungnya juga ia akan kembali asing . Maka beruntunglah mereka yang tergolong sebagai insan insan yang asing .

Mereka yang berpakaian bertutup ikut tuntutan Quran dan sunnah itu lebih dipandang dan menarik perhatian berbanding mereka yang berseksi meksi menampakkan peha betis dan em okeh taknak cakap .

Sebab golongan sebegini kian berkurang . Kian pupus . Kian hilang . Sebab yang macam ni lah orang akan cakap, rare . What ? Rare ? I mean jarang jarang sebab yang jarang jarang dilihat ni yang lebih menarik perhatian . Kan ? Jap, macam lagu Mawi pulak .

Ehem .

*betulkan spec*

'Weh, orang sekarang mostly pakai dress kot ? Pakai jubah . Shawl besar besar . Okehlah tu . Stay modesty apa .'

Yeah .

Memang ah banyak yang berjubah sekarang :')

Banyak yang pakai dress sekarang :')

Banyak yang pakai shawl besar besar lah sekarang :')

Tapi kalau jubah dan dress tu yang jenis kain Lycra tu, kain bergetah ikut badan apa semua bakpe pakai sebab still nampakkan bentuk badan . Tu kira modesty ke ?

Tudung labuh shawl besar tapi kalau kain nipis nampak leher tak guna inner tu kira modesty ke ?

Am not saying that am perfect enough dalam berpakaian tapi well kita, YES kita hendaklah sentiasa beringat .

Em .

*nangis bawah meja*

Gais .

Dekat muka bumi ni bukan hanya ada wanita, ada juga para lelaki jua .

Kita pandai jaga, diorang pun akan menjaga .

Jaga apa ?

Girls, jaga kehormatan diri dengan menutup aurat sebaik baiknya . Boys, jaga akan pandangannya .

Senang bukan ?



"Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. dan hendaklah mereka meneutupkan kain kerudung ke dadanya..."
(Surah An-Nur, 24: 30-31)



*betulkan spec*

Jadi seorang Islam ni senang, hanya perlu jadi sebagai islam .

Islam (kata nama)

islam (kata kerja)

Jadi seorang Islam bukan hanya pada nama dalam ic letak Islam then ngaku, 'Ya . Aku Islam' yet kita kena tunjukkan . Tunjukkan diri tu memang sentiasa islam .

Apa yang Dia sudah nyatakan dalam Quran tu mandatori .

Ya, maka ya .

Jika tidak, maka tidak .

Jangan complicatedkan diri . Islam itu mudah, cuma manusia saja yang membuatkan Islam itu nampak susah :)

Tutup aurat bukan bermakna kena terus berjubah labuh abaya tudung bidang besar 60' haaa .

No !

Nak bergaya boleh, nak pakai shawl apa semua boleh tapi pastikan pakaian yang hendak diguna tu menepati segala ciri ciri yang telah Allah tetapkan dalam surah An-Nur tadi .

Boleh ?

Boleh .

One thing at a time .

Mula mula pakai longgar longgar, baju seluar longgar :)

Then tudung yang kain dia nipis tu nak pakai pakailah tapi cuba biasakan diri guna inner, yeah inner so bila pakai leher tak nampak :)

Dah okeh, mula pakai stokin dan handsocks :)

Macam tu pun dah enough dah . Apa yang penting ikut garis panduan yang Allah sudah tetapkan .

Ingat, Islam itu mudah dan tidak pernah membebankan ummatnya . Kita saja yang membuatkan Islam itu nampak susah sebenarnya .

Ahaaa .

Yes .

Lelaki pun kena jaga aurat .

Kadang orang hanya dok hentam golongan Hawa, golongan Adam pula ?

Sengih .

Awak, ye awak .

Nak bersukan tu tutuplah lutut tu eh . Lutut tu kira aurat .

Baju seluar pun jangan nak sendat sangat nak tunjuk ketul ketul muscle tu takpe tak tunjuk pun takpe .

Bukan awak je kena jaga pandangan, perempuan pun okeh . Habislah nanti gegadis yang nampak awak tu mula bising "Abam hensem, yomked" nanti awak terdengar awak kata gedik tapi dah awak tunjuk macam tu em keh

Aku cakap je eh , aku cakap je .

*betulkan letak duduk spec*

Dalam dunia yang serba moden (konon) ni , jangan hendak ikutkan fesyen sangat nak hipster sana sini snap atas depan belakang upload ig masuk muka buku tuit dekat burung kicau .

Selfie semua tu hang simpanlah, simpan untuk yang sepatutnya .

Okeh tang tu cliche . Jap, cliche ke ?

Senyum .


Ikut agama, pasti kau bahagia .

Kejar akhirat nanti dunia pula akan ikut sama, andai hanya kejar dunia nanti akhirat nangis taknak ikut dah em .

Duhai gadis gadis agama, jadilah kau kuntuman harum wardah di dunia dan syurga-Nya yang diidamkan para adam yang soleh .

Duhai jejaka jejaka agama, jadilah kau pejuang agama yang mampu memimpin bidadari dunia dan keluarga mu ke jalan jannah-Nya .

Penulisan yang ni macam em hambar .

Ambil yang jernih buang yang keruh .

Semoga memperoleh ibrah .

Adios .


No comments:

Post a Comment