Friday 3 January 2014

Mehnah Tu Bukti

le seri

Awan mendung sudah berarak pergi . Yang tinggal hanya sisa sisa baki air hujan yang tadinya membasahi bumi Allah ini .Matahari mula menampakkan rupa kembali . Meski cahayanya tidak sekuat tadi , tapi dia masih cuba untuk menerangi bumi Malaysia yang kian beransur petang ini .

Durra mengeluh perlahan . Dugaan apa lagi kah ini ? Tangan diletakkan ke bahu . ditepuknya perlahan bahu itu .

"Durratun sayang , kau tak boleh tersungkur lagi . Kau kata kau dah kuat . Setakat cinta manusia tu , buat apaa nak dikisahkan ? Kalau ada jodoh , tak kemana . Yang kau kena kisahkan sekarang adalah cinta Dia . Dia yang sentiasa menyanyangi dan mengambil berat tentang kau . Dia yang sentiasa menjaga kau . Dia yang tidak tidur dan tidak makan . Dia yang Maha Mengetahui , Maha Pengasih lagi Maha Pennyayang . Yang itu yang paling penting sekarang."

Kata-kata sendiri untuk diri sendiri . Sesi mengcomfortkan diri .

"Kau sendiri yang kata , mati sedang mengekor rapat belakang kau . Tapi fokus kau masih pada si jodoh yang jauh ke depan . Tak sempat kau pandang cermin pandang belakang , tak sempat nak alter cermin sisi . Mati nak melanggar kau . Masa tu , apa yang kaau boleh buat ? Baru nak bertaubat ? Baru nak berubah ? Baru nak beramal ? Dah tak sempat dah masa tu . Cuma boleh berdoa agar kau mati dalam husnul khatimah."

Senjata makan tuan . Durra menarik nafas panjang . Cuba ditenangkan perasaan yang bergelojak. 

                                                                    **********


"Maya , are you there ?"

"Tak . Memancing kat bulan  ni. Hahahaha"

"Maya . T.T"

"Ehh . Kenapa ni ?"

"Sedih . Sebak . Stress . Entah . Haih"

"Pasal tu ke ? Kau boleh . Tu perasaan yang dipandu nafsu . Mujahadah . Kuat Durra . Kita kan future dai'e . Bakal khalifah . Kena kuat . Benda macam ni hanyalah ganggu gugat iman . Durra . Enti boleh . Kuat."

                                                                      ********** 


"Maya .Maya . Maya . Aku . Sayang . Kau ."

"Durra . Durra . Durra . Ana uhibbuki jiddan . Fillah . Indeed ."

"Aku . Nak lari dari dia . Nak pergi dekat Dia ."

"Itu semestinya . Dia yang di sana belum tentu ingat kau . Tapi Dia yang di atas tu sentiasa ingat kau . Dia kasihkan kau. Tu kau dapat mehnah yang macam ni. Ujian tu tarbiyah dari Allah sayang."


"Doakan aku ."


"Aku sentiasa doakan kau sayang . XOXO"

                                                                         **********


Allah takkan uji hambaNya melebihi keupayaan mereka . Allah tu kan Maha Mengetahui . Dia sentiasa tahu kemampuan setiap hambaNya .

Dan ingat ! Mehnah tu BUKTI . Bukti cinta Allah kepada hambaNya . 

No comments:

Post a Comment