Saturday, 29 March 2014

Manusia

le seri

 
 

Matahari galak memancar . Tapi air humidity kat bumi FELDA ni tinggi , sampaikan kat rumah pun sejuk je . Macam pakai penghawa dingin . Lewls .

“Semut semut bekerja tanpa henti dari pagi . Cuma aku je yang letih berdiri ,”  bisik Deen . Sesi mentadabbur alam bermula .

Melihat si kecil hitam yang bekerja dalam kumpulan dengan gigih dan semangat , Deen jadi malu . Malu kerana tak serajin itu . Malu sebab tak sekuat itu . Malu sebab selalu jatuh tersungkur .

Mata terlihat akan tegapnya sang pokok berdiri . Si akar membantu mencengkam tanah , menghirup nutrient dan air . Daun daun membantu membuat makanan . Sungguh , ini indah .

Mata terarah pada manusia yang lalu lalang di hadapan rumah . Tiba tiba dada terbakar . Teringat dengan kata kata , teringat akan bisik bisik .

“Semua manusia mungkin saja sama . Apa yang diorang mampu cuma bercakap dan terus bercakap tanpa memikir hati hati yang tergores .” Nafas dihela berat . Bibir diketap . Teringat kejadian dua tiga hari lepas .


*****

“Kenapa jadi macam ni ? Apasal teruk sangat ? ingatkan dapat banyak . Terkejut tau tak ,” kata Mak Chaq Teh .

“Tulah . Kalau diikutkan boleh dapat banyak lagi . Tapi takde usaha . Ni lah makan dia ,” sambung si ibu kepada tuan punya cerita .

“Dah dah . Tutup cerita . Tolonglah ,” Deen menggumam perlahan sambil tangan mencapai kuih diatas piring .

****** 

“Kakak , teman Kak Ila pergi pasar malam kejap .”

Geleng perlahan .

“Lah kenapa ? Boleh lah cari makanan lain jugak .”

Geleng lagi .

“Haih . Nak suruh pergi pasar malam pun susah .”

“Yelah .”

 
Kesannya , nyaris nak melanggar seeorang rider .


*****

Deen tersenyum sendirian . Terfikir , mungkin kalau dia langgar saja orang itu , dia juga akan dihantar ke hospital . Telinganya akan berhenti mendengar kata kata ‘peguam peguam’ di rumahnya . Hatinya mungkin akan lebih tenang , nafas juga tidak seberat selalu . Kepala digeleng perlahan .

“Dengan mengingati Allah , hati kau akan tenang . Kau bukannya tak tahu , cuma kau tak mahu . Tak mahu berserah . Biarlah orang nak kata apa ,” teringat pesanan Maya tempoh hari .

“Tapi , aku dah penat . Aku rasa , kata kata diorang tu ibarat batu berat yang menghempap dan menghempap dan terus menghempap tanpa ada belas kasihan walaupun sebesar zarah . Hati aku dah luka berdarah . Teruk . Aku dah letih ,” Deen membalas dengan mata redup memandang langit .

“Diorang bukan tuhan . Apa saja yang diorang cakap , kau dengar tapi jangan simpan dalam hati , takut jadi dendam nanti . Ambil ayat ayat tu jadi cabaran , supaya kau lebih kuat nanti ,” Maya mengusap bahu Deen .

‘Maaf Maya . Aku tak boleh berkata tidak untuk perasaan yang satu tu ,’ Deen tersenyum kelat memandang muka gojes Maya .

“Walaupun diorang bukan tuhan , tapi diorang menghukum aku , tanpa usul periksa ,” Deen berbisik sendirian .


“Bila agaknya , aku menjadi seperti burung burung ini ya ? Bebas melakukan apa saja , tanpa ada yang menghukum ,” sambung Deen .

 
“Akan masuk ke syurga orang orang yang hati mereka seperti hati burung (yakni benar-benar berserah dan percaya kepada jaminan Allah pada dirinya)” Riwayat Muslim

 *****

Alhamdulillah , kini aku mampu bangun dari zaman kejatuhan . Berusaha untuk menjadi yang terbaik . Mungkin sekarang aku dah menghampakan semua orang , satu hari nanti aku akan jadi anak yang mebanggakan . Kalau tak di dunia , aku sambung di akhirat .

 Dekatkan diri dengan Allah . Percaya Allah punyai perancangan yang lebih baik dari kita . Apa apa yang jadi tu , mestilah ada hikmah . Hikmah tu kompem cecomel belaka . Buka hati , buka minda . Terima segalanya .  

 Mungkin ada satu masa , kita akan rasa memakai earphone didapur , di rumah , di mana mana sahaja kita pergi , akan menjadi keputusan yang paling baik untuk saat itu , just proceed . Mog kesabaran kita tak berpenghujung ibarat untaian tasbih .

 Mungkin akan ada satu masa , kau rasa nak senyum sebab terlampau sakit . Senyum je terus , biar orang nampak kau kuat walaupun hati kau sebenarnya dah hancur .

 Manusia bukan tuhan .

 ******

Nota kasut – ini hanyalah karya picisan yang tak mempunyai hala tuju  . Aasif atas segala khilaf .

No comments:

Post a Comment