Monday 13 January 2014

Dia

le mau

Selawat kedengaran di setiap corong radio mahupun televisyen . Tomorrow is the day , Lisa . Senyum .

" Lisa, maulid nabi esok dah . Selasa ni join aku jom . Pergi Masjid Raudhah dekat pusat bandar tu . Aku dengar ada penceramah jemputan datang ." Pelawa Mem pada Lisa .

" In shaa Allah . Aku usahakan ." Lisa senyum . Samsung miliknya dikeluarkan . Headphone dipasangkan . List mp3 ditekan .

Lisa berpaling pada Mem . Senyum penuh makna . Mata kelip kelip ala ala kucing yang kesayuan minta makan sebab lapar . K . Metafora lebih . Cehh.

" Mem , kau pernah tengok Rab Ne Bana di Jodi ? Kal Ho Na Ho kot . Pernah ? " 

Mem mengerutkan dahi . Kepala mula berfikir . Apekehal kawan aku sorang ni tiba tiba tanya pasal hindi .

"Pernah . Rab Ne bana di Jodi tu aku suka . Sweet enough." Mem jawab . Sekadar memuaskan hati si sahabat.

Lisa senyum .

" Aku cuma nak cakap aku nak jadi macam Surinder yang sanggup buat apa saja untuk bukti cinta dia dekat insan yang paling dia sayang , Taani tu ."

" Ohhh keyyy . Kau nak relate dengan ...? " Mem mula buat muka blurrr . Lisa senyum lagi .

" The way aku sayang nabi ."

" Kenapa pulak kena relate dengan watak Surinder dekat wayang hindi tu ? Aku kurang . Jelas . Sikit ."

Sayang nabi kena sanggup buat apa pun . Sanggup berkorban . Macam sahabat dulu dulu . Sanggup korban kekayaan . Kebahagiaan . Keluarga . Semata mata untuk terus bersama . Berjuang . Berdampingan dengan nabi . Hebat orang dulu .

Cinta kita dekat nabi kena lebih dari cinta kita dekat family , kawan kawan , harta benda semua . Barulah rasa sayang tu sempurna .

Aku paling adore dekat Khalifah Umar r.a . Masa awal awal Islam dulu dia paling benci dekat nabi . Bila sekeping hati batu miliknya telah mengalir lembut bak air menitis selepas munculnya sinar Islam dalam hati dia , dia terus jadi orang paling tegas dalam mempertahankan Islam . 

Saat kewafatan nabi pun dia masih tak boleh percaya . Betapa sayangnya dia dekat baginda sampai dia hampir kurang salah satu dari rukun iman , percaya qada dan qadar ."

" Yeappp . Sayang dekat nabi bukan setakat kena berkorban anything je . Segala amalan sunat bagai tu pun kena amal . Perbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad lagilah perlu . Kelak syafaat baginda akan membantu kita di mahsyar yang kian kelu kerana bakal bertemu Tuhan kita yang satu atas semua amalan yang telah kita jadikan laku . Kan ?"

Lisa dan Mem senyum .

" Mem, kau tau . Aku sentiasa harap yang persahabatan kita ni akan kekal sampai syurga . Macam jalinan rasulullah dan sahabat . Kau pernah dengar lagu Seiring Sehaluan tu ? 'Silaturahim ini tak akan terpisah.... kita jalinkan seperti rasulullah dan sahabat !' Haaa . Macam tu ."

" Allah . Lisa , aku pun harap benda sama . Kau buat aku sayu . Hahaha ."

Mem menitiskan air mata keharuan . Sungguh . Pernyataan sedemikian dari seorang yang bernama sahabat .

" And yeah , bukan bermakna kena selawat , sanggup berkorban harta benda dan segalanya sahaja . Ingat ! Quran yang baginda tinggalkan tu pun kena sentiasa kita buka dan baca . Lebih baik faham akan maksud yang tersurat dan tersirat dalamnya . Baru hidup power .

Membaca Quran one of benda yang baginda amalkan . Baginda kan berdakwah dengan yat al - Quran ? Betapa bagusnya jika kita sentiasa amalkan membaca al-quan walau sehelai dua .

Dapat pahala . In shaa Allah dekat akhirat kita dapat memperoleh syafaat darinya .

Ada hadis ni , ' The best among you are those who learn the Quran and teach it'. 

Allah . Betapa besarnya nikmat yang ada hanya pada sebuah kitab al quran itu sendiri . Bukan hanya padanya malah kepada insan yang mempelajari dan mengajari akannya."

" Senyum pun antara amalan nabi . He once said ' Do not think little of any good deed, even if it is just greeting your brother with a cheerful smile.' Allah ."

" Seriously , if we keep talking about out beloved prophet Muhammad it will never end . Too much . There's still a lot to talk , kan ? "

Kedengaran azan dari corong masjid berdekatan .

" Azan asar . Lisa , moh ke masjid . Jemaah sama . Mari ."

" Okey . Kau pergi dulu . Sat lagi aku kejar kau . "

Mem angguk . Dia berlalu pergi ke masjid . Lisa mengiringi pemergian Mem dengan pandangan . Lisa pandang telefon samsung miliknya . List mp3 yang tadi berlagu diberhentikan .

Pandang langit . Senja dah . Tenangnya langit . Kalaulah atas bumi ni setenang di atas sana mesti Islam akan tetap aman dan bersatu serta kekal kuat macam dulu . Subhanallah .

EVRYONE IS A HERO . JUST CHOOSE YOUR OWN COSTUME .

Get your own idea . Buat cara yang terbaik untuk terus kekal tetapkan kecintaan kita dekat nabi . Teruskan perjuangan nabi . Bangkitkan semangat juang macam nabi .

Tegakkan Islam . Bangkitkan Islam . Kekalkan Islam .

Set a trend of goodness .

Jom selawat . Send your deepest love to Muhammad S.A.W . 

Pegang dada . Pejam mata .

Baginda S.A.W sentiasa ada, dalam hati kita .

Senyum .

Jom jadi macam dia . Macam Rasulullah . Khalifah semua . Penegak Islam yang mulia . Penyelamat ummah sekaliannya . Semoga Islam kan tetap berkilau bersinar dan bercahaya dengan gemilangnya di muka bumi Allah Taala .

In shaa Allah . Salam Maulidur Rasul buat saudara ikhwan dan akhawat semua :)


" Rasulullah kau tinggalkan kami warisan yang abadi . Dan bersaksilah sesungguhnya kami merinduimu ." - In Team



No comments:

Post a Comment