Friday, 18 September 2015

2: 286


le mau

15th September 2015, somewhere in Linton University College

---2.30am

Kedengaran bunyi ketukan pintu . Jam di tangan kemudian dikerling sebentar, 'Ouh dah pukul dua lebih' . Mata yang mengantuk kembali digosok . Langkah diatur kemas menuju ke pintu .

"Eh, tak tidur lagi ?"

"Dah, lelap kejap ni mau sambung buat kerja lah ni"

"Ouh, bah bah. Aku pun sama, banyak lagi kerja ku ni."

"Haha . Okay then ."

Pintu ditutup .

Langkah diatur ke meja terletaknya laptop dan phone yang menjadi peneman seorang bakal jurutera awam-in shaa Allah-doakan-Ameen .

Noti dibuka . Tiada wasep dari insan yang ditunggu . Tidur lah tu .

Tangan dibawa ke mulut untuk menutup mulut yang dah menguap untuk ke sekian kalinya .

Ya Allah, ngantuknya . Tidurlah . Agak tak siap aku haih pepandailah aku curi masa nanti .

Pandangan ditala pada hausmet sorang yang turut sama tidur di ruang tamu, masyaallah lena sungguh.

Menguap lagi .

Duh, badan aku penat sungguh ni . I need a nap. Kejap je lah dalam setengah jam em.

Laptop dibiar dalam keadaan sleep mode, phone dibawa bersama diletak di tepi bantal lalu badan terus direbahkan pada katil bersebelahan dengan meja belajar .

(katil aku letak luar memang bersebelahan dengan meja study pandai pandailah nak imagine . Kah)


---4.59am

Astaghfirullah alazim. Lamanya aku terlelap.

Langkah ku atur menuju ke bilik air, pili air dibuka dan air dibiarkan mengalir pada anggota wudhu' yang sepatutnya .

Phone diambil semula, noti turut dibuka .

Still.

Takde wasep baru .

Senyum .

Takpelah, busy kot .


---6.20am

Duh, terlelap balik dan tak dengar azan subuh . Teruknya lahai perangai .

Mata kemudian disapa pada sliding door keberanda, terbuka .

Langkah diatur untuk menutup pintu tersebut .

Ni mesti diorang basuh kain lepas sidai lupa tutup balik, em .

Langkah diatur balik pada katil untuk mencari phone.

Cari.

Cari.

Cari.

Wait.

Pandang sebelah kiri.

Okay, laptop aku . Charger dia sekali .

Brain brain brain .

Otak, please function well and do interpret what had happen .

Okay .

Laptop dan phone hilang + sliding door terbuka tanpa sebab = pecah masuk .

Okay rumah kena pecah masuk .

Langkah diatur ke bilik tempat hausmet yang lain tidur .

Laptop diorang still, phone pun .

Keluar .

Tengok hausmet yang tidur sama dekat luar, okay phone dia pun still .

Aku je kena .

Okay .

Keluar ke beranda .

Tengok bawah .

Masuk balik .

Duduk atas katil .

Diam .

Satu debaran besar dekat dada . Ni bukan debaran jatuh cinta . Ni debaran macam macam rasa berbaur sedih bersalah menyesal semua ada .

Ibu, pak ...

Sigh .

Okay, subuh dah kan .

Okay, solat dulu .

Solat dulu .

Tarik nafas dalam dalam .

Hembus .

Allah takkan uji kau macam ni kalau kau tak mampu .

Sabar .

Langkah diatur ke bilik air, anggota wudhu' dibiarkan kembali basah dengan air .

Sejadah dibentang .

Telekung di kepala dikemaskan .

Takbir diangkat .

---

Nak kejut ke tak, kejut ke tak .

Ah mandilah dulu .

Tuala dicapai .

Pintu bilik air dibuka .

---

"Ada kelas pagi tak?"

"Emm"

"Ada kelas pagi tak? Dah pukul 7 lebih dah, bangun kalau ada kelas pagi"

"Ada"

Selimut dibentang .

Plug iron dipasang pada soket extension yang ada .

Seluar diletak pada selimut yang dibentang, peng-iron-an seluar dimulakan .

"Em, rumah kena pecah masuk"

"Huh?"

"Rumah kena pecah masuk tadi subuh, phone dan laptop aku hilang kena curi sekali"

"La ilaha ilallah . Bila ?"

"Tadi subuh aku sedar "

Senyum .

"Kau okay tak ni ?"

Senyum .

"In shaa Allah . Aku okay ."

Ibuuu ..., em .

---

"Weh, nanti teman jumpa Mdm."

"Esaimen dah siap ke? Harini kita present kan."

"Rumah aku kena robbeb . Laptop phone aku hilang ."

Diam .

Tetiba mata dan pipi basah .

Ah sudah .

"Takpelah, nanti kita jumpa Mdm. kita minta excuse ."

"Teman aku jumpa Dr. Iman jugak, esaimen geotechnical eng. aku tak sempat hantar lagi ."

"Tak hantar lagi ?"

*geleng* *mata leleh lagi*

"Okay, nanti aku teman . Ajak yang lain sekali, I mean bebudak group kita."

"Okay."

---

"Pinjam phone jap, boleh ? Nak bukak twitter ."

"Gunalah."

Jari dilarikan pada icon twitter .

Username dan password dimasukkan .

Terpampang akan akaun sendiri .

Jari terus ditala pada icon untuk direct message .

Tarik nafas .

Ayat demi ayat ditaip .

Satu keluhan berat dilepaskan .

Harap diorang tak risau .

Ibu, pak .

Tak bagitau lagi . Lepas kelas ah .

Ya rabb, kuatkan aku .

---

"Tadi pak kau called . Tapi aku dekat kelas ."

"Eh. Pak aku cakap apa ? Dah tu kau jawab apa ?"

"Pak kau tanya, kau ada ke tak. Then aku cakap kau kelas, lepastu pak kau cakap nanti malam dia call."

Diam.

"Gunalah phone ni, aku tau kau nak call parents kau . Guna je, aku paham "

"Thanks."

"Sokay, jangan nangis masa calling tu ."

"Hahaha. Tengok ah cemana."

Nombor didail, panggilan ditunggu penuh sabar untuk bersambung.

"Assalamualaikum pak."

"Waalaikumussalam nak . Ni ibu mu mau bercakap ."

"Assalamualaikum kak mei."

"Waalaikumussalam ibu . Ibu ..."

Air mata yang tadi ditahan akhirnya tumpah.

"Sabar ya kak yun. Anak ibu kan kuat. Kuat ya nak. Ndakpalah, nanti ada rezeki lain adalah tu ya. bukan rezeki kakak."

"Okay bu."

"Jangan nangis."

"Manada Yun nangis *kesat air mata* . Haha ."

"Janganlah nangis . Ujian ni semua . Banyak banyak doa . Mudahan dimurahkan rezeki . Nanti boleh beli phone baru . Senang kalau ibu atau dia mau telefon kan ."

"Allahumma ameen ibu . In shaa Allah ."

"Kalau phone ibu mampu, kalau laptop ibu tak mampu lagi ya kakak. Sabar dulu ya. Bayaran ansur ansur untuk laptop tu pun dak habis lagi."

"Ndakpalah ibu, library ada. Yuyun boleh buat kerja sana. Jangan risaulah. Yuyun okay."

"Dah dah, jangan nangis . Doa . Istighfar banyak banyak . Baca ayat kursi . Jangan tinggal ibadah sunat . Baca Quran kakak, bagi tenang hati."

"Em, ahad Yun pergi Perak tu ibu . Doakan Yuyun ."

"Hati hati."

"Okay ibu, ibu . Yun sayang ibu."

Akhirnya .

Ego jatuh .

"Iya, dah dah . Jangan nangislah . Kuat sikit ."

"Hahaha . Ya bah . Kuat ."

"Haaa kakak, nanti esok esok lagi lah ya bercerita ."

"Okay ibu."

"Jaga diri, jangan stress stress . Ingat . Semua ni ujian . Kakak kena kuat . Ingat tu ."

"Ya ibu ."

"Dah, assalamualaikum."

"Waalaikumussalam ."

Ingat .

Ini semua ujian .

Bukankah ujian itu tanda sayang Allah .

'Meil, ingat 2: 286'

Okay.

2: 286.

Allah takkan uji kita melebihi dari kemampuan kita .

Ujian ini bermakna aku mampu .

Ujian ini akan jadi pahala andai aku sabar dan bersyukur .

Bukankah syukur itu tanda merendah diri kita pada Maha Pencipta yang Esa ?

Senyum .

Mungkin pada barang yang hilang ada hak orang lain, takpelah biarlah .

Allah lebih tahu apa yang terbaik .

Semoga diberikan yang lebih baik daripada yang telah hilang .

In shaa Allah .

Ya Rabbi.

Terima kasih .

Atas rahmat ujian yang Kau beri .

Ada nikmat lain yang aku sedari .

Nikmat tsiqah dalam menjadi hamba-Mu .

Nikmat dalam merasai diri sebagai hamba kepada-Mu .

Terima kasih Allah .

Ingat nak masuk syurga tu senang ke ?

Kau ngaku beriman terus masuk sana ?

No .

Ujian itu akan menentukan akan keimanan kau .

Yes? Yes .

Mungkin ujian aku tak seberapa nak dibandingkan dengan mereka yang di Tanah Suci sana .

Dah kata, Allah takkan uji kita melebihi dari kemampuan kita .

Tahap ujian dari Dia pada hamba-Nya itu berbeza beza .

Semoga kalian juga kuat dalam menghadapi ujian dari-Nya.

Senyum .



***

Kepada ibu dan pak, terima kasih sebab jadikan kakak orang yang tabah dan sabar . Mungkin didikan untuk bersederhana hidup dalam keadaan yang kita ada sekarang ni banyak membangunkan .

Kepada yang ada di KUIS, enti terima kasih atas kesudian enti untuk terus dengan ana bagi semangat dekat ana . Ana sayang enti sangat . *peluk*

Kepada yang ada dekat IPG KL tu, terima kasih atas sokongan mu . Jumpa nanti spend aku kepci yeayy .

Kepada saudara sahabat usrah, terima kasih atas kebaikan dan keprihatinan yang ada, sokongan mental kalian juga . Terima kasih . Rasa diri ini kecil sangat dengan kebaikan yang kalian berikan .  Terima kasih . Semoga syurga Allah berikan kepada kalian . Semoga kita semua istiqamah dalam meraih kemenangan .

Kepada saudara sahabat Asylum, terima kasih atas doa dan kebaikan kalian juga . Terasa diri disayangi seketika . Haha . In shaa Allah, esaimen settle nanti ada entri baru untuk TA . Tau .

Kepada dia yang tengah busy memanjang tu, terima kasih juga *sengih*

Kepada semua, terima kasih .

Nah, ambil bunga .

*baling roses*

No comments:

Post a Comment