Friday 3 January 2014

Make it or Break it !

le mau le seri
"Aku down . Aku dah buntu . Tak tau nak buat apa ."

"Argh ! Aku dah bosan dah ! Tak kesah lah apa nak jadi jadilah . Aku dah tak peduli !"

"Diam ah . Kau tak tahu apa yang aku rasa . Kau tak kan pernah faham !"

"Apa bah ni ? Baccatnya sia . Haih . Ndak pandailah mau jadi jadi bah . Blergh ."

*antara ayat futur . Antara*

Sayangs . Putus asa adalah satu perbuatan yang akan terlintas dek akal dan terlaksana dek hati dan anggota yang kian lemah dan jauh dari nikmat berTuhan . Atau kata lain , makin tidak bersyukur dengan dugaan . Eh.

Pehh . Mungkin . Sentap . Mungkin . Kau . Tak . Rasa . Apa . Apa .
Wehh . Bila kau jatuh . Kau tersungkur . Kalau kau yakin adanya Tuhan , kau akan ada usaha dan kau akan bangun . Bangun untuk maju . Bangun untuk berubah . Bukan bangun untuk mengulangi kesilapan yang dulu . Kalau kau ulang kesilapan lalu , aku lagi prefer kau tergolek tersembam dan yang pastinya jangan bangun . Adakah itu yang kau mahu ?

Sayang seribu kali sayang jika peluang yang ada di biar berlalu bagai angin petang yang menghempas pipi lalu pergi tanpa disedari akan kepergiannya yang aman dan mengasyikkan . Aum . Auwu .

Metafora melebih . *urut dagu* *tarik nafas* *lepas*

"Cinta itu cahaya sanubari, kurniaan Tuhan fitrah insani . Dan dimana terciptanyan cinta di situ rindu bermula .. ... .... ....." -In Team


Cinta memang cinta . Sayang memang sayang . Rindu memang rindu . Tapi tapi tapi . Eloklah kau lepaskan jika rasa ia menyesakkan . Pehh . Ayat budak yang tak tahu bila lejennya . Ehh .

Move on bila rasa benda tu something weird dekat kita . Someone once told me, dosa itu apa yang bergetar off-tune dalam hati . Ada feel ? Sama ? Serupa ? K . Boleh start cari jalan untuk istiqamah move on dari bebenda tu semua .

Bila kau jatuh , Dia sentiasa ada hulurkan kasih sayang . Bila tersungkur , Dia sentiasa ada untuk jadi peneman . Wa cakap sama lu , Dia sentiasa . Sangat sangat sentiasa , rapat dengan kita . Ouh ya ? Yup . Kau je yang tak menyedarinya dan mungkin takkan sedar selagi kau sentiasa diulit kesenangan dunia . Heh . Aku yang sentap .

Jadi , marilah kita pilih keputusan sewajarnya . Mohon jangan jumud . Allah kurniakan akal untuk berfikir , bukannya suruh kau simpan buat pekasam . Eh .

Doa dan kalam Allah jangan dibiarkan sunyi dan sepi tanpa dibaca , ditadabbur , tatkala hati jadi gundah gulana disebabkan berbagai jenis mehnah yang melanda diri dan jiwa . Terutamanya mehnah yang menyerang hati kalian .

Choose either one, make it or break it ?


No comments:

Post a Comment