Thursday 30 July 2015

Har-Tee

le mau


"Kak Mei, kamu tahukah si Ana sudah kahwin ."

"Ana mana lagi ni ibu . *sambil kupas bawang* "

"Ana ne mbokde Jum sampean . (baca; Ana makcik Jum mu)"

Zappp.

Electric Shock.

Lagu f(x) macam tengah mengiang ngiang dekat telinga .

"Bila di kahwin ibu ? Yun daktau pun ."

"Haritu, bulan dua ndak silap . Dia kahwin dulu, baru abangmu . Ibu dakda bagitau ya? Ibu lupa lah tu . Mengandung jugak dia sekarang ni ."

"Awalnya diorang kahwin . Si Nurul sudah kahwin, si Ria pun . Si Susi lagilah awal kahwin . Memasing sudahlah muda dari Yuyun kecuali si Ria sama si Susi lah . Ha Ha Ha ."

"Budak sekarang, tahunya Huhu Haha dengan lelaki . Dak pikir ibu bapa diorang . Keluar sana sini naik motor berdua dengan lelaki . Kadang salah ibu bapa juga, bagi lesen sangat anak keluar suka hati . Begitulah jadinya, kahwin awal . Tu dakpa, okeh lagi . Kalau yang terlanjur, dak kesian ibu bapa sungguh . Penat-penat dikasi besar susah payah dibalas begitu . Haih dunia sekarang ."

Diam .

Bawang yang ada masih terus dikupas . Kini beralih dengan halia pula .

Em . Wanginya bau halia .

"Kak Mei ."

"Em . Apa ibu ?"

"Kamu jangan kahwin awal awal . Belajar dulu, lepas belajar kerja . Nanti sudah kerja kumpul duit . Beli rumah, kereta semua ."

Angguk .

"Okeh ibu ."

"Nanti sudah kerja kumpulkanlah duit . Pakmu bukan makin muda, sekarang pun sudah 60 lebih . Dak dapat bagi naik haji, kalau dapat naik umrah pun ndakpa . Kita bukan orang mampu macam pakcik makcik mu . Biarpun bapamu yang sulung, tapi em ibu malas mau cakap ."

Tahan riak muka .

Tahan air mata .

Ibu, kakak dah niat benda tu . Ibu jangan risau . *dalam hati sambil tahan sebak*

"Ibu, doakan Yun untuk dean list tiap sem . Belajar lillah terus . Nanti lepas graduate Dip doakanlah Yun dapat sambung IPTA, oversea kah siap bantuan biasiswa . Nanti Yun jadi orang Yun janji dengan ibu, apa ibu mau ibu bagitau jak Yun . Ya ?"

"Ameen . Hari-hari ibu doakan . Dak payah kasitau ibu memang doakan . Kak Mei, jangan simpan dendam ya nak . Suatu hari nanti Dia akan tunjuk jugak tu ."

Sigh .

"Okeh ibu . Ibu, menang dak boleh kahwin awal kah ?"

"Kau jangan mengada ngada kakak . Kerja dulu, lepas kerja apa semua baru pikir kahwin . Nilah budak sekarang ni, pikir kahwin jak ."

"Hahahahahaha . Ndak bah . Ya, ya . Belajar, lepas belajar kerja . Lepastu hantar ibu sama pak pergi Mekah . Okeh ?"

"Haaa . Begitu baru betul . "

"Ibu, mau buat apa bawang ni lepas dikupas ni ?"

"Lempar pergi parit di belakang tu . Manatau tumbuh ."

"Ibu ni, ada lagi begitu . Cuci lah  bah ."

"Betul cakap abangmu, kadang budak yang pandai pandai ni benda simple pun dia dak boleh pikir . Lepas dikupas cucilah . Kasi bersih . Sinilah ibu cuci, tunggu kau kak Mei memang dak siap ibu buat kerja ."

Sengih


***


Hati .

Apesal aku rasa macam, dengki .

Dengki orang lain dah kahwin dulu .

Dah prengnant .

Dah ada baby .

Keh .

*raup muka*

Astaghfirullah .

Dengki tu maksudnya ada masalah hati . Aku patutnya bahagia bila tahu diorang dah kahwin .

Diorang yang dah kahwin tu maksudnya jodoh diorang dah sampai .

Rezeki diorang bermanis-manis sebagai zauj zaujah . Rezeki juga buat yang tak kahwin lagi, rezeki bermanis-manis dengan ibu bapa sendiri .

Kan ? :')

Tapi .

Haih .

Siapa yang tidak mahu bahagia ?

Lagi-lagi bahagia bersama insan yang dia cinta (proper kah ayat ni er) .

Fitrah manusia, ingin disayang serta menyayangi .

Tapi sedarkah, bagaimana fitrah itu disalurkan ?

Berpaksikan suruhan Ilahi atau hanya berpandu nafsu yang keji ?

Kadang yang bahagia tu tidak kekal lama, bukan bermaksud semua perkara bahagia tu tidak kekal .

No !

Just, takut bahagia yang tengah dirasa tu akan jadi penyebab hancur-luluh-hati-berkecai-luka ambil masa lama nak pulih semula macam sediakala .

Ouch .

Sengih .

Nak suka, sukalah .

Nak sayang, sayanglah .

Tapi ingat, sayang yang kau ada yang kau bagi tu takkan dapat lawan sayang yang Dia bagi pada kau, hamba-Nya .

Bila last kita solat awal waktu ?

Bila last kita belek Al-Quran siap sekali tadabbur ?

Bila last kita bangun malam untuk tahajud ?

Bila last tiap kali lepas solat kita stay lama-lama zikir dan nangis penuh syahdu sebab kenangkan sikap kita pada Dia yang satu ?

Bila ?

Kita nak Allah makbulkan doa kita sekelip mata, kita minta itu ini dan semua .

Tapi Dia tak minta banyak, Dia cuma minta patuh pada perintahnya .

How come Allah nak direct makbulkan doa yang kau pinta pada-Nya direct on the spot kalau hati kau tu, ya H A T I tengah bermain madu kasih pada makhluk-Nya bukan Dia ?

Harapan dalam hati kau dah berubah .

Kau letak pengharapan kau dengan salah .

Hati .

Jangan mengharap pada manusia .

Mengharaplah pada Allah Taala .

At least bila apa yang kau harap tak jadi kau ada Dia untuk kau luahkan segalanya sebab pengharapan yang sediada tu kau serah bulat-bulat pada Allah .

Senyum .

Gais .

Semua dari Dia, serahkan pada Dia .

Segalanya back to the basic .

Kembali pada fitrah .

Fitrah kita adalah kembali pada Sang Pencipta Yang Esa .


"Sesungguhnya di akhir yang nyata setiap nyawa kan kembali pada-Nya .
Dihimpun dihitung semua ."
(Hijjaz)


Tahu .

Kita manusia .

Kita tak boleh nak deny rasa yang tengah berbunga .

Paham .

Cuma nak ingatkan, semua tu takkan kekal .

Yang kekal hanya bila kita cintakan Ilahi saja .

Rasa cinta dalam hati tu sebenarnya hanya sebagai tanda ukur pembantu masuknya kita ke syurga atau tidak .

Bila rasa cinta yang ada, sayang yang ada tu lillahi taala .

Ingin bersama hingga ke syurga .

Sebab tu, semua serah pada Dia . Berharap hanya pada-Nya . Bukan pada manusia .


"Jangan build up cinta or sayang and apa apalah tingi-tinggi. Kalau tak jadi nanti sakit teruk." (Bae, 2015)


Okeh ?

Okeh .

Jap, aku sebak tetiba ni kenapa ?

Hahaha .

Okeh, abaikan part sebak .

Kepada yang telah selamat diijab kabulkan, semoga kalian kekal ke anak cucu hingga ke syurga-Nya .

Kepada yang tengah bertunang, nak jumpa bemadu kasih pegang tangan please don't belum masanya lagi .

Kepada yang tengah berkasih, gais jangan lupa ada yang patut anda lebihkan rasa kasih tu . Siapa ? Family .dan sahabat-sabahat .

Okeh tertinggal .

Buku jugak (baca; ilmu) .

Ingat, tak halal lagi tu .

Tetiba rindu bae .

Masyaallah :'(

*nangis*

Ehem .

*betulkan spec*

Kepada yang mencari, semoga permata yang dicari tu permata asli dan boleh digilap sama kemudian berharga boleh sama sama jadi tiket ke jannah . Em .

Kepada yang rasa dia lonely, sini jap nak ketuk kepala kau jap .

*Ready tukul*

Jangan nak lonely sangatlah, apa guna kau sebut syahadah bila kau cakap lonely sedangkan hakikat sebenar kau punya Dia yang takkan pernah buat kau bertepuk sebelah tangan pun . Tahu !

Btw, nak rawat hati yang sakit tu tak susah . Dekatkan saja diri pada yang Esa, in shaa Allah nanti sembuh semula .

Tapi, masa .

Masa untuk recover balik tu tatau berapa lama .

Heh .

Ini lebih kepada peringatan untuk diri .

Diri yang aku rasa dah lalai kini .

Kot .

Kotlah .

Mari sama-sama kukuhkan balik iman dalam diri .

Mari .

Allah takkan pernah kata lambat untuk kita kembali menjadi hamba yang dalam hati hanya syurga sebagai misi .

Ya, misi .

Misi mencari reda Ilahi .

Ya rabbi, kau tetapkan sesuatu untukku yang Kau redha akannya untukku . Kedua ibu bapaku turut redha akannya untukku . Dan permudahkanlah ia untukku .

Allahumma ameen .

Benarlah, apa yang telah dikata . Penantian itu suatu penyiksaan .

Solat bersamanya atau disolatkan dulukah kita ?

Hanya Dia yang tahu .

Kita manusia hanya merancang tapi semua Allah yang tentukan .

Semoga bahagia buat semua .

Takbir !

2 comments: