Thursday 2 January 2014

Moh Jadi Lejen

le seri


Setiap kerdipan mata terkandung sebak. Saat ini, bila-bila masa sahaja air mata boleh menitis. Hati cuba dipujuk meskipun sudah hampir lumpuh. Namun, bibir masih tegar menguntumkan senyum.


"Nak jadi qowiy, bukan senang. Perlu dididik dengan mujahadah terlebih dahulu. Dan nk mujahadah juga bukannya sesenang makan aiskrim. Nak mujahadah, kena jauhkan futur."

Teringat kata-kata naqibah sewaktu dahulu. Khayla mengeluh.


"Wahai hati, aku tertanya tanya adakah kau sudah cukup kuat untuk menjauh dari futur ? Adakah kau mampu bersama aku untuk teruskan perjuangan ini hingga degupan jantung yang terakhir ? Adakah aku mampu untuk bertahan lagi ?" Air mata yang mengalir dibiar tak diseka , dibiar kering begitu sahaja.

                                                                 **********

"Kay, kau okay tak ni ?" tanya Nazneen .

"Eheh. Apa hal pulak aku tak okay ? Ada nampak aku macam sakit ke ? Lawak lah kau ni," Khayla ketawa.

"Eleh. Tak payah nak jet-jet tak ada apa-apa eh. Aku bukannya kenal kau sesaat lepas. 5 tahun beb, 5 tahun. bukannya sekejap," Nazneen mengankat sebelah keningnya. Mata Khayla direnung tajam-tajam.

"Woi woi. Jangan tengok aku macam tu. Karang aku jatuh cinta kat kau , haaaaaa . Naya je." Khayla ketawa lagi.

"Kau ni. Buat main eh. Aku cepuk dengan kuali karang, jadi lauk aku malam ni. Fehh. Orang tanya elok-elok, dia memain pulak." Nazneen mendengus kasar.

"Yelah yelah. Apa yang important sangat sampai tak menyempat kena jawab ni ?" Khayla membetulkan duduk menghadap Nazneen.

"Kau tak okay. Bagi tahu aku , kenapa ? Kau ada masalah dengan sesape ke ?" Nazneen memaut tangan Khayla . Cuba menyalurkan semangat .

Khayla mengeluh.

"Aku ... Erm aku .. Haih. Susah lah nak cakap Naz. Kau takkan faham perasaan aku," Air mata mula memberi salam. Nazneen mencapai tisu yang berdekatan. Bahu Khayla diusap perlahan.

"Kay, kalau kau tak cakap macam mana aku nak faham ? Sedangkan nak belajar pun , nak faham sesuatu topik memerlukan penerangan. Kau jangan macam ni. Kau sakit, aku pun sakit. Kau nak tengok aku sakit ?" Soalan Nazneen dibalas dengan gelengan daripada Khayla.

"Aku futur. Futur kerana manusia . Bukan kerana dugaan Allah. Peritnya perasaan ni. Rasa nak buang hati. Biar. Biar aku tak ada perasaankan lagi senang. Tak payah aku rasa sakit semua ni." Dalam sedu sedan Khayla meluahkan perasaan.

"Ingat tak kau pernah cakap apa kat aku ? Kau kata semua yang berlaku dalam dunia ni , semuanya datang dari Allah. Kalau semuanya datang dari Allah, jadi perasaan kau, manusia sekeliling kau, datang daripada siapa ? Allah jugakkan. Semua ni mehnah , sayang. Allah sayang kau. Sebab tu Dia uji." Senyum.

"Allahu. Astarghfirullahalazim . Apa yang aku dah buat ni ? Allah ." Air mata yang tadinya ibarat sungai dihilir , makin laju turunnya ibarat hujan lebat.

"Dah . Takmau sedih sedih . Jom. Ambik wudhu'. Kita lepak atas sejadah. Haa . Baru lejen"

                                                                    **********

Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati kan menjadi tenang .

Nak jadi lejen ni bukannya senang, tapi tak susah . Tapi tapi tapi , buat apa nak jadi lejen semata-mata nak nama ? Apa sangatlah yang ada dekat nama tu ? Sebab nak glamour ? Nak semua orang cakap pasal diri anda yang 'hebat' tu ? Hebatnya seorang muslim adalah apabila dia dapat meninggalkan sepenuhnya larangan Allah , dan sentiasa melakukan suruhanNya. Recheck balik hati , iman dan amal . Apa yang kita lakukan selama ini ? Adakah kita sudah mencecah perkataan HEBAT tu ? 

Cukup sekadar jadi lejen untuk diri sendiri. Perubahan dari teruk ke biasa . Biasa ke hebat. Itu juga lejen , kataku . Tak perlulah mencipta nama dibumi , tetapi dibenci oleh makhluk di langit . Allah .

Mari , kita jadi lejen. 

Senyum.

Seorang cikgu pernah menyatakan bahawa 

"Lakukanlah sesuatu bukan kerana nama. Biarlah betul betul niat daripada hati. Biar kerana Allah. Nak nama ? Parent kita dah bagi nama since kita kecik lagi. Haaa . Tukan dah ada nama. Jadi, buat apa nak cari nama lagi ? Nama kita yang sekarang ni , akan dipakai selama-lamanya."

Tajdid niat. Biar segala pekerjaan dibawah redhaNya. Meskipun hanya membuat susu. 
May Allah bless and ease us . InsyaAllah !


No comments:

Post a Comment